Harga Tiket Penerbangan Melambung Sempena Raya Aidilfitri

Tag:
Dikemas Kini: 19 April 2022
Surga Route

Keterujaan sesetengah rakyat Malaysia untuk pulang menyambut raya di kampung halaman terutama buat mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak mungkin terpaksa dilupakan ekoran harga tiket penerbangan yang melambung di musim perayaan Aidilfitri ini.

Sebelum ini, syarikat penerbangan komersial tempatan yang menyediakan laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching hanya menawarkan tiket di sekitar RM300 untuk penerbangan pergi balik.

Namun, berdasarkan pemantauan terkini di laman web syarikat penerbangan komersial baru-baru ini, tambang penerbangan melonjak sehingga RM2,000 (penerbangan pergi balik) iaitu peningkatan sekitar 566 peratus, menjelang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri (29 April-8 Mei).

harga tiket kapal terbang meningkat,naik,malaysia airlines,kota kinabalu
Harga tiket airasia,harga tiket naik mendadak,kota kinabalu,hari raya aidilfitri

Hisap Darah Rakyat

Sementara itu, perbuatan syarikat penerbangan menaikkan harga tiket ke Sabah dan Sarawak ketika musim perayaan tidak ubah seperti menghisap darah rakyat, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bung Mokhtar not offended by criticism | Malaysia | Malay Mail
Kredit : Malay Mail

Menurutnya, memandangkan dalam beberapa minggu lagi umat Islam bakal menyambut perayaan Aidilfitri, pasti ramai rakyat Sabah di Semenanjung yang mahu pulang beraya di Sabah. Tindakan membatalkan hasrat tersebut hanya kerana tidak mampu membeli tiket penerbangan yang mahal amat menyedihkan.

“Bayangkan tiket penerbangan ekonomi sahaja untuk satu hala ada yang mencecah RM2,800 hingga RM3,600. Perkara begini tidak seharusnya berlaku dan syarikat penerbangan janganlah menghisap darah penumpang,” kata Bung.

Oleh kerana banyak aduan diterima daripada masyarakat dari Borneo yang mengeluh dengan fenomena sebegini, Bung meminta Kementarian Pengangkutan untuk campur tangan bagi menangani isu ini dengan segera.

Syarikat Penerbangan Nasihat Beli Tiket Awal

Syarikat penerbangan telah menasihati rakyat Malaysia agar membeli tiket mereka awal bagi mengelakkan kenaikan harga mendadak semasa perayaan Aidilfitri yang disebabkan oleh strategi penetapan harga dinamik.

Malaysia Airlines to phase out A380s 'in coming months' | News | Flight  Global

Malaysia Airlines Berhad mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat penerbangan menetapkan harga tiket secara dinamik yang tertakluk kepada permintaan dan penawaran selain tarikh, masa dan ketersediaan tempat duduk pada jangka masa tertentu.

Malaysia Airlines menggalakkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan mengambil peluang ke atas pelbagai tawaran promosi dan diskaun yang disediakan dari semasa ke semasa. Syarikat itu turut memberi jaminan bahawa ia akan terus memantau keadaan dan meningkatkan kapasiti tempat duduk penerbangan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram