Rollerwa : Pusat Luncur Terbaru Dari Korea Selatan Dibuka di 1 Utama
Surga Route
|
4 January 2022
Kompleks membeli-belah 1 Utama sememangnya terkenal di kalangan warga Lembah Klang sebagai sebuah gedung membeli-belah terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tarikan. Bukan sahaja destinasi membeli-belah, terdapat juga pusat hiburan seperti panggung wayang, auditorium, dan pelbagai lagi.
Terbaru, sebuah pusat luncur terbaru berasal dari Korea Selatan iaitu Rollerwa telah dibuka di District K, tingkat 1 kompleks membeli-belah 1 Utama.
Apa yang menariknya mengenai Rollerwa adalah konsep yang dibawakan mereka iaitu K-POP, K-Culture dan juga K-Goods !
Sambil anda meluncur menggunakan kasut roda, anda akan diiringi dengan muzik-muzik berunsurkan K-POP, wahh unik ! Tak adalah bosan aje kan. Sambil meluncur sambil menari gittew.
Kadar harga bagi sekali masuk adalah RM 12, manakala sesi 2 jam termasuk gelanggang luncur, kasut roda, dan peralatan keselamatan adalah RM 38 bagi dewasa , dan RM28 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Kalau nak sewa 1 hari pun boleh, RM68 bagi dewasa manakala RM58 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.
Bagi sesiapa yang tak pernah bermain kasut roda pun tak apa kerana mereka disini menggunakan kasut jenis 'quad-skate' , dan bukannya 'inline skate' 😎
Alamat
Rollerwa, Lot F603A-F613, First Floor, 1UE, Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]
Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]
Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]
Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]
Kalau cakap mengenai pelancongan di Negeri Pahang, ramai dari kita pasti terfikir mengenai Cameron Highlands, Genting Highlands, Cherating, Bukit Fraser dan Kuantan sahaja kan. Sebenarnya banyak lagi tau tempat menarik di sekitar negeri terbesar Semenanjung Malaysia ini. Misalnya, kalau anda ke Pekan jangan lupa untuk melawat Muzium Sultan Abu Bakar (Muzium Pahang). Apa yang menarik […]