Tangguh Umrah : RM35 Juta Kerugian Ditanggung Agensi & Jemaah

Dikemas Kini: 25 Februari 2022
Surga Route

Sejumlah RM35 juta kerugian ditanggung agensi dan jemaah umrah susulan penangguhan sementara perjalanan mengerjakan ibadat itu bermula Sabtu ini.

Tangguh Umrah : RM35 Juta Kerugian Ditanggung Agensi & Jemaah

Presiden Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA), Dr Fathir Badri berkata, anggaran kos kerugian itu berdasarkan jumlah 10,000 jemaah yang sudah mendapat visa umrah sepanjang bulan ini.

"Visa umrah terbabit adalah termasuk kos hotel dan pengangkutan di Arab Saudi yang bernilai kira-kira RM3,500.

"Kos ini dianggap hangus kerana tidak akan dipulangkan semula kepada jemaah disebabkan bayaran sudah dibuat kepada pihak di Arab Saudi dan penangguhan ini dilakukan oleh Malaysia bukan negara berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, beliau berharap kerajaan memberi perhatian serius berhubung perkara itu.

Dr Fathir berkata, pihaknya akur dengan keputusan kerajaan yang menangguhkan sementara perjalanan umrah selama sebulan.

"SAFTTA berharap kerajaan akan memperbaiki prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh penangguhan itu terutama membabitkan SOP ketika ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Daripada pengalaman kami, keadaan di pintu masuk itu agak sesak terutama pada waktu puncak yang mana ramai pengembara berkumpul di kawasan sangat terhad untuk pemeriksaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Katanya, SAFTTA juga berharap supaya tempoh penangguhan selama sebulan tidak dilanjutkan dan seterusnya dapat membantu agensi pelancongan menjadualkan semula perjalanan jemaah mereka.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan penangguhan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan umrah akan diteruskan bagi tempoh sebulan bermula 8 Januari.

Beliau dilaporkan berkata, KKM juga akan mengenakan kuarantin wajib di stesen kuarantin bagi jemaah umrah yang baru pulang dari Arab Saudi.

Kredit : Harian Metro

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram