taman tema upin & ipin bakal dibuka di cyberjaya pada 2025

Wah, Tak Sabarnya ! Taman Tema Upin & Ipin Bakal Dibuka di Cyberjaya Pada 2025

Dikemas Kini: 29 Januari 2023
Surga Route

Siapa tak tahu Upin & Ipin ? Siri animasi ini adalah antara animasi 3D yang terawal di Malaysia dan juga paling terkenal. Mana tidaknya, siri ini bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak tempatan tetapi kanak-kanak dari luar juga.

Disebabkan itu, syarikat produksi Upin & Ipin telah sekian lama merancang untuk membina sebuah taman tema khusus bagi animasi Upin & Ipin.

taman tema upin & ipin bakal dibuka di cyberjaya pada 2025

Sejak dari 2014 lagi, mereka telah berusaha mencari tapak yang sesuai bagi membina taman tema tersebut dan akhirnya mereka berjaya menemui tapak yang memenuhi kriteria di Cyberjaya, Selangor.

Taman Tema Upin&Ipin itu dijangka bakal siap pada tahun 2024-2025 dengan unjuran 2 Juta pengunjung setiap tahun yang terdiri dari pelancong tempatan dan juga antarabangsa.

Selain daripada Upin & Ipin, beberapa siri animasi dari Les Copaque studio akan turut mewarnai taman tema tersebut. Contohnya Siri Puteri dan Pada Zaman Dahulu.

Antara tarikan yang bakal ada termasuklah Terowong Mistik, Maze Garden, Wayang Interaktif 4D, Istana Puteri dan juga Rumah Hijau Pada Zaman Dahulu.

Selepas taman tema ini disiapkan, Upin & Ipin bakal menjadi siri animasi Malaysia pertama yang mempunyai taman temanya yang tersendiri. Menarik kan. 

Macamana? Tak sabar nak tunggu 'disneyland' versi kita sendiri kan ?

5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram