sambutan kemerdekaan

Teringin Lihat Perbarisan ? Ini Dia Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Seluruh Malaysia

Dikemas Kini: 28 Ogos 2022
Surga Route

Selamat Hari Kebangsaan Negaraku Malaysia yang ke-65 ! Salah satu acara paling dinanti bersempena hari kebangsaan adalah perbarisan kan !

Ramai yang tahu acara sambutan Hari Kebangsaan peringkat kebangsaan akan dilaksanakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Buat mereka yang berada jauh, mesti ada yang teringin untuk melihat secara dekat dan secara langsung kan. Tetapi, Kuala Lumpur terlalu jauh untuk anda.

Jangan risau, sebenarnya ada juga acara serupa cuma dengan skala lebih kecil iaitu sambutan hari kebangsaan peringkat negeri di setiap negeri di Malaysia. Jom kita tengok lokasinya.

Teringin Lihat Perbarisan ? Ini Dia Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Seluruh Malaysia

Acara Ambang Kemerdekaan

Acara ambang kemerdekaan dilakukan pada malam, sehari sebelum tarikh sambutan hari kebangsaan bagi melakukan kira detik (countdown) pukul 12 malam, yang menandakan telah masuk ke tarikh baharu (31 Ogos).

Acara ini diadakan di beberapa tempat iaitu di Shah Alam, Ipoh, Kangar dan juga di Putrajaya.

Anjung Floria, Putrajaya

Acara di Putrajaya mungkin adalah acara yang berskala paling besar disebabkan acara ini akan dihadiri oleh Perdana Menteri sendiri, iaitu Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob.

Acara ini diadakan di tapak Anjung Floria, bersempena dengan Festival Royal Floria Putrajaya 2022 yang berlangsung dari 29 Ogos - 4 September.

Antara aktiviti adalah konsert artis terkenal (Ameng, Amir Masdi Haqiem Rusli, Afiq, Nash, Manbai, Ayu Damit) , persembahan kebudayaan dan pertunjukan bunga api.

Teringin Lihat Perbarisan ? Ini Dia Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Seluruh Malaysia
Kredit : Perbadanan Putrajaya

Dataran Kemerdekaan, Shah Alam

Di sini pula, acara keseluruhan menggabungkan aktiviti kerohanian dan juga hiburan. Pertama sekali, program selawat dan munajat yang dipimpin Habib Ali Zaenal Abidin turut diadakan pada jam 4.45 petang.

Kemudian, acara ambang kemerdekaan akan bermula jam 8 malam. Sambutan diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya persembahan artis terkenal Erni Zakri dan Black Hanifah, perarakan dan perbarisan, tarian pelbagai bangsa, koir, kawad senyap, tempur tanpa senjata serta pertunjukan bunga api.

Teringin Lihat Perbarisan ? Ini Dia Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Seluruh Malaysia

Dataran MBI, Ipoh

Sempena Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak 2022 pelbagai persembahan bakal disajikan untuk anda secara langsung bertempat di Dataran Bandaraya Ipoh pada 30 Ogos 2022. Antara yang menarik minat adalah kehadiran Monoloque.

Teringin Lihat Perbarisan ? Ini Dia Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Seluruh Malaysia

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri

Acara sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri pada 31 Ogos 2022 pula bakal diadakan di lokasi-lokasi yang berikut :

Negeri Sembilan

Sambutan di Peringkat Negeri Sembilan akan diadakan di Padang Majlis Bandaraya Seremban dengan kehadiran DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Teringin Lihat Perbarisan ? Ini Dia Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Seluruh Malaysia

Johor

Di Johor, Dataran Iskandar Puteri akan menjadi venue acara perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan dengan tetamu rasmi adalah YAB Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz bin Dato' Ghazi

Teringin Lihat Perbarisan ? Ini Dia Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Seluruh Malaysia
Dataran Iskandar Puteri. Kredit : KPRJ

Terengganu

Di Johor, acara sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di Taman Awam Batu Burok dengan kehadiran DYTM Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.

Teringin Lihat Perbarisan ? Ini Dia Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Seluruh Malaysia
Taman Awam Batu Burok. Kredit : Mohd Faiz bin Abdul Manan

Sabah

Padang Merdeka Kota Kinabalu pula akan menjadi venue bagi upacara sambutan hari kebangsaan peringkat negeri Sabah.

Teringin Lihat Perbarisan ? Ini Dia Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Seluruh Malaysia

Perak

Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah pula akan mencemar duli di upacara sambutan hari kebangsaan ke-65 peringkat Negeri Perak di Dewan Bandaraya Ipoh.

Teringin Lihat Perbarisan ? Ini Dia Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Seluruh Malaysia

Pulau Pinang

Padang Kota Lama yang menjadi ikon negeri dan juga tumpuan pelancong akan menjadi lokasi sambutan hari kebangsaan di Pulau Pinang. Ia akan turut dihadiri TYT Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Teringin Lihat Perbarisan ? Ini Dia Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Seluruh Malaysia

Sarawak

Acara di peringkat negeri Sarawak pula diadakan di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong. Acara tersebut akan dihadiri TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Labuan

Di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pula, ia akan diadakan di Taman Damai Layang-Layangan dengan kehadiran ahli dewan negara dari Wilayah Persekutuan Labuan.

Teringin Lihat Perbarisan ? Ini Dia Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Seluruh Malaysia
Kredit : Labuan

Kelantan

Sambutan di peringkat negeri Kelantan pula tidak diadakan di ibu negeri Kota Bharu. Sebaliknya, Padang Majlis Daerah Ketereh akan menjadi lokasi sambutan peringkat negeri dengan kehadiran YAB Menteri Besar Kelantan.

Kedah

Teringin Lihat Perbarisan ? Ini Dia Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Seluruh Malaysia
Dataran Medan Bandar. Kredit : Harakah Daily

Di Kedah, Tuanku Sultan Kedah akan mencemar duli ke majlis sambutan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat Negeri Kedah bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar.

Pahang

Padang MBK 4 akan menjadi lokasi bagi acara bersejarah sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang. Ia akan dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Pahang.

Melaka

Acara sambutan hari kebangsaan di Negeri Melaka yang bersejarah pula akan diadakan di Dataran Sejarah Ayer Keroh dengan kehadiran TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram