kozu hulu langat

Villa Dengan Elemen Jepun Ini Hanya Terletak 40 Minit Dari Kuala Lumpur !

Tag:
Dikemas Kini: 31 Disember 2022
Surga Route

Hulu Langat adalah salah satu destinasi percutian hujung minggu yang terkenal bagi warga Lembah Klang. Mana tidaknya, dengan perjalanan hanya sekitar 30-40 minit saja, tetapi seolah-olah berada di perkampungan jauh di desa. Dikelilingi kehijauan yang belum terusik, anak sungai, udara yang nyaman.

Tak hairanlah, ramai warga Lembah Klang berpusu-pusu ke Hulu Langat setiap kali hujung minggu tiba. Homestay, villa dan resort juga tumbuh bak cendawan di Hulu Langat bagi menampung permintaan ramai pelancong yang mahu menghabiskan masa mencari ketenangan di Hulu Langat.

Kozu Hulu Langat

Villa Dengan Elemen Jepun Ini Hanya Terletak 40 Minit Dari Kuala Lumpur ! Kozu Hulu Langat

Salah satu villa percutian yang ada di Hulu Langat adalah Kozu, salah sebuah unit di bawah Daun Retreats. Unit Kozu ini masih baru lagi dibuka.

Villa Dengan Elemen Jepun Ini Hanya Terletak 40 Minit Dari Kuala Lumpur ! Kozu Hulu Langat

Berkeluasan 20 ribu kaki persegi, villa ini mampu memuatkan 8 tetamu yang boleh menginap di 3 bilik tidur.

3 bilik tidur tersebut terdiri daripada 1 bilik tidur utama dengan katil bersaiz king, 1 bilik biasa yang mempunyai katil bersaiz queen, manakala bilik terakhir mempunyai 2 katil bersaiz 'single'.

Villa Dengan Elemen Jepun Ini Hanya Terletak 40 Minit Dari Kuala Lumpur ! Kozu Hulu Langat
Villa Dengan Elemen Jepun Ini Hanya Terletak 40 Minit Dari Kuala Lumpur ! Kozu Hulu Langat
Villa Dengan Elemen Jepun Ini Hanya Terletak 40 Minit Dari Kuala Lumpur ! Kozu Hulu Langat

Antara ruang lain dalam villa ini adalah ruang tamu dengan televisyen pintar (Smart TV) bersaiz 63' , kolam renang, halaman yang luas, 2 tandas dan juga pantri yang lengkap bersama mesin pembakar roti (toaster), Water Dispenser, peti ais dan Microwave.

Villa Dengan Elemen Jepun Ini Hanya Terletak 40 Minit Dari Kuala Lumpur ! Kozu Hulu Langat
Villa Dengan Elemen Jepun Ini Hanya Terletak 40 Minit Dari Kuala Lumpur ! Kozu Hulu Langat
Villa Dengan Elemen Jepun Ini Hanya Terletak 40 Minit Dari Kuala Lumpur ! Kozu Hulu Langat
Villa Dengan Elemen Jepun Ini Hanya Terletak 40 Minit Dari Kuala Lumpur ! Kozu Hulu Langat
Villa Dengan Elemen Jepun Ini Hanya Terletak 40 Minit Dari Kuala Lumpur ! Kozu Hulu Langat

Lokasi Percutian Berdekatan

Antara lokasi percutian yang berdekatan adalah Sungai Gabai, dan Sungai Congkak.

Villa Dengan Elemen Jepun Ini Hanya Terletak 40 Minit Dari Kuala Lumpur ! Kozu Hulu Langatn
Villa Dengan Elemen Jepun Ini Hanya Terletak 40 Minit Dari Kuala Lumpur ! Kozu Hulu Langat
Villa Dengan Elemen Jepun Ini Hanya Terletak 40 Minit Dari Kuala Lumpur ! Kozu Hulu Langat

Alamat

📍Kozu, Bt 20 1/4, No 2, Lot 1476, Jalan Pansoon, Kampung Lubok Kelubi, 43100 Cheras, Selangor

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram