floria putrajaya

Save The Date ! Royal Floria Putrajaya 2022 Bakal Diadakan 29 Ogos - 4 September Ini !

Dikemas Kini: 17 Julai 2022
Surga Route

Putrajaya bukan sahaja terkenal sebagai pusat pentadbiran negara dan lokasi bangunan-bangunan yang mempunyai senibina mengagumkan. Malah, Putrajaya kini menjadi pusat tarikan pelancongan untuk warga tempatan serta perlancongan asing. Pelbagai acara menarik telah diatur di Putrajaya dalam usaha untuk menghidupkan bandaraya lestari ini.

Menurut satu kalendar acara Putrajaya tahun 2022, nampaknya Festival Royal Floria Putrajaya akan kembali setelah terhenti lama akibat pandemik COVID-19.

Save The Date ! Royal Floria Putrajaya 2022 Bakal Diadakan 29 Ogos - 4 September Ini !

Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Royal Floria Putrajaya 2022 bermula 29 Ogos sehingga 4 September 2022 ini.

Save The Date ! Royal Floria Putrajaya 2022 Bakal Diadakan 29 Ogos - 4 September Ini !

Untuk pengetahuan,festival bunga-bungaan terulung negara ini telah dianugerahkan dengan gelaran Diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada penganjuran Floria 2014.

Save The Date ! Royal Floria Putrajaya 2022 Bakal Diadakan 29 Ogos - 4 September Ini !
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj mencemar duli ke Royal Floria Putrajaya pada tahun 2019.
Kredit : Perbadanan Putrajaya

Untuk edisi 2022 ini, ia akan diadakan di tapak kekal acara seluas 29 ekar yang dinamakan sebagai Anjung Floria di Presint 4, Putrajaya.

Anjung Floria kini telah ditransformasikan sebagai sebuah kawasan bertaman sepanjang tahun dengan pelbagai komponen menarik seperti Taman Persahabatan Malaysia-China, Taman Fantasi, Bustan Inggeris dan Persisiran Heliconia.

Selain itu, di Anjung Floria sendiri terdapat Pantai Floria. Disini terdapat pelbagai aktiviti disediakan seperti aktiviti berbasikal, berkelah, bermain di pantai, mandi-manda di Pantai Floria, memancing, berkayak, dan santai sambil menikmati hidangan di kafe-kafe disisiran tasik.

Pengunjung juga boleh membeli pokok di Garden Shop. Kawasan ini sangat sesuai untuk keluarga dan mereka yang suka OOTD sambil merakam memori indah berekreasi bersama keluarga di Putrajaya.

Sempena Floria, pelbagai lagi aktiviti menarik akan disediakan secara khas buat para pengunjung. Antaranya adalah pertandingan terrarium, pertandingan orkid, program bicara taman dan sebagainya.

Save The Date ! Royal Floria Putrajaya 2022 Bakal Diadakan 29 Ogos - 4 September Ini !
Save The Date ! Royal Floria Putrajaya 2022 Bakal Diadakan 29 Ogos - 4 September Ini !

5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

wah menarik, boleh masuk dalam list untuk jalan2 time hari kemerdekaan

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram