Dah Tak Perlu Ujian RT-PCR Untuk ke Thailand Mulai 1 Mei Ini, Insurans Pun Kurang !
Surga Route
|
28 April 2022
Sebelum ini kami dah pernah tuliskan mengenai tatacara kemasukan ke Thailand selepas sempadan negara itu dibuka semula pasca pandemik COVID-19.
Tapi, nampaknya maklumat di dalam artikel berkenaan tidak boleh lagi digunapakai bermula 1 Mei 2022 apabila kerajaan Thailand terus melonggarkan syarat kemasukan pelawat asing ke negara berkenaan.
Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok. Imej : ITIJ
Antara perkara baharu yang diumumkan dan akan mula berkuat kuasa 1 Mei 2022 ini adalah pembatalan ujian RT-PCR bagi ketibaan antarabangsa untuk individu lengkap vaksinasi.
Selain itu, pelancong tidak lagi diminta membuat tempahan awal penginapan hotel satu malam bagi menjalani ujian RT-PCR ketika ketibaan dan insurans perubatan dikurangkan daripada US$20,000 (RM87,370) kepada AS$10,000 (RM43,685).
Bagaimanapun, bagi pelancong tidak lengkap vaksinasi, mereka perlu mengemukakan ujian RT-PCR negatif bagi pengecualian kuarantin dan mereka yang gagal mempamerkan sijil vaksinasi akan dikenakan kuarantin lima hari di pusat kuarantin ditetapkan kerajaan Thailand.
Apa lagi guys ? Dah boleh plan untuk ke Krabi, Bangkok, Hat Yai, Phuket, Pattaya, Chiang Mai dan lain-lain !
Sebelum ini kami pernah siarkan berkenaan insiden penghawa dingin yang tidak dapat dihidupkan dalam kabin pesawat milik Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) dengan nombor penerbangan MH2710 yang sepatutnya membuat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sandakan pada 8 Mei lalu. BACA : Dibiar Kepanasan Dalam Pesawat Hampir 1 Jam, Penumpang Malaysia Airlines Kecewa 'Aircond' Tidak Berfungsi […]
Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]
Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]
Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]
Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]