dabong

'Train To Dabong' 3 Hari 2 Malam Bersama 5 Sekeluarga. Puas Walau Tak Nyenyak Tidur !

Tag:
Dikemas Kini: 27 Jun 2022
Surga Route

Berkesempatan ke Dabong menaiki keretapi Ekspres Rakyat Timuran dari Gemas ke Dabong ternyata memberikan pengalaman baharu buat Puan Felicia Ramzi bersama keluarganya.

Beliau, melalui akaun Facebooknya telah berkongsikan beberapa tips dan ringkasan perjalanannya ke Dabong, Kelantan bermula dari stesen Kajang 1 menaiki ETS ke Gemas. Dari Gemas, naik Jungle Train menuju ke Dabong.

Tips & Tricks Beli Tiket

1. Pembelian online: KTMB banyak beri diskaun berbentuk kod promo.

2. Pembelian online: Kalau ada warga emas, beli tiket di bawah penama warga emas tersebut. Sebab kalau beli atas nama penama dewasa, kategori warga emas takkan muncul dalam pilihan check box, kena bayar harga dewasa. Rugi.

3. Kalau beli di kaunter, minta bantuan staff KTMB. Bagitau lah minta letakkan kod promo. Juga beli di bawah penama warga emas jika ada warga emas. Staff KTMB pasti lebih arif. Kami tempoh hari, kalau tak pakai kod promo, Kajang-Gemas saja pun dah RM250. Tapi sebab masukkan kod promo (CUTIKERETAPI2) & (MKTMB22) - total tiket kami jadi RM148 pergi balik. Jauh kan bezanya. Jimat banyak.

4. Sama juga pembelian tiket Gemas-Dabong. Harga asal dapat sekitar RM400. Tapi sebab masukkan kod promo yang KTMB bagi, total pergi balik dapat RM268 koc berkatil.

290347713 1707080426292677 4602658784973874935 n
Harga berbeza-beza ikut kategori.

5. Koc berkatil : Koc T6-T8. Tips saya, belilah katil tengah-tengah di Koc 8. Satu sebabnya, penumpang lain tak lalu-lalang ke cafe di Koc 5. DAN, koc 8 paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 paling depan sekali. Cuba elakkan ambik katil depan sekali jugak sebab besi 'connecting' koc tu bising gedegung gedegang.

290445792 1707080692959317 4203693210917989562 n
Sini la mistake sebab kami ambik koc 6. kepala keretapi jauh. Waktu ni, keretapi berhenti kejap je di Gua Musang, tak dan nak bergambar depan kepala keretapi. Ambik gambar dari tepi je
290183293 1707080496292670 4180707879003857733 n
Saya beli 3 katil bawah, 2 katil atas.
290035591 1707080456292674 404125053622208106 n
Katil bawah, tingkap lebih luas. ada lampu dim light kalau tak suka gelap (tapi tak gelap mana pun) Elakkan beli katil bernombor 2&4, 14&16, 26&28 sebab ada penghadang ditengah-tengah tingkap.

6. Untuk pilihan katil, nombor genap ialah katil bawah. Nombor ganjil ialah katil atas.

289508634 1707080656292654 5284484795019925722 n
Katil atas lebih murah. Untuk kanak-kanak atas 4 tahun kena beli tiket dah tak silap saya.

7. Untuk pemandangan bukit di Gua Musang, pilih katil sebelah kanan bermula dengan nombor 3,4,7,8,11,12,15,16 dan seterusnya sehingga 39,40.

289402277 1707080709625982 2050988735029516514 n
Tips membeli nombor katil yang menghadap bukit di Gua Musang. Lukis senang paham ye dak.
289707947 1707081992959187 2623229103096975396 n
Beli katil koc sebelah kanan ok!

8. Bawa sarung extra untuk balut tilam dan bantal. Sebab tak tahu berapa ramai yang dah baring kat tempat kita tu kan.

290731574 1707080396292680 338588888840491415 n
Bawa jaket. sejuk. Blanket nipis. Macam bukan blanket pun ada, macam kain je.

9. Bawa extra makanan. Jangkakan servis penyediaan makanan sedikit lewat kalau penumpang ramai.

Tempat makan best di Dabong. WAJIB cuba

1. Mee Udang Che Da - depan stesen. sedap namatey.

290609766 1707081272959259 7149011152468056650 n
RM15 sahaja semangkuk penuh udang. kedai buka 11pagi. jangan lewat datang, takut udang habis. Pilihan ada kuey teow, mee atau maggi. sedap belaka

2. Mee Udang Harimau Kak Nah - menjilat jarey.

289490966 1707081096292610 1275930413974157004 n
Mee udang Kak Nah area Jelawang. nak ke sini kena ada transport. Sedap sangat

3. Nasi Kerabu Kak Tiey - di Jambatan Kemubu - menanges.

289115358 1707081002959286 6242040474257758045 n
Nasi kerabu ayam Kak Tiey. kalau hari Isnin dan Jumaat, kedai Kak Tiey banyak lauk sebab 2 hari ni ada pasar malam.
290337579 1707080949625958 6578545213625014158 n
Nasi kerabu daging Kak Tiey. Bai bawak ke sini. Terbaik. Terima kasih Bai bawa kami ke kedai makan nasi kerabu paling sedap kami pernah rasa.

4. Ikan Bakar Adam's Cafe - terkenang-kenang.

289471849 1707081172959269 4834195709915408611 n
Ikan bakar di Adam's Cafe. Kami cuba siakap dan talapia. semua menangis.

5. Dodol lemak - sebagai souvenir

Tempat penginapan

1 malam kami di - Resthouse MDD - 1 unit berkonsepkan rumah. 2 bilik tidur beraircond, 2 katil queen, ruang tamu bersofa dan berkarpet, dapur basic, bilik mandi - RM150/malam.

290045693 1707080802959306 7176931356040896772 n
Resthouse MDD. Terbaik! Ruang selesa. Encik Hasram yang uruskan penginapan kami (staf MDD) menjaga kebajikan kami dari awal sampai akhir. Ada unit yang 1 bilik, dan juga unit yang 2 bilik. Ada juga unit dorm. Satu katil RM20 (dorm). Cari info dalam FB MDD

2 malam seterusnya di - Rose House Dabong - 1 bilik. 1 katil queen, 1 katil single, 1 toto - RM80/malam + RM50 extend sehingga malam sementara tunggu train balik Gemas 11.32 malam.

289586246 1707080862959300 5039316858004422490 n
Rose House Dabong abg Din. Hospitality abg Din dan kak Ros wajar dipuji. Kak Ros siap cuci baju dan lipat baju kami walaupun kami kata tak perlu. Bila kami nak bayar, Kak Ros tak mau terima. Semoga dibalas dengan segala kebaikan kepada abe Din dan kak Ros.

Kedua-dua penginapan ini tidak disediakan TV, peti ais atau tempat masak tapi sangat berdekatan dengan stesen keretapi.

Kami memang pilih lokasi di pekan sebab takda transport. Kot-kot apa jadi, kami masih boleh jalan kaki ke stesen.

Tak menyesal trip kali ni.

Pergilah walaupun sekali, kena cuba. Sungguhpun tidur tak lena dalam train, line telefon SOS, objektif utama telah tercapai - makan, nature dan merasa naik jungle train Malaysia. Priceless!

4.4 5 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram