Tea Amo Lebarkan Sayap ke Turki. Sasar buka cawangan ke-2 di Bandung, Indonesia

Dikemas Kini: 26 Februari 2022
Surga Route
Tea Amo Lebarkan Sayap ke Turki

Kafe Tea Amo yang pertama di luar negara secara rasmi dibuka di pusat tumpuan pelancong di Sirkeci, Istanbul, Turki.

Menurut Presiden Kumpulan Malakat Eco, Coach Mohd Fadzil Hashim, selain menghidangkan minuman popular teh bebola, kafe tersebut yang berkonsepkan kafe turut menawarkan hidangan makanan popular Malaysia. Antaranya ialah nasi minyak dan nasi goreng.

Coach Fadzil berkata, sejak dibuka beberapa hari lalu, kafe tersebut telah dikunjungi pelanggan dari pelbagai negara. Malah, katanya, terdapat juga pelanggan berulang yang gemar datang untuk menikmati hidangan disediakan di kafe tersebut.

Sementara itu, Coach Fadzil berkata, pihaknya merancang untuk melebarkan lagi pasaran kafe tersebut dengan menyasarkan sebanyak 1,000 kedai.

“Tea Amo akan berkembang bersama Brainy Bunch yang di mana ada Brainy Bunch di situ ada Tea Amo. Menu kita sudah ada yang mana sama dengan di Bunch-Oh dan kita akan ubah suai mengikut negara berkenaan.

“Sasaran kita ialah 1,000 outlet. Untuk menu kita akan buat secara berfasa, kita ambil pengajaran daripada Starbuck yang bermula dengan minuman kopi dan selepas berjaya barulah mereka menambah menu lain.

“Untuk di Malaysia kita dalam proses untuk membuka Tea Amo di Kelantan dan dijangka dilancarkan sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, cawangan kedua Kafe tersebut di luar negara adalah di Bandung, Indonesia.

Beliau berkata, pada masa kini kerja-kerja ubah suai sedang giat dilaksanakan di kafe yang terletak dalam Transtudio Bandung itu.

Dalam pada itu, Coach Fadzil juga mengalu-alukan rakyat Malaysia yang berhasrat bekerja dan menimba pengalaman di Kafe Tea Amo di Istanbul.

Katanya, mereka yang berminat boleh berhubung secara terus melalui messenger Facebook miliknya.

Sumber : Malakat Tribune

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram