hsn2022 jalan tutup

Rancang Perjalanan Anda ! Lihat Senarai Jalan Ditutup Sempena Hari Sukan Negara 2022 di Putrajaya

Tag:
Dikemas Kini: 6 Oktober 2022
Surga Route

Sambutan Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022) akan berlangsung pada 8 Oktober 2022 secara serentak di seluruh negara, bagaimanapun acara tersebut akan disambut secara besar-besaran di peringkat kebangsaan bertempat di Dataran Putrajaya, berhadapan Istana Kehakiman dan juga ibu pejabat Perbadanan Putrajaya (PPj).

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata antara program pengisian HSN2022 adalah Putrajaya Night Marathon HSN2022, Karnival Sukan Air, Karnival Sukan Mendaki Kebangsaan, Kejohanan e-sukan, Let’s Get Fit, M-Games, Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur dan Kejohanan “Powerboat” ASEAN.

Bagi memberi laluan kepada acara kemuncak Hari Sukan Negara 2022 di Putrajaya, beberapa jalan utama di Putrajaya akan ditutup dan dilencongkan bermula 7 Oktober 2022 jam 3 pagi sehingga jam 12 malam 9 Oktober 2022.

Jalan yang terlibat adalah :

  • Boulevard Presint 3 sehingga Boulevard Presint 4, iaitu dari simpang 4 Menara LPPSA sehingga ke Lebuh Wadi Presint 4 di hadapan bangunan Galeria.
  • Lebuh Setia (Antara Menara KBS dan Galeria)
  • Jalan P4Y (Belakang Menara KBS)
Rancang Perjalanan Anda ! Lihat Senarai Jalan Ditutup Sempena Hari Sukan Negara 2022 di Putrajaya
Rancang Perjalanan Anda ! Lihat Senarai Jalan Ditutup Sempena Hari Sukan Negara 2022 di Putrajaya HSN2022
0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram