disneyland akan dibuka di melaka pada 2027

Wah, Biar Betul ! Taman Tema Disneyland Bakal Dibina di Melaka ?

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Melaka, boleh dikatakan sebagai satu syurga pelancongan di Malaysia. Pelbagai tarikan pelancongan ada di negeri ini bermula daripada tarikan sejarah seperti Kota A'Famosa sehinggalah tarikan membeli-belah seperti Freeport A'Famosa Outlet.

Saban hari, semakin ramai pelancong meluangkan masa meneroka keunikan Melaka. Tak hairanlah semakin banyak juga tarikan pelancongan mula dibina di negeri ini.

Terbaru, tersebar ura-ura bahawa taman tema terkenal, Disneyland dan Disney City bakal dibina di Jasin, Melaka.

Memetik Melaka Hari Ini, sebuah Taman Tema Disneyland dan Disney City berkeluasan kira-kira 80.9 hektar yang terbesar di Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) bakal dibangunkan dalam daerah Jasin pada tahun 2027.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pembangunan taman tema itu adalah yang pertama diwujudkan di ASEAN selepas China, Korea, Eropah dan Jepun dan pembinaannya menelan kos kira-kira RM2 bilion.

“Setelah lebih 20 tahun, kita akan ada taman tema baharu walaupun tidak berapa besar tetapi saya rasa memadai dengan nama Disneyland yang dapat dibawa masuk.

“Ianya akan menambahbaik lagi sasaran kita untuk mempertingkatkan sasaran 20 juta pelancongan dalam masa tiga tahun dan kembali pada landasan yang asal iaitu 18.7 juta pelancong yang telah kita capai pada tahun 2019.

“Disneyland dalam perancangan, kita sedang rencanakan kemungkinan insya-Allah berada di dalam daerah Jasin, kita tak boleh maklum dahulu lokasi yang sebenar, keluasannya sekitar 150 hingga 200 ekar (60.7 hingga 80.9 hektar).

“Bukan hanya Disneyland tetapi juga ada cadangan pembangunan 22 kilometer sistem ‘Maglev’ bagi menghubungkan lokasi ‘hotspot’ pelancongan Melaka dengan nilai pelaburan 200 juta dolar bersamaan RM900 juta, secara keseluruhan projek ini boleh mencapai hingga RM2 bilion,” katanya.

Wah, macamana ? Andai benar DIsneyland bakal dibuka menjelang tahun 2027, pasti menjadi satu keunikan. Mungkin akan ada watak-watak Disneyland dengan imej klasik zaman kesultanan Melayu Melaka, atau mungkin akan ada watak-watak Hang Tuah dan Hang Jebat turut dipamerkan ? Huu sama-sama kita nantikan berita lanjut berkenaan ini.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram