mak kimbong

Restoran Mak Kimbong, Port Makan Wajib Singgah di Bandar Baru Bangi !

Dikemas Kini: 10 Ogos 2022
Surga Route

Anda berada di Bangi? Kami cadangkan anda untuk singgah makan di Restoran Mak Kimbong di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bandar Baru Bangi.

Restoran Mak Kimbong, Port Makan Wajib Singgah di Bandar Baru Bangi !
Kredit : Restoran Mak Kimbong

Restoran Mak Kimbong ini telah memulakan operasi sejak tahun 2006 lagi. Pemiliknya ialah seorang usahawan muda yang memulakan perniagaan sebaik menggenggam segulung ijazah.

Nama Mak Kimbong ialah nama ibu mertua kepada pemilik restoran.Beliau lah yang mula-mula merintis air tangan menu masakan kampung resepi turun temurun. Asalnya Mak Kimbong ialah tukang masak kenduri kahwin di kampung.

Restoran Mak Kimbong menjanjikan kualiti makanan dan perkhidmatan layanan yang baik dan harga yang berpatutan. 

Uniknya, restoran ni menyediakan pelbagai juadah bermula seawal 7 pagi untuk sarapan, makan tengahari, dan minum petang sebelum ditutup pada jam 5 petang.

Apa yang istimewa ? Pada sebelah pagi, antara menu yang dihidangkan adalah roti canai, nasi lemak dengan pelbagai pilihan lauk,mee kari dengan 5 ekor udang galah, lontong, soto, pulut kuning, aneka mee dan nasi goreng, dan pelbagai pilihan kuih-muih. Jemput tengok gambar dulu.

Restoran Mak Kimbong, Port Makan Wajib Singgah di Bandar Baru Bangi !
Mee Kari Dengan 5 Ekor Udang Galah. Kredit : Restoran Mak Kimbong
Restoran Mak Kimbong, Port Makan Wajib Singgah di Bandar Baru Bangi !
Aneka Pilihan Kuih-Muih.Kredit : Restoran Mak Kimbong

Di waktu tengahari pula, ada puluhan pilihan lauk-pauk dan masakan kampung untuk anda pilih.

Restoran Mak Kimbong, Port Makan Wajib Singgah di Bandar Baru Bangi !
Kredit : Restoran Mak Kimbong

Antara yang menarik adalah sotong gergasi bakar, ikan bakar, ulam ulaman, 13 sambal colek yang pasti membangkitkan selera makan anda.

Restoran Mak Kimbong, Port Makan Wajib Singgah di Bandar Baru Bangi !
Kredit : Restoran Mak Kimbong

Paling menarik adalah set ayam beranak tempayan yang memang tak dapat dijumpai di tempat lain.

Restoran Mak Kimbong, Port Makan Wajib Singgah di Bandar Baru Bangi !
Set Ayam Beranak Tempayan. Kredit : Restoran Mak Kimbong

Sotong Gergasi Bakar disini, sangat lembut dan segar. Kuah istimewa yang dicurah di atas sotong tu sangat sedap.

Restoran Mak Kimbong, Port Makan Wajib Singgah di Bandar Baru Bangi !
Kredit : Restoran Mak Kimbong
Restoran Mak Kimbong, Port Makan Wajib Singgah di Bandar Baru Bangi !
Kredit : Restoran Mak Kimbong
Restoran Mak Kimbong, Port Makan Wajib Singgah di Bandar Baru Bangi !
Kredit : Restoran Mak Kimbong

Di waktu petang pula, ada cucur udang dan pelbagai gorengan sampingan lain untuk anda makan ringan-ringan. Memang terliur dan terbayang kerangupan cucur udang disini.

Restoran Mak Kimbong, Port Makan Wajib Singgah di Bandar Baru Bangi !
Kredit : Restoran Mak Kimbong
Restoran Mak Kimbong, Port Makan Wajib Singgah di Bandar Baru Bangi !
Kredit : Restoran Mak Kimbong

Harga makanan pula sangat berpatutan menjadikan kita sangat puas hati dengan kualiti makanan yang kita dapat. Jadi, jika anda ke Bandar Baru Bangi jangan lupa jadikan Restoran Mak Kimbong sebagai tempat memenuhi selera anda ya !

Restoran Mak Kimbong, Port Makan Wajib Singgah di Bandar Baru Bangi !
Kredit : Restoran Mak Kimbong

Alamat

  • No 17, Jalan 4/1a, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
  • Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/m6et78QocKn2PDsu5

Waktu Operasi

HARIMASA
ISNINTUTUP
SELASA7AM-5PM
RABU7AM-5PM
KHAMIS7AM-5PM
JUMAAT7AM-5PM

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram