royal floria putrajaya 2022

Royal Floria Putrajaya Bakal Kembali Tahun 2022 Dengan Lebih 400,000 Bunga Dipamerkan

Dikemas Kini: 9 Ogos 2022
Surga Route

Dah lepas tertangguh disebabkan pandemik COVID-19, pameran fauna terbesar di Malaysia iaitu Royal Floria Putrajaya bakal kembali pada tahun 2022 ini !

Bertemakan ‘FLORIA Awesome’, dan bunga orkid sebagai bunga tema kali ini, pengalaman indah menanti pengunjung apabila FLORIA Diraja Putrajaya membuka tirai dari 29 Ogos - 4 September 2022 di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.

Royal Floria Putrajaya Bakal Kembali Tahun 2022 Dengan Lebih 400,000 Bunga Dipamerkan

10,000 Orkid & 400,000 Pokok Bunga

Kira-kira 10,000 pokok orkid akan dipamerkan di antara lebih 400,000 pokok bunga daripada pelbagai spesies dan kultivar serta tumbuhan hiasan yang berwarna-warni dan menakjubkan dalam persekitaran taman berlandskap. Antara tumbuhan lain tersebut adalah Bonsai, Bromeliad, Bunga Raya, Heliconia, Ros, Bougainvillea, Begonia, Lily dan Krisantimum.

Pada edisi ke-12, Pesta Bunga dan Taman ini dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dan disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia juga bertepatan dengan Jubli Perak Putrajaya serta sambutan Hari Kebangsaan ke-65.

Tarikan Utama

Antara tarikan utama pada Royal Floria Putrajaya edisi kali ini adalah Taman Keluarga Malaysia, Taman Koboi, Taman Instagrammable, Wall of Orkid, Terowong Oncidium, Clock Meadow, 'Glow in the Dark Garden', dan Taman Bonsai dan Suiseki manakala komponen lain seperti Royal Garden dan Floral Sky Walk.

Apabila malam tiba, pengalaman menakjubkan menanti pengunjung. Taman-taman di Royal Floria akan dipenuhi dengan kesan pencahayaan khas kerana laluan pejalan kaki utama dan kawasan utama iaitu Permaidani Merah, Terowong Oncidium, Dendrobium Walk, dan Taman Fantasi dilimpahi dengan warna-warna yang memukau. Pengunjung pasti kagum dengan penggunaan teknologi kreatif yang inovatif untuk meningkatkan pameran flora dan fauna yang dipamerkan pada waktu malam.

Harga Tiket Floria Putrajaya 2022

JENISWARGANEGARA (RM)BUKAN WARGANEGARA (RM)
Dewasa15.00100.00
Kanak-Kanak (7-12 tahun) 5.0050.00
Warga Emas15.0030.00
Orang Kurang Upaya (OKU)Percuma30.00
Harga Tiket Floria Putrajaya 2022
0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram