royal floria putrajaya

Segala Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Royal Floria Putrajaya 2022 ; Aktiviti Menarik, Harga Tiket, Lokasi & Masa Terbaik Untuk Lawat

Dikemas Kini: 28 Ogos 2022
Surga Route

Pameran bunga dan landskap terbesar di Malaysia iaitu Royal Floria Putrajaya Putrajaya pula bakal menemui anda pada hujung Ogos ini !

Royal Floria Putrajaya 2022

Segala Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Royal Floria Putrajaya 2022 ; Aktiviti Menarik, Harga Tiket, Lokasi & Masa Terbaik Untuk Lawat
Kredit : Perbadanan Putrajaya

Festival Bunga & Taman Diraja Putrajaya yang telah memasuki edisi ke-12 tersebut akan diadakan bermula 29 Ogos sehingga 4 September dari jam 9 pagi sehingga 10 malam di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.

Berbanding edisi sebelumnya yang berlangsung selama 10 hari, Royal Floria Putrajaya pada tahun ini hanya diadakan selama 7 hari dan menyasarkan kehadiran 500,000 pengunjung.

Penganjuran kali ke-12 ini akan membawa tema ‘Floria Hebat’ di mana bunga Orkid dipilih sebagai bunga tema festival.

Selepas MAHA 2022, Royal Floria Putrajaya Pula Bakal Menanti Peminat Taman & Flora
Kredit : Perbadanan Putrajaya

Selain penyertaan agensi dan jabatan kerajaan, festival tersebut turut menerima penyertaan antarabangsa daripada Singapura, China, Indonesia, Korea, Thailand, Taiwan, Jerman dan New Zealand.

Peta Lokasi

floria map 2022 english ver 01 1
Kredit : Perbadanan Putrajaya

Lebih 10,000 Orkid & 400,000 Pokok Bunga

Festival ini akan mempamerkan kira-kira 400,000 bunga-bungaan serta tumbuh-tumbuhan pelbagai spesies dan warna dari dalam dan luar negara, termasuk 10,000 pokok orkid yang menakjubkan dalam persekitaran taman berlandskap. Antara tumbuhan lain tersebut adalah Bonsai, Bromeliad, Bunga Raya, Heliconia, Ros, Bougainvillea, Begonia, Lily dan Krisantimum.

Tarikan Utama

Antara tarikan utama pada Royal Floria Putrajaya edisi kali ini adalah Taman Keluarga Malaysia, Taman Koboi, Taman Instagrammable, Wall of Orchid, Terowong Oncidium, Clock Meadow, 'Glow in the Dark Garden', dan Taman Bonsai dan Suiseki manakala komponen lain seperti Royal Garden dan Floral Sky Walk.

Komponen Taman

  • Taman Diraja
  • Taman Perbadanan Putrajaya
  • Taman Agensi Kerajaan & Korporat
  • Taman Khas
  • Taman Bonsai & Suiseki
  • Taman Kaktus, Sukulen & Bromeliad
  • Taman Universiti
  • Jejak Dendrobium & Vanda
  • Jejak Bunga-bungaan
  • Terowong Oncidium
  • Hiasan Dinding Orkid
  • Clock Meadow
  • Glow In The Dark

Aktiviti Menarik

Selepas MAHA 2022, Royal Floria Putrajaya Pula Bakal Menanti Peminat Taman & Flora
Kredit : The Star

Kira-kira 300 aktiviti menarik menanti pengunjung di Royal Floria Putrajaya 2022 seperti pertandingan orkid antarabangsa, pameran daripada pelbagai agensi dalam dan luar negara, demonstrasi gubahan bunga, bengkel tanaman, persembahan hiburan, pertandingan fotografi, , demonstrasi masakan, program bual bicara, program bersama artis tempatan, pertandingan lukis & warna dan pelbagai lagi. 

Waktu Terbaik Untuk Hadir

Bagi kami, waktu terbaik untuk anda hadir ke Festival Royal Floria Putrajaya 2022 adalah bermula lewat petang dan akhiri lawatan pada malam kerana dengan waktu itu anda dapat menikmati keindahan taman yang dipamerkan dalam 2 suasana berbeza iaitu siang dan malam dengan hanya harga 1 tiket.

Sudah pasti, pada waktu siang anda dapat melihat warna-warni ribuan bunga dengan lebih jelas.

Apabila malam tiba pula, Gemerlapan Floria akan membawa satu pengalaman baharu dengan beberapa laluan dan tapak akan dihujani dengan limpahan cahaya berwarna-warni.

Segala Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Royal Floria Putrajaya 2022 ; Aktiviti Menarik, Harga Tiket, Lokasi & Masa Terbaik Untuk Lawat
Suasana Malam Royal Floria Putrajaya 2022. Kredit : Perbadanan Putrajaya

Sememangnya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Harga Tiket Floria Putrajaya 2022

JENISWARGANEGARA (RM)BUKAN WARGANEGARA (RM)
Dewasa15.00100.00
Kanak-Kanak (7-12 tahun) 5.0050.00
Warga Emas15.0030.00
Orang Kurang Upaya (OKU)Percuma30.00

Untuk membeli tiket, anda boleh klik pautan ini : https://floria.putrajaya.my/

Diharapkan festival ini dapat dijadikan platform untuk mendidik masyarakat supaya lebih menghargai alam sekitar dan memastikan setiap landskap terutamanya yang dibina oleh pihak berkuasa tempatan serta warisan sumber hutan tropika dijaga bagi kepentingan generasi akan datang.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram