sunnah nabi

Takbir & Tasbih, Sunnah Nabi Sewaktu 'Travel' Yang Boleh Kita Amalkan

Tag:
Dikemas Kini: 10 Ogos 2022
Surga Route

Dalam seronok kita berjalan mengelilingi dunia, seeloknya kita niatkan perjalanan kita sebagai satu ibadah, untuk melihat kebesaran Allah.

Bila kita niatkan 'travel' sebagai salah satu ibadah dan cara kita mengabdikan diri kepada Allah, pasti setiap bait perjalanan kita mahu mengikut arahan Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW supaya perjalanan kita diberkati.

Antara salah satu sunnah Rasulullah SAW sewaktu 'travel' yang boleh juga kita amalkan adalah membaca Takbir & Tasbih ketika perjalanan berbukit.

Takbir & Tasbih, Sunnah Nabi Sewaktu 'Travel' Yang Boleh Kita Amalkan
Kredit Gambar : Atlas & Boots


Dalam satu hadis daripada Sahih Al-Bukhari :

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ـ رضى الله عنهما ـ قَالَ كُنَّا إِذَا صَعِدْنَا كَبَّرْنَا، وَإِذَا نَزَلْنَا سَبَّحْنَا.

Daripada Jabir bin Abdullah radiallahu ‘anhuma, beliau berkata: Apabila kami naik ke kawasan tinggi, kami bertakbir, dan apabila kami turun, kami bertasbih.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad wa al-Siyar, hadis no: 2993]

Maksudnya adalah ketika menaiki tempat-tempat yang tinggi mengucapkan: “Allahu Akbar”, dan ketika menuruni tempat-tempat yang lebih rendah mengucapkan: “Subhanallah”.

Takbir & Tasbih, Sunnah Nabi Sewaktu 'Travel' Yang Boleh Kita Amalkan

Semoga dengan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW, akan ada keberkatan dalam perjalanan kita dan mendapat syafaat di akhirat kelak.

Masih banyak lagi sunnah-sunnah Rasulullah SAW ketika membuat perjalanan yang insyaAllah kami akan kongsikan kelak. Untuk perkongsian kali ini, hanya satu hadis ini sahaja. Tak apa, sikit pun tak apa. Kita slow-slow. Tak buat semua, jangan tinggal semua !

Wallahua'lam.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram