pru15

Tiket Penerbangan Akan Dipantau Di Musim Pilihanraya - MAVCOM

Dikemas Kini: 1 November 2022
Surga Route

Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) telah diumumkan akan diadakan pada Sabtu, 19 November 2022. Ramai warganegara terutamanya anak perantauan yang merancang untuk melakukan perjalanan bagi menunaikan kewajiban mengundi.

Disebabkan itu, dah kecoh di media sosial berkenaan tambang penerbangan yang dikatakan naik melambung pada musim pilihanraya ini.

Di media sosial misalnya boleh dilihat beberapa pengguna berhadapan dengan tambang yang mahal. pengguna Twitter, @brandconsultant berkata, penerbangan terus antara Singapura ke Kuala Lumpur menelan kos sehingga RM2,376 untuk hujung minggu sewaktu pilhanraya, sementara harga meningkat kepada sekitar RM720 dari KL ke Kuching dan sehingga RM647 dari KL ke JB.

Disebabkan itu, menurut laporan Bernama, Menteri Pengangkutan sementara, Datuk Seri Wee Ka Siong menjelaskan yang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan mengawal selia harga tiket kapal terbang untuk mengelakkannya terus meningkat pada harga tidak munasabah ketika musim PRU15 nanti, MAVCOM akan mengambil tindakan terhadap syarikat penerbangan yang didapati menaikkan harga melangkaui syarat yang ditetapkan.

Jika ada dalam kalangan anda yang perlu pulang untuk mengundi, berapa harga yang terpaksa dibayar? Boleh kongsikan maklumat ini dengan kami di ruangan komen.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram