Buffet Sarapan Pagi di Tepi Tasik Putrajaya Hanya RM 10.60 !

Dikemas Kini: 4 Mac 2022
Surga Route
Buffet Sarapan Pagi di Tepi Tasik Putrajaya Hanya RM 10.60 !
Sumber : Indus Putrajaya by Bora Ombak

Salah satu destinasi makan wajib dikunjungi di Putrajaya adalah Indus Putrajaya by Bora Ombak. Mana tidaknya, hidangannya sedap-sedap dan paling penting tempatnya cantik dan terletak di tepi tasik Putrajaya.

Selalunya restoran di Marina Putrajaya ini terkenal dengan sajian makan malam yang pelbagai dan restoran ini pula hanya dibuka bermula jam 11 pagi.

Buffet Sarapan Pagi di Tepi Tasik Putrajaya Hanya RM 10.60 !
Sumber : Indus Putrajaya by Bora Ombak

Tetapi, pada ahad minggu pertama setiap bulan, restoran di tepi tasik ini buka awal pagi dan mereka menyediakan buffet sarapan pagi serendah RM10.60 bagi seorang dewasa dan kos yang lain semuanya ditanggung oleh mereka !

Ini sebenarnya adalah salah sebahagian Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) yang dijalankan oleh mereka dengan tujuan membawa keluarga bersama-sama menikmati hidangan pagi yang beraneka dan lazat dengan kadar bayaran minima. Fuh, memang best makan pagi dengan keluarga di tepi tasik.

Buffet Sarapan Pagi di Tepi Tasik Putrajaya Hanya RM 10.60 !
Sumber : Indus Putrajaya by Bora Ombak

Bayaran RM10.60 ini dikenakan bagi pengunjung berusia 4 tahun ke atas. Manakala, terhad kepada 2 kanak-kanak di bawah 4 tahun dibenarkan makan percuma.

Tetapi, kesemua makanan yang dibazirkan akan dikenakan bayaran RM10 bagi setiap 100gram makanan terbuang ya. Jadi, jangan disebabkan anda bayar murah anda nak ambil banyak-banyak dan tak habiskan.

Buffet Sarapan Pagi di Tepi Tasik Putrajaya Hanya RM 10.60 !
Sumber : Indus Putrajaya by Bora Ombak

Dahulu, tiada tempahan dibenarkan. Kiranya, walk-in dan first come first serve. Tetapi, untuk mengelakkan beratur panjang di musim Covid-19 ini, mereka membuka tempahan dengan tempat duduk yang terhad.

Buffet Sarapan Pagi di Tepi Tasik Putrajaya Hanya RM 10.60 !
Sumber : Indus Putrajaya by Bora Ombak

Sekarang boleh tempah melalui whatsapp 0166089806/018-7785725 dan buat pembayaran penuh. Tiada wang pengembalian jika tempahan dibatalkan dalam tempoh kurang 48 jam dari tarikh buffet.

Macam biasa, wajib lengkap dos vaksin baru dibenarkan masuk ya !

Lokasi

?Indus Putrajaya by BoraOmbak, No.1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

4 4 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram