The Shorea, Resort Mewah di Hutan Belantara

Dikemas Kini: 7 Mac 2022
Surga Route
The Shorea, Resort Mewah di Hutan Belantara

The Shorea ni bukanlah tempat peranginan biasa. Resort ini kecil, lokasinya di kawasan tersorok dan di luar laluan pelancong biasa. Kapasiti kecil resort ini dan jumlah tetamu yang sedikit menjadikan tempat ini istimewa.

Bagaikan tempat percutian peribadi di mana anda boleh berehat daripada bunyi bising, pencemaran bandar walaupun tidak jauh dari Kuala Lumpur. 1 Jam perjalanan sahaja.

Shorea Retreats ada dua bahagian, setiap satu terdiri daripada 4 villa dengan kapasiti berbeza, daripada suite untuk dua orang kepada villa yang luas untuk seisi keluarga.

The Shorea, Resort Mewah di Hutan Belantara

Ada Shorea Resort iaitu kompleks villa dengan pengudaraan semula jadi. Dibina dari kayu.

The Shorea, Resort Mewah di Hutan Belantara

Manakala Shorea Estate yang lebih baru menampilkan bahagian dalaman yang moden dan dilengkapi dengan penghawa dingin.

Tetapi sejujurnya,tak perlu penghawa dingin pun di sini. Suhu sejuk pada waktu malam dan bentuk muka bumi berbukit memastikan angin bertiup walaupun di tengah hari yang paling panas . Kalau panas juga, boleh terjun kolam terus hehe.

The Shorea, Resort Mewah di Hutan Belantara

Tambahan pula, ia adalah salah satu daripada beberapa resort eko di Malaysia. Sebagai permulaan, sebahagian daripada resort ini dibina menggunakan kayu Shorea kitar semula dan bumbung senget mengumpul air hujan untuk siraman pokok dan seumpamanya.

Di samping itu, garam digunakan di dalam kolam, bukannya lebih banyak bahan kimia yang merosakkan alam semula jadi.

The Shorea, Resort Mewah di Hutan Belantara

The Shorea juga menjalankan program sosialnya sendiri dan menyokong komuniti setempat dengan melatih dan menggaji penduduk tempatan, serta memelihara pengetahuan tentang flora sekeliling daripada dilupakan.

Pasangan yang mencari percutian hujung minggu romantis untuk dua orang tak perlu cari tempat lain dah. Boleh pilih The Shorea sebagai lokasi percutian anda.

Lokasi

?The Shorea Retreats, Village Kolam Air, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram