changi village bus resort

Resort Dari Bas Lama Bakal Dibina di Changi Village, Singapura

Dikemas Kini: 30 Ogos 2022
Surga Route

Dua puluh bas awam yang telah ditamatkan perkhidmatan akan mendapat nafas baharu sebagai unit penginapan untuk resort baharu yang akan dibina di Changi Village, Singapura menjelang 2023.

Resort Dari Bas Lama Bakal Dibina di Changi Village, Singapura

Akan dikenali sebagai 'The Bus Resort', projek berkeluasan 8,600 meter persegi oleh agensi pelancongan WTS Travel ini akan terletak bersebelahan Pusat Penjaja Changi Village yang popular.

Encik Philip Raj, seorang perunding hospitaliti untuk WTS Travel, berkata idea untuk sebuah resort yang diperbuat daripada bas lama muncul kira-kira dua tahun lalu, semasa perbincangan tentang cara mengubah perniagaan di tengah-tengah penurunan permintaan pelancongan akibat pandemik Covid-19.

Resort Dari Bas Lama Bakal Dibina di Changi Village, Singapura

Setiap bas yang diubahsuai menjadi unit penginapan nanti akan mempunyai 28 meter persegi ruang lantai, dan akan dilengkapi kemudahan seperti tab mandi.Terdapat juga kawasan seluas 15 meter persegi di luar setiap bilik yang boleh digunakan untuk BBQ. Setiap bilik dianggarkan berharga antara $300 hingga $400 setiap malam.

Resort Dari Bas Lama Bakal Dibina di Changi Village, Singapura

Projek unik itu juga terletak berhampiran Changi East Boardwalk - serta Terminal Feri Changi Point, yang menawarkan perjalanan bot ke Pulau Ubin -sekaligus meningkatkan status Changi Point sebagai pusat tumpuan bagi kawasan Pantai Timur Singapura

Salah satu garis panduan untuk resort itu, serta mana-mana pembangunan lain berhampiran Changi Village, ialah mereka mengekalkan sifat desa di kawasan itu.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram