Tol percuma dan diskaun sehingga 50 peratus di 30 Lebuhraya sempena Aidilfitri

Dikemas Kini: 25 April 2022
Surga Route

Rasanya memang best dan meriah betul raya Aidilfitri tahun 2022 ni. Yelah, dah lama tak rasa pulang kampung beramai-ramai sejak pandemik COVID-19 ni kan. Sambut raya pun ala kadar. Sekarang la masanya untuk dapatkan balik kemeriahan.

Ramai dah plan nak balik kampung, tambah-tambah pula cuti sekolah anak-anak seminggu. Memang boleh pergi jauh !

Terbaru, kerajaan siap bagi tol percuma dan diskaun tol sehingga 50 peratus di 30 lebuhraya bersempena sambutan Aidilfitri ! Weh, jimat sikit duit balik kampung !

Tol percuma dan diskaun sehingga 50 peratus di 30 Lebuhraya sempena Aidilfitri
Tol percuma dan diskaun sehingga 50 peratus di 30 Lebuhraya sempena Aidilfitri

Untuk pengetahuan, pemberian tol percuma akan diberikan di Lebuh Raya Utara–Selatan (PLUS),Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Pantai Timur 1&2, Lebuhraya KL-Karak, Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim & Lebuhraya Seremban Port Dickson bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam pada 1 Mei depan (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

Kadar tol percuma juga akan diberikan di lebuhraya yang sama untuk warga pulang semula ke kediaman masing-masing bermula pukul 12 tengah malam pada 7 Mei (Sabtu) hingga pukul 11:59 malam pada 8 Mei depan (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

Tol percuma dan diskaun sehingga 50 peratus di 30 Lebuhraya sempena Aidilfitri

Tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus pula akan diberikan kepada lebuh raya-lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan.

Tol percuma dan diskaun sehingga 50 peratus di 30 Lebuhraya sempena Aidilfitri

Secara ringkas ini adalah info lebuhraya dengan kadar tol percuma dan diskaun :

  1. Tol percuma
    1. Lebuh Raya Utara Selatan (Plus)
    2. Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
    3. Lebuh Raya Seremban – Port Dickson (SPDH)
    4. Lebuh Raya Butterworth – Kulim (BKE)
    5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)
    6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)
    7. Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1
    8. Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2
    9. Lebuh Raya KL – Karak (KLK)
  2. Diskaun 50 peratus
    10. Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
    11. Lebuh Raya Damansara – Puchong (LDP)
    12. Lebuh Raya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)
    13. Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA)
    14. Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
    15. Lebuh Raya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH)
    16. Lebuh Raya KL-Putrajaya (MEX)
    17. Lebuh Raya Duta – Ulu Kelang (DUKE)
  3. Diskaun 30 peratus
    18. Projek Pengurusan Air Banjir Dan Terowong (SMART)
    19. Lebuh Raya Koridor Guthrie (GUTHRIE)
    20. Lebuh Raya KL- Kuala Selangor (LATAR)
    21. Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
    22. Lebuh Raya Kemuning – Shah Alam ( LKSA )
    23. Lebuh Raya Lingkaran Kajang (SILK)
    24. Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (JPP2)
    25. Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)
    26. Lebuh Raya Skim Penyuraian Trafik KL- Barat (SPRINT)
    27. Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS)
    28. Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)
    29. Lebuh Raya Senai – Desaru (SDE)
    30. Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE)
0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram