maha 2022

Rancang Perjalanan Anda ! Muat Turun Peta dan Buku Panduan MAHA 2022 Disini

Dikemas Kini: 9 Ogos 2022
Surga Route

Ekspo MAHA 2022 yang ditunggu-tunggu telah bermula dan berlangsung dari 4 hingga 14 Ogos 2022 dan waktu operasi 10AM-10PM. Ia bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor.

Muat Turun Peta dan Panduan MAHA 2022 Disini

Selama 11 hari, MAEPS Serdang dipenuhi dengan pelbagai pameran, jualan dan lain-lain, akan juga terdapat pelbagai program, acara, dan aktiviti berkaitan agro di sana.

Meluangkan satu hari sahaja di ekspo ini memang tidak mencukupi. Tambahan lagi, jalan sesak dan perlu beratur panjang untuk naik tram di dalam disebabkan ramai pengunjung. Banyak program juga yang bertindih waktu di pelbagai lokasi, jadi memang tak boleh nak alami semua yang mengambil tempat di sana.

Muat Turun Peta dan Panduan MAHA 2022 Disini
Kredit : Selangor Kini

Maka, digalakkan untuk merancang kunjungan anda ke sana. Pihak pengurusan ekspo MAHA 2022 ada menyediakan buku panduan untuk pengunjung bagi tujuan tersebut. Jadi rugilah jika anda tidak baca dahulu buku panduan dahulu sebelum berkunjung ke MAHA 2022.

Buku Panduan Pengunjung MAHA 2022 ini anda boleh dapatkan dari pautan di bawah yang mengandungi peta, pelan atur, serta jadual program yang terperinci.

Pautan Buku Panduan MAHA 2022 : https://online.anyflip.com/iezko/hadb/mobile/

Untuk muat turun buku panduan MAHA 2022 anda boleh klik pautan ini.

Peta yang disediakan di dalam buku di atas mungkin agak sukar untuk dibaca disebabkan ianya dibahagikan kepada beberapa bahagian. Di bawah menunjukkan gambar peta MAHA 2022 secara keseluruhannya dan anda juga boleh muat turun peta dengan klik pada gambar yang akan membuka Google image viewer di mana anda boleh muat turun dan menyimpan gambar peta.

Muat Turun Peta dan Panduan MAHA 2022 Disini
Klik Untuk Muat Turun

Lokasi ekspo pula boleh didapati dengan mencari MAEPS Serdang di dalam Googlemaps atau Waze.

. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut serta perkembangan terbaru di Facebook page rasmi MAHA di https://www.facebook.com/ExpoMAHAOfficial atau laman web rasmi mereka di MAHA EXPO

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram