maha 2022

Segala Berkaitan MAHA 2022 : Lokasi, Tarikh, Masa, Peta, Parking & Tips

Dikemas Kini: 30 Disember 2022
Surga Route

Rata-rata orang ramai ternanti-nanti penganjuran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) edisi tahun 2022 memandangkan sudah 4 tahun acara ini tertangguh. Kali terakhir ia diadakan pada 2018 serta tidak dapat diadakan pada 2020 kerana pandemik Covid-19.

Bagi tahun 2022, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) kembali menganjurkan MAHA 2022 dengan tema ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’ yang mana ia diadakan secara hibrid iaitu kombinasi fizikal dan maya selaras dengan pembudayaan norma baharu.

Segala Berkaitan MAHA 2022 : Lokasi, Tarikh, Masa, Peta & Tips

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, penetapan tema ini adalah bertepatan dengan tumpuan yang sedang diberikan dalam memperkukuhkan agenda sekuriti makanan negara.

Tarikh, Masa & Lokasi

Segala Berkaitan MAHA 2022 : Lokasi, Tarikh, Masa, Peta & Tips

MAHA 2022 berlangsung selama 11 hari bermula 4 hingga 14 Ogos di Taman Ekspo Pertanian Malaysia atau Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) Serdang dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Lokasi tapak pameran boleh didapati dengan mencari MAEPS Serdang di dalam Googlemaps atau Waze.

Alamat : MAEPS Secretariat Building, Mardi, 43400 Serdang, Selangor
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/KHa2Xy6R2PdPV9YP6

Peta Acara Pameran

Segala Berkaitan MAHA 2022 : Lokasi, Tarikh, Masa, Peta & Tips
Klik Untuk Muat Turun

Buku Panduan Pengunjung

Buku Panduan Pengunjung MAHA 2022 ini anda boleh dapatkan dari pautan di bawah yang mengandungi peta, pelan atur, serta jadual program yang terperinci.

Pautan Buku Panduan MAHA 2022 : https://online.anyflip.com/iezko/hadb/mobile/

Untuk muat turun buku panduan MAHA 2022 anda boleh klik pautan ini.

Tips ke MAHA 2022

1. PASTIKAN BAKI KAD TOUCH N' GO ANDA MENCUKUPI

Segala Berkaitan MAHA 2022 : Lokasi, Tarikh, Masa, Peta & Tips
Kredit Gambar : The Star

Haaa, sebelum apa-apa pun, pastikan perkara ini diutamakan dahulu sebab ini melibatkan parking kereta. Kalau hal ini pun belum selesai, macamana nak ke pameran MAHA 2022.

Untuk pengetahuan anda, untuk meletak kenderaan di kawasan MAEPS Serdang, sistem yang digunakan adalah tanpa tunai dan menggunakan bayaran Touch N' Go dengan kadar RM5.

Jadi, pastikan baki kad Touch N' Go anda mencukupi sebelum memasuki kawasan letak kenderaan. Jangan dah sampai di hadapan palang baru nak mencari-cari kad, kena pula bakinya tak cukup. Aduh !

Bukan apa, perkara ini akan melambatkan pergerakan trafik seterusnya menyebabkan kesesakan yang akhirnya menyusahkan semua orang.

2. LETAKKAN KENDERAAN DI ZON YANG BETUL

Jika anda mahu membeli makanan terlebih dahulu, anda boleh meletakkan kereta di tapak letak kenderaan melalui pintu masuk berdekatan UPM & Hospital Serdang kerana anda akan tiba di ruang pameran dalam dewan dahulu sebaik sampai di Laman Tiba 1. Sebanyak 5,000 lot letak kereta disediakan di sini

Tetapi, kalau anda mahu untuk membeli pokok-pokok ataupun mahu berjalan-jalan ke Laman Florikultur, Laman Perikanan, Laman Ternakan, anda boleh parkir kereta anda di pintu besar berdekatan Lebuh Raya SKVE menghala ke Bangi. Disini ada 3,500 lot letak kereta. Selepas itu anda akan menaiki tram sehingga ke Laman Tiba 2.

3. LETAK KENDERAAN DI TEMPAT PALING JAUH

Kalau anda tiada niat berjalan kaki dari tempat letak kenderaan ke pameran MAHA, sila letakkan kereta anda di kawasan hujung, atau yang paling jauh dari tapak pameran supaya anda boleh menaiki tram dari stesen paling awal.

Di stesen paling awal, tram masih lagi kosong dan anda akan mendapat tempat duduk. Jika anda letakkan kenderaan di stesen pertengahan laluan tram, anda perlu berebut dan selalunya tram sudahpun penuh disebabkan pengunjung lain telah naik lebih awal dan tidak akan turun pun sebelum sampai ke tapak pameran. Akhirnya anda tak dapat naik pun.

Mereka akan melambaikan tangan dan memberikan ‘senyuman yang paling indah’ kepada anda. 

4. DATANG AWAL ELAK KESESAKAN

Segala Berkaitan MAHA 2022 : Lokasi, Tarikh, Masa, Peta & Tips
Kredit Gambar : Motorlease

Anda digalakkan untuk datang lebih awal dari waktu pameran bermula iaitu jam 10.00 pagi. Anda boleh memilih tempat parkir yang disukai dan dapat menikmati kunjungan anda sewaktu tempat pameran kurang sesak. Tambahan lagi, waktu pagi tak adalah panas terik sangat kan. Boleh berjalan dengan lebih selesa.

5. GUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM

Jika anda risau akan masalah kesesakan, kesesatan dan sebagainya, lebih elok jika anda menggunakan pengangkutan awam untuk ke MAEPS Serdang. Antara pilihan yang ada adalah bas RapidKL dan perkhidmatan E-Hailing seperti Grab dan MyCar. Lokasi bagi menurun dan mengambil penumpang adalah di parking M1.

Segala Berkaitan MAHA 2022 : Lokasi, Tarikh, Masa, Peta & Tips
Kredit Gambar : MyCar

Yang istimewa di MAHA 2022, MyCar bukan sahaja menyediakan khidmat E-Hailing, tetapi servis lain juga seperti MyBike Passenger, MyBike Delivery & Rent & Ride E-Motor.

Segala Berkaitan MAHA 2022 : Lokasi, Tarikh, Masa, Peta & Tips
Kredit Gambar : MyCar

6. JAGA KESIHATAN & KESELAMATAN DIRI

Segala Berkaitan MAHA 2022 : Lokasi, Tarikh, Masa, Peta & Tips
Kredit Gambar : Allergy & Asthma Network

Sila pakai pelitup muka dan sentiasa melakukan proses sanitasi anda.  Jika anda mengalami simptom-simptom seperti demam, batuk dan selsema, sila duduk di rumah terlebih dahulu.

Jika anda ke MAHA 2022, berusaha sebaik mungkin untuk menjaga jarak dan tidak bersentuhan dengan pengunjung lain. Ingat, kita masih belum menang dalam menangani wabak COVID-19.

7. PILIH KASUT BERSESUAIAN

Segala Berkaitan MAHA 2022 : Lokasi, Tarikh, Masa, Peta & Tips

Kawasan tapak pameran MAHA sangat luas, dan bukan kesemuanya di dalam dewan berhawa dingin. Anda terpaksa meredah kawasan rumput, berjalan di atas tar dengan panas mentari, berhimpit di tram yang disediakan dan sebagainya. Rasanya kalau separuh hari di MAEPS, mungkin langkah kaki anda tidak akan kurang dari 30,000 langkah.

Jadi untuk wanita, sila pakai yang selesa seperti kasut bertapak rata, kasut sukan ataupun sandal yang selesa. Anda sangat tidak digalakkan untuk memakai kasut tumit tinggi seperti stiletto.

Anda mungkin menyesal terpaksa menanggung rasa sakit kaki pada disebabkan pemilihan kasut yang tidak sesuai.

Untuk lelaki, pastilah anda juga kena memilih kasut yang sesuai. Tapi kami tak tekankan dalam tips ini sebab jaranglah kami nampak lelaki pakai stiletto. ?

8. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

Segala Berkaitan MAHA 2022 : Lokasi, Tarikh, Masa, Peta & Tips

Pengunjung juga sangat digalakkan untuk membawa payung. Seperti kami katakan tadi, sebahagian daripada pameran MAHA 2022 akan diadakan di luar bangunan dan sudah semestinya cahaya matahari akan menemani diri anda nanti.

Untuk mengurangkan kadar pendedahan sinaran UV dalam jangka masa lama, anda digalakkan untuk membawa payung sendiri. Payung ini juga berguna sekiranya hujan turun secara tiba-tiba di kawasan pameran.

9. BAWA STROLLER ATAU CARRIER UNTUK ANAK KECIL

Segala Berkaitan MAHA 2022 : Lokasi, Tarikh, Masa, Peta & Tips
Kredit Gambar : Reviewed

Jika anda membawa anak kecil, anda digalakkan untuk membawa stroller ataupun carrier. Hal ini akan memudahkan pegerakan ibu bapa kerana tidak perlu mendukung dalam jangka masa panjang.

Kalau anak dah boleh berjalan sekalipun, disebabkan kawasan ini yang sangat luas dan padat dengan pengunjung, pasti sukar untuk kita mengawal pergerakan anak-anak dan menyebabkan mereka hilang. Jadi, lebih selamat jika ada stroller.

Kalau jenis anak tidak mahu duduk dalam stroller atau anak di usia sekolah rendah, pastikan anak-anak anda berada dalam kawalan anda. Jegilkan mata anda jika perlu.

10. SEDIAKAN KELENGKAPAN UNTUK KECEMASAN

Segala Berkaitan MAHA 2022 : Lokasi, Tarikh, Masa, Peta & Tips
Kredit Gambar : Indian Makeup dan Beauty Blog

Kepada ibu bapa yang membawa anak-anak, sila bawa beberapa paket tisu basah sebagai satu langkah kecemasan jika anak anda membuang air kecil dan air besar kerana tandas disini sangat terhad disebabkan jumlah pengunjung yang ramai.

Dikhuatiri juga lokasi tandas adalah jauh dari mana anda berada disebabkan tapak pameran ini yang luas.

Anda perlu beratur dan menunggu lama untuk ke tandas, dan kelajuan air di tandas sangat perlahan disebabkan ramai pengguna, dikatakan kelajuan paip air disini hanyalah umpama kelajuan air mata mengalir.

Jika anak-anak anda seorang yang kerap membuang air kecil, lebih elok dipakaikan lampin bagi mengelak mereka ‘melepaskan hajat' di atas jalanan.

11. BAWA KELENGKAPAN SOLAT SENDIRI

Segala Berkaitan MAHA 2022 : Lokasi, Tarikh, Masa, Peta & Tips
Kredit Gambar : Naelofar

Bagi pengunjung yang beragama Islam, terutamanya Muslimah anda perlu membawa kelengkapan solat seperti telekung sendiri kerana jumlah telekung yang disediakan sangat terhad.

Membawa telekung sendiri juga dapat mengurangkan risiko anda daripada terkena jangkitan COVID-19.

Surau yang tidak terlalu ramai adalah surau di dalam dewan D.

12. PERSIAPKAN MENTAL DAN FIZIKAL UNTUK BERJALAN JAUH

17 Tips Penting Wajib Baca Sebelum Anda ke MAHA 2022
Kredit Gambar : Dr Jim Taylor

Lihat semula apakah keperluan diri anda sebelum berjalan jauh. Jika anda mudah berlecak, jangan lupa memakai deodoran dan wangian.

Jika anda tidak tahan panas, pastikan pakaian anda jenis ringan dan tidak berwarna gelap yang menyerap haba.

Jika anda mudah dehidrasi, jangan lupa sediakan botol air mineral besar.

Jika anda mempunyai anak kecil, jangan lupa segala kelengkapan yang mereka perlukan.

Macam-macam lagi. Apa kata, berhenti baca artikel ini sekejap dan fikir apa yang anda perlukan.

13. JANGAN MERANCANG KE DESTINASI LAIN

Pastikan anda tidak memiliki rancangan lain selepas mengunjungi pameran ini supaya anda lebih relaks dan tidak perlu tergesa-gesa sewaktu ke MAHA 2022 ini. Anda boleh berjalan-jalan, makan-makan, solat dan berehat dalam keadaan yang tenang.

Sekurang-kurangnya separuh hari juga akan dihabiskan disini. Kalau kalut-kalut pun tak seronok juga.

14. BAWA TROLI, BEG BESAR ATAU BAKUL PASAR

17 Tips Penting Wajib Baca Sebelum Anda ke MAHA 2022
Kredit Gambar : Utusan Malaysia

Jika anda seorang pencinta produk agro ataupun memiliki kebarangkalian untuk berbelanja sakan, anda dinasihatkan untuk membawa troli, beg besar ataupun bakul pasar. Barang-barang yang dibeli boleh dimasukkan dalam satu tempat sahaja dan memudahkan pergerakan anda.

Kena ingat, diskaun yang ditawarkan pada waktu pameran ini bukan calang-calang tetapi tiada siapa yang sanggup melihat anda mengangkat pasu yang beratnya lebih 2 kg ke hulu ke hilir.?

15. AMBIL PELUANG RASAI 'TESTER' PERCUMA

Jangan merasa segan untuk merasa ‘tester’ makanan yang ditawarkan sewaktu pameran ini berlangsung. Jika anda rasa malu-malu, anda akan terlepas peluang yang mungkin hanya akan datang sekali dalam seumur hidup. Kucing di rumah anda pun tidak mampu untuk memujuk anda meratapi kehilangan peluang keemasan ini.


Akhir sekali, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda ke ekspo tahunan ini. Kata-kata terakhir daripada kami, Selamat Datang ke MAHA 2022 Pameran Pertanian Terulung Malaysia.

4.3 6 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram