siakaplang kredit siakaplang

Restoran Di Tengah Kuala Lumpur Ini Menyajikan Hidangan Siakap Dalam Suasana Kampung Nelayan !

Tag:
Dikemas Kini: 20 Ogos 2022
Surga Route

Kalau kita kata tempat makan di tengah Kuala Lumpur, mesti ramai ingatkan restoran besar di dalam kompleks membeli-belah, kafe moden, atau paling kurang pun restoran mewah.

Tetapi sapa sangka, berdekatan Pavilion dan kawasan pembangunan KLCC ada satu destinasi makan ala-ala kampung dengan persekitaran macam di rumah nelayan . Memang santai tau !

Restoran Siakaplang Di Tengah Kuala Lumpur Ini Menyajikan Hidangan Siakap Dalam Suasana Kampung Nelayan !
Kredit : Siakaplang

Dekorasi Menarik

Dah bosan dengan bangunan konkrit di Kuala Lumpur, binaan kayu restoran ini sememangnya memberikan suasana kampung dan menggamit nostalgia tanpa perlu kita memandu jauh ke luar bandar.

Restoran Siakaplang Di Tengah Kuala Lumpur Ini Menyajikan Hidangan Siakap Dalam Suasana Kampung Nelayan !
Kredit : Siakaplang
Restoran Siakaplang Di Tengah Kuala Lumpur Ini Menyajikan Hidangan Siakap Dalam Suasana Kampung Nelayan !
Kredit : Siakaplang

Dari luar, kawasan restoran ini yang dikelilingi pokok menjalar dan menghijau sememangnya memberikan pengunjung ketenangan seolah-olah berada di taman yang indah.

Restoran Siakaplang Di Tengah Kuala Lumpur Ini Menyajikan Hidangan Siakap Dalam Suasana Kampung Nelayan !
Kredit : Siakaplang

Menu Berasaskan Ikan Siakap

Lagi menarik, restoran ini menyediakan pelbagai menu berasaskan ikan siakap tau ! Memang kena dengan nama kedainya iaitu Siakaplang. Haaa, banyak menu unik yang memang tak boleh dijumpai di tempat lain.

Antara menu wajib cuba disini adalah Spaghetti Aglio Olio Siakap, Nasi Ikan Siakap Nestum, Nasi Ikan Siakap Salted Egg, Nasi Ikan Siakap Asam Pedas dan pelbagai lagi. Semuanya sedap-sedap !

Restoran Siakaplang Di Tengah Kuala Lumpur Ini Menyajikan Hidangan Siakap Dalam Suasana Kampung Nelayan !
Nasi Ikan Siakap. Kredit : Siakaplang
Restoran Siakaplang Di Tengah Kuala Lumpur Ini Menyajikan Hidangan Siakap Dalam Suasana Kampung Nelayan !
Aglio Olio Siakap. Kredit : Siakaplang

Lokasi & Alamat Siakaplang

Nama kedai Siakaplang, terletak di Art Wood Corner, berdekatan Kompleks Kraf Jalan Conlay. Jadi, kalau nak datang boleh 'search' Art Wood Corner.

?Art Wood Corner (Siakaplang), Kompleks Kraf KL, Jalan Conlay, 50450, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

5 1 vote
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram