Jom Rancang Cuti. Ini Dia Kalendar 2023 Yang Dikemaskini !

Takwim Sekolah 2023-2024 Serta Senarai Cuti

Dikemas Kini: 29 Disember 2022
Surga Route

Takwim persekolahan bagi sesi 2023/2024 dikekalkan dengan sesi persekolahan bermula MAC kerana keperluan mencukupkan 190 hari wajib sekolah dan memahami kesukaran pelajar SPM menghadapi peperiksaan musim banjir.

Terkini, KPM memaklumkan bahawa cuti persekolahan Sesi 2022/2023 akan ditambah seminggu sehingga 18 Mac 2023 menjadikan sesi Persekolahan 2023/2024 akan bermula lewat seminggu iaitu 19/20 Mac berbanding yang tertera dalam takwim edaran sebelum ni (12/13 Mac) – untuk kelancaran pengoperasian SPM.

Takwim Sekolah 2023-2024 Serta Senarai Cuti

Berikut kami kongsikan kalendar akademik dan takwim persekolah bagi sesi 2023/2024

Takwim Sekolah Sesi 2023-2024

Dalam kemaskini terbaru, KPM telah membuat ketetapan untuk menagguhkan pembukaan sekolah untuk sesi baru.

Terdapat 2 kumpulan utama dalam takwim sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu negeri-negeri Kumpulan A dan juga Kumpulan B.

  • Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
  • Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Jadi berikut merupakan tarikh bagi sesi persekolahan 2023/2024 bagi di seluruh negara :

Kumpulan A

  • Sesi Persekolahan Kumpulan A  - 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024
Takwim Sekolah 2023-2024 Serta Senarai Cuti

Penggal 1 : 19 Mac hingga 25 Mei 2023 (42 hari)

  • Cuti Pertengahan : 21 April - 29 April 2023
  • Cuti Penggal 1 : 26 Mei - 3 Jun 2023

Penggal 2 : 4 Jun hingga 24 Ogos 2023 (56 hari)

  • Cuti Penggal 2 : 25 Ogos - 2 September 2023

Penggal 3 : 3 September 2023 hingga 8 Februari 2024 (100 hari)

  • Cuti Penggal 3 : 15 Disember 2023 - 1 Januari 2024

Cuti Akhir Persekolahan : 9 Februari hingga 9 Mac 2024 (30 hari)

Kumpulan B

  • Sesi Persekolahan Kumpulan B - 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024
Takwim Sekolah 2023-2024 Serta Senarai Cuti

Penggal 1 : 20 Mac hingga 26 Mei 2023 (41 hari)

  • Cuti Pertengahan : 22 April - 30 April 2023
  • Cuti Penggal 1 : 27 Mei - 4 Jun 2023

Penggal 2 : 5 Jun hingga 25 Ogos 2023 (55 hari)

  • Cuti Penggal 2 : 26 Ogos - 3 September 2023

Penggal 3 : 4 September 2023 hingga 9 Februari 2024 (100 hari)

  • Cuti Penggal 3 : 16 Disember 2023 - 1 Januari 2024

Cuti Akhir Persekolahan : 10 Februari - 10 Mac 2024 (30 hari)

Cuti Perayaan 2034/2024

Takwim Sekolah 2023-2024 Serta Senarai Cuti
  • Hari Raya Aidilfitri (22 & 23 April 2022)
  • Hari Raya Qurban (29 Jun 2023)
  • Hari Deepavali (12 November 2023)
  • Tahun Baru Cina (10 & 11 Februari 2024)
  • Pesta Keamatan (30 & 31 Mei 2023)
  • Perayaan Hari Gawai Dayak (1 & 2 Jun 2023)
  • Hari Krismas (25 Disember 2023)

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dimuat turun melalui sesawang KPM di pautan www.moe.gov.my/takwim

Anda juga boleh memuat turun Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 disini.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram