tiarasa escape

Tiarasa Escapes Glamping Resort, Destinasi Mewah dikelilingi Kehijauan Hanya 30 Minit Dari Kuala Lumpur

Dikemas Kini: 21 Ogos 2022
Surga Route
Tiarasa Escapes Glamping Resort, Destinasi Mewah dikelilingi Kehijauan Hanya 30 Minit Dari Kuala Lumpur
Kredit : Tiasa Escapes Glamping Resort

Untuk orang di sekitar Kuala Lumpur, mesti teringin untuk lari dari kesibukan kota. Tapi kadang-kadang takut penat dan masa yang suntuk sebab ingatkan destinasi yang aman damai semuanya jauh-jauh.

Tiarasa Escapes Glamping Resort, Destinasi Mewah dikelilingi Kehijauan Hanya 30 Minit Dari Kuala Lumpur
Kredit : Tiasa Escapes Glamping Resort

Sebenarnya tak pun, ada jer tempat percutian yang boleh rehatkan minda anda terletak tak terlalu jauh dari bandaraya Kuala Lumpur.

Tiarasa Escapes Glamping Resort, Destinasi Mewah dikelilingi Kehijauan Hanya 30 Minit Dari Kuala Lumpur
Kredit : Tiasa Escapes Glamping Resort

Salah satunya adalah Tiarasa Escapes Glamping Resort yang terletak di Kampung Janda Baik, Pahang Darul Makmur.

Untuk ke sini, hanya kira-kira 30 minit hingga 1 jam sahaja perjalanan dari Kuala Lumpur. Lebih kurang waktu perjalanan orang KL menghadap kesesakan untuk ke tempat kerja jer tu.

Lokasi & Suasana

Tiarasa Escapes Glamping Resort, Destinasi Mewah dikelilingi Kehijauan Hanya 30 Minit Dari Kuala Lumpur
Kredit : Tiasa Escapes Glamping Resort

Tiarasa Escapes ini terletak di kaki bukit yangs sejuk di Janda Baik dengan kawasan seluas 7 ekar. Sampai sahaja disini, anda akan tenang melihat pemandangan indah pokok-pokok yang megah dan dusun dengan buah-buahan yang harum.

Tiarasa Escapes Glamping Resort, Destinasi Mewah dikelilingi Kehijauan Hanya 30 Minit Dari Kuala Lumpur
Kredit : Tiasa Escapes Glamping Resort

Katanya, resort ini turut terinspirasi dari resort percutian Kasbah Tamadot di Maghrib yang dimiliki jutawan British terkenal, Richard Branson.

Tiarasa Escapes Glamping Resort, Destinasi Mewah dikelilingi Kehijauan Hanya 30 Minit Dari Kuala Lumpur
Kredit : Tiasa Escapes Glamping Resort

Di sini, anda akan lihat banyak burung terbang dan berkicauan, rama-rama dan pepatung menari di sepanjang singkapan berbatu sungai yang jernih.

Tiarasa Escapes Glamping Resort, Destinasi Mewah dikelilingi Kehijauan Hanya 30 Minit Dari Kuala Lumpur
Kredit : Tiasa Escapes Glamping Resort

Dimiliki Oleh Figura Besar

Resort ini bukan calang-calang, ia dimiliki oleh Yang Berbahagia Puan Sri Tiara Jacquelina Eu Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Tiara Jacquelina. Beliau ialah ialah seorang pelakon, penyanyi dan penerbit filem & teater Malaysia.

Beliau juga merupakan pengasas dan pemilik syarikat Enfiniti Productions yang mengkhususkan kepada penerbitan televisyen, filem dan teater.

Jenis Unit Penginapan

Tiarasa Escapes Glamping Resort, Destinasi Mewah dikelilingi Kehijauan Hanya 30 Minit Dari Kuala Lumpur
Kredit : Tiasa Escapes Glamping Resort

Disini terdapat 20 villa khemah yang terdiri daripada 4 jenis iaitu Dragonfly Tented Villa (RM990.00/malam), Hornbill Tented Villa (RM1190.00), Rajah Brooke Family Suite(RM1590.00/malam), dan Ranee Suite(RM1190.00/malam).

Selain itu ada 5 unit villa atas pokok yang dinamakan Ficus Treetop Villa.

Tiarasa Escapes Glamping Resort, Destinasi Mewah dikelilingi Kehijauan Hanya 30 Minit Dari Kuala Lumpur
Kredit : Tiasa Escapes Glamping Resort

Kesemua unit penginapan ini memang sekurang-kurangnya dilengkapkan dengan katil mewah bersaiz king, kelengkapan mandi, penghawa dingin, kemudahan internet.

Tiarasa Escapes Glamping Resort, Destinasi Mewah dikelilingi Kehijauan Hanya 30 Minit Dari Kuala Lumpur
Kredit : Tiasa Escapes Glamping Resort

Kemudahan & Aktiviti Menarik

Salah satu kemudahan paling utama, ialah kafe Rasa. Disinilah tempat anda boleh menjamu selera sepanjang menginap disini. Sarapan pagi sudah termasuk dengan harga bilik.

Tiarasa Escapes Glamping Resort, Destinasi Mewah dikelilingi Kehijauan Hanya 30 Minit Dari Kuala Lumpur
Kredit : Tiasa Escapes Glamping Resort

Jadi waktu lain, seperti makan tengahari, minum petang dan makan malam bolehlah buat tempahan sewaktu mendaftar masuk. Anda juga boleh memilih untuk makanan dihidangkan di dalam bilik. Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan untuk BBQ Dinner under the Stars dan Afternoon Tea Picnic by the River.

Antara kemudahan yang cukup ikonik pula ialah wading pool iaitu kolam mandi yang cetek untuk merendam kaki dan untuk kanak-kanak bermain air. Kolam ini sangat cantik, melengkapkan landskap keseluruhan kawasan resort ini.

Tiarasa Escapes Glamping Resort, Destinasi Mewah dikelilingi Kehijauan Hanya 30 Minit Dari Kuala Lumpur
Kredit : Tiasa Escapes Glamping Resort
Tiarasa Escapes Glamping Resort, Destinasi Mewah dikelilingi Kehijauan Hanya 30 Minit Dari Kuala Lumpur
Kredit : Tiasa Escapes Glamping Resort

Kalau masih belum cukup dengan merendam kaki di kolam, anda juga boleh bermandi-manda di Sungai Enderong yang terletak bersebelahan dengan resort ini. Di sepanjang sungai ini juga ada beberapa khemah piknik yang tersedia untuk memberikan pengalaman yang lebih selesa. 

Tiarasa Escapes Glamping Resort, Destinasi Mewah dikelilingi Kehijauan Hanya 30 Minit Dari Kuala Lumpur
Kredit : Tiasa Escapes Glamping Resort

Bila tiba waktu malam, antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah stargazing, BBQ, dan moonlight cinema yang mana anda boleh menonton wayang secara terbuka. .Tapi kalau cuasa tidak mengizinkan, aktiviti menonton wayang akan dibuat di kawasan tertutup.

Tiarasa Escapes Glamping Resort, Destinasi Mewah dikelilingi Kehijauan Hanya 30 Minit Dari Kuala Lumpur
Kredit : Tiasa Escapes Glamping Resort

Selain itu, acara-acara lain juga boleh dilakukan disini dengan tempahan awal.

Selain itu, board games pun disediakan untuk mengisi masa terluang. Jika anda menyukai cabaran, anda boleh melakukan eksplorasi dan bermain ATV di hutan berdekatan.

Tempahan Tiarasa Escapes Glamping Resort

Untuk maklumat lanjut tentang Tiarasa Escapes, layari www.tiarasaescapes.com atau hubungi +6012 8877777 atau emel tiarasa@enfiniti.com.my . 

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram