changi terminal 5

Singapura Sambung Pembinaan Terminal 5 Lapangan Terbang Changi. Bakal Tampung Lebih 50 Juta Penumpang Setahun

Dikemas Kini: 22 Ogos 2022
Surga Route

Sebelum ini Singapura telah bercadang untuk memulakan pembinaan Terminal 5 di Lapangan Terbang Changi. Terminal tersebut bakal menjadi terminal terbesar dengan kapasitinya mengatasi kapasiti keseluruhan Terminal 1, Terminal 2 & Terminal 3 jika digabungkan.

Singapura Sambung Pembinaan Terminal 5 Lapangan Terbang Changi. Bakal Tampung Lebih 50 Juta Penumpang Setahun
Kredit : The Straits Times

Namun, disebabkan pandemik COVID-19 mula melanda Singapura dan seluruh dunia yang menyebabkan permintaan penerbangan merosot, kerajaan Singapura bertindak untuk menangguhkan pembinaan Terminal 5 terlebih dahulu.

Singapura Sambung Pembinaan Terminal 5 Lapangan Terbang Changi. Bakal Tampung Lebih 50 Juta Penumpang Setahun
Kredit : The Straits Times

Terbaru, kerajaan Singapura mengumumkan bahawa pembinaan Terminal 5 Lapangan Terbang Changi akan disambung semula, seiring dengan fasa pemulihan industri penerbangan pasca pandemik COVID-19.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong pada sesi Rapat Umum sempena Hari Kebangsaan Singapura 2022 pada 21 Ogos.

Direka Bentuk Semula

Singapura Sambung Pembinaan Terminal 5 Lapangan Terbang Changi. Bakal Tampung Lebih 50 Juta Penumpang Setahun

Mengambil hikmah dan pengajaran daripada peristiwa pandemik COVID-19, Projek Terminal 5 Lapangan Terbang Changi disemak dan direka semula agar lebih bersiap siaga untuk beroperasi dengan lebih selamat dan fleksibel jika berlaku keadaan pandemik di masa hadapan dan lebih cekap guna tenaga serta berdaya tahan.

Encik Lee berkata walaupun projek itu dihentikan sementara, pihak perancang "memanfaatkan waktu rehat itu" dengan memperbaiki reka bentuk terminal berkenaan.

Antara pembaharuannya adalah keupayaan menambah dan mengurangkan operasi dengan mudah, dan mengasingkan penumpang dari penerbangan berbeza bagi mengurangkan penularan jangkitan.

Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT) menyatakan Terminal 5 akan direka bentuk dengan fleksibiliti untuk dijadikan beberapa terminal kecil jika perlu. Ia akan mempunyai ruang yang boleh diubah untuk digunakan sewaktu keadaan kecemasan, seperti ujian atau pengasingan penumpang berisiko tinggi.

Singapura Sambung Pembinaan Terminal 5 Lapangan Terbang Changi. Bakal Tampung Lebih 50 Juta Penumpang Setahun

Inisiatif khas untuk mengurangkan penularan penyakit juga akan dilaksanakan di Terminal 5. Ini termasuk sistem tanpa sentuhan di tempat-tempat laluan penumpang, serta sistem pengaliran udara yang dipertingkat dan boleh digunakan ketika pandemik untuk meningkatkan penggunaan udara segar dan mengurangkan campuran udara.

Selain itu, Terminal 5 akan menerima Tanda Hijau Platinum bagi Bangunan yang menggunakan Tenaga Amat Rendah seperti diluluskan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).

Apabila ia siap dibina pada pertengahan tahun 2030-an, Terminal 4 akan mempamerkan Singapura kepada dunia dan akan menjadi tempat kebanggaan warga Singapura yang boleh mereka menikmati.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram