thailand

Tak Perlu Thai Pass & Insurans COVID-19 Untuk ke Thailand Bermula 1 Julai Ini

Dikemas Kini: 27 Jun 2022
Surga Route

Ketika seluruh dunia mula perlahan-lahan membenarkan kemasukan pelawat ke negara masing-masing selepas 2 tahun pandemik COVID-19, negara Thailand juga melakukan perkara yang sama.

image 8 11

Negara gajah putih ini mewajibkan pelawat mendaftar dalam sistem Thai Pass, iaitu sistem yang mewajibkan pelawat asing menunjukkan salinan bukti vaksinasi, polisi insurans COVID-19 minimum 10,000 USD dan beberapa dokumen lain sebelum mereka akan mendapat satu kod QR untuk ditunjukkan di kaunter imigresen Thailand semasa ketibaan.

image 8 12

Bagaimanapun, proses pendaftaran pra-ketibaan , dan keperluan mendapatkan insurans COVID-19 dilihat sebagai proses merumitkan yang akhirnya menyebabkan pelawat asing tidak lagi berminat ke negara itu.

Sebagai salah satu usaha untuk menambah bilangan pelancong ke Thailand, kerajaan negara tersebut mengumumkan bahawa pelawat tidak lagi perlu memohon Thai Pass dan juga membeli insurans COVID-19 bermula 1 Julai 2022.

Sebaliknya, pelawat hanya perlu menunjukkan dokumen vaksinasi mereka, ataupun mendapatkan keputusan negatif bagi ujian pengesanan COVID-19 sekiranya mereka tidak menerima vaksin.

Selain itu, arahan memakai pelitup muka juga dimansuhkan kecuali di tempat yang sesak dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.

Kelonggaran yang diberikan dilihat sebagai salah satu usaha memulihkan industri pelancongan negara Thailand.

2.5 2 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram