villea port dickson

Villea Port Dickson, Resort 4 Bintang Terbaru di Port Dickson

Tag:
Dikemas Kini: 4 Oktober 2022
Surga Route
309695769 2897656363873193 5495558449490219241 n

Ini adalah resort terbaru di Port Dickson. Villea Port Dickson namanya. 4 Bintang tapi memang cantik betul. Harga pun okay. Sebelum ni Villea ada di Morib dan Rompin.

VILLEA PORT DICKSON PNB ILHAM RESORT

Villea ini di bawah kumpulan Attana Hotel & Resorts yang mempunyai tiga jenama iaitu Perdana, Villea dan Espira. Hotel Perdana ada di Kuala Lumpur dan juga Kota Bharu manakala Espira pula adalah sebuah resort terkenal di Kinrara. Villea pula macam yang kami cakap tadi, ada di Morib dan Rompin. Kini ada di Port Dickson pula.

VILLEA PORT DICKSON PNB ILHAM RESORT

Dahulunya Villea Port Dickson ini dikenali sebagai PNB Ilham Resort, sekarang sudah dijenamakan semula.

VILLEA PORT DICKSON PNB ILHAM RESORT

Paling kami suka dengan Villea Port Dickson ini adalah dalam bilik ada kipas angin. Maklumlah selalunya tidur hotel tengah malam sampai ke subuh memang kena tutup aircond sebab sejuk melampau, pergi tandas pun menggigil. Tapi bila tutup aircond lemas sebab udara tak mengalir. Adehhh. Tu yang best bila resort ni siap ada kipas siling.

VILLEA PORT DICKSON PNB ILHAM RESORT
VILLEA PORT DICKSON PNB ILHAM RESORT
VILLEA PORT DICKSON PNB ILHAM RESORT
VILLEA PORT DICKSON PNB ILHAM RESORT

Lepastu, kolam renang ada taman air mini. Okaylah tu untuk anak-anak main. Alhamdulillah makin banyak resort sediakan kawasan permainan air untuk anak-anak.

VILLEA PORT DICKSON PNB ILHAM RESORT

Akhirnya hotel faham yang nak mandi kolam ni sebenarnya budak-budak, mak ayah tengok-tengok jer. Jadi, jangan la buat kolam renang yang kosong je. Bosan anak. Dahlah dalam. Macamni okay dah 🥳

VILLEA PORT DICKSON PNB ILHAM RESORT

Sebelum tular, baik anda tempah siap-siap. Kalau tidak nanti melambung harganya. Terakhir kami tengok harganya masih bawah RM300.

VILLEA PORT DICKSON PNB ILHAM RESORT

Oh ya, kalau pergi Port Dickson nanti boleh pergi ke tempat menarik lain, contohnya Port Dickson 3D Alive Museum

📍Villea Port Dickson, Batu 10, Tanjung Biru, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan.

3.5 2 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram