virgin singapore

Singapore Airlines Antara Terbaik Elak Pembatalan Penerbangan, Virgin Australia Paling Teruk

Dikemas Kini: 4 Ogos 2022
Surga Route
Singapore Airlines Antara Terbaik Elak Pembatalan Penerbangan, Virgin Australia Paling Teruk

Menurut data daripada syarikat analitik Cirium, Singapore Airlines mempunyai rekod terbaik dalam kalangan kumpulan 19 syarikat penerbangan di seluruh dunia jika diukur usaha mereka mengelak pembatalan penerbangan dengan hanya membatalkan 0.1 peratus daripada perkhidmatan yang dirancang.

Singapore Airlines Antara Terbaik Elak Pembatalan Penerbangan, Virgin Australia Paling Teruk

Sementara itu, data menunjukkan syarikat penerbangan Virgin Australia merupakan penyumbang terbesar dalam pembatalan penerbangan dalam tempoh tiga bulan hingga 26 Julai. Syarikat tersebut membatalkan hampir 2,200 penerbangan, atau 5.9 peratus daripada jadualnya, berbanding 1.4 peratus dalam tempoh yang sama pada 2019.

Penumpang yang terbang dengan syarikat penerbangan Belanda KLM juga mengalami beberapa gangguan terbesar untuk perjalanan ketika industri penerbangan yang mahu bangkit selepas pandemik kini dilanda masalah kekurangan pekerja.

Singapore Airlines Antara Terbaik Elak Pembatalan Penerbangan, Virgin Australia Paling Teruk

Air New Zealand, Qantas yang berpangkalan di Sydney dan Deutsche Lufthansa, syarikat penerbangan terbesar di Eropah, melengkapkan senarai sebagai lima syarikat penerbangan yang paling kerap membatalkan penerbangan dalam tempoh sama.

KLM, dalam satu kenyataan berkata mereka membatalkan penerbangan atas pelbagai sebab, termasuk kekurangan kakitangan keselamatan lapangan terbang.

Singapore Airlines Antara Terbaik Elak Pembatalan Penerbangan, Virgin Australia Paling Teruk

Ketua Pegawai Eksekutif Air New Zealand Greg Foran berkata jadual syarikat penerbangan itu telah terganggu oleh cuaca buruk dan krew anak kapal mereka yang sakit, 3 kali ganda lebih ramai dari kebiasaan.

Lufthansa pula berkata mereka membatalkan hampir 3,000 penerbangan sepanjang musim panas di Frankfurt dan Munich, tetapi mereka cuba mengelak menghentikan penerbangan setiap hari untuk meminimumkan kesan ke atas penumpang. "Matlamatnya adalah untuk menawarkan jadual penerbangan yang stabil," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Virgin Australia, berkata mereka mengatasi pesaing terdekatnya Qantas dalam pembatalan penerbangan untuk tempoh lima bulan hingga Jun.

Ketua Pegawai Eksekutif Domestik dan Antarabangsa Qantas Andrew David berkata kadar pembatalan hampir kembali ke tahap pra-Covid-19.

British Airways berkata mereka akan membatalkan 10,300 penerbangan lagi sepanjang musim panas, menjadikan jumlah pembatalan dari April kepada hampir 30,000 penerbangan.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram