the danna langkawi

The Danna Langkawi Sertai Kumpulan Small Luxury Hotels, Ahli ke-9 Dari Malaysia

Tag:
Dikemas Kini: 12 Oktober 2022
Surga Route

Small Luxury Hotels of the World™ (SLH) ialah kumpulan jenama-jenama hotel mewah yang tidak terikat di bawah jenama tertentu. Terdapat kira-kira 520 hotel di lebih 90 negara merupakan ahli kepada SLH.

The Danna Langkawi Serta Kumpulan Small Luxury Hotels, Ahli ke-9 Dari Malaysia
The Danna Langkawi

Terbaru, The Danna Langkawi Resort & Beach Villas mengumumkan bahawa mereka menyertai kumpulan dengan Small Luxury Hotels of the World menjadikan The Danna Langkawi sebagai hotel pertama di Langkawi menyertai SLH dan juga yang ke-9 di Malaysia.

The Danna Langkawi Serta Kumpulan Small Luxury Hotels, Ahli ke-9 Dari Malaysia
The Danna Langkawi

Antara hotel dan resort lain di Malaysia yang juga merupakan ahli SLH adalah Cameron Highlands Resort, Else Kuala Lumpur, Gaya Island Resort, Mangala Resort & Spa, Pangkor Laut Resort, Tanjong Jara Resort, The Edison Georgetown dan juga The Majestic Melaka.

The Danna Langkawi Serta Kumpulan Small Luxury Hotels, Ahli ke-9 Dari Malaysia
The Danna Langkawi

Melalui perkongsian strategik ini, kini pelancong boleh membuat tempahan untuk menginap di The Danna Langkawi Resort & Beach Villas melalui platform tempahan global Small Luxury Hotels of the World serta perkhidmatan jualan, pemasaran dan pengedaran komprehensif jenama itu, menjangkau pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

The Danna Langkawi Serta Kumpulan Small Luxury Hotels, Ahli ke-9 Dari Malaysia
The Danna Langkawi

Terletak dengan strategik di Telaga Harbour Park, The Danna Langkawi Resort and Beach Villas terletak kira-kira 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan 25 minit ke Pantai Cenang.

The Danna Langkawi Serta Kumpulan Small Luxury Hotels, Ahli ke-9 Dari Malaysia
The Danna Langkawi

Resort ini mendapat inspirasi reka bentuk daripada unsur-unsur kolonial-Mediterania dengan tona tenang dan neutral yang dimeriahkan dengan sentuhan kontemporari dan kawasan hijau yang dipelihara dengan teliti untuk menawarkan percutian yang tenang dan mewah.

The Danna Langkawi Serta Kumpulan Small Luxury Hotels, Ahli ke-9 Dari Malaysia
The Danna Langkawi

Setiap bilik dan suite yang dijaga rapi dilengkapi dengan balkoni peribadi yang luas dan memberikan para tetamu sudut indah yang berbeza dari Pulau Langkawi yang cantik, sama ada bukit bukau, halaman yang subur, marina yang bersih, atau Laut Andaman yang megah.

The Danna Langkawi Serta Kumpulan Small Luxury Hotels, Ahli ke-9 Dari Malaysia
The Danna Langkawi

5 1 vote
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram