Wanita Ini Jelajah Saudi,Mesir,UAE, Oman Selama 41 Hari Dengan Hanya RM 8038 !
Surga Route
|
5 March 2022
Ingatkan kalau pergi ke Oman mesti susah dan menjadikan kita kayap disebabkan 1 Rial disana bersamaan 10 Ringgit. Bila cakap pasal UAE terutamanya Dubai dan Abu Dhabi pula mesti kita terfikirkan kawasan tersebut hanya boleh dinikmati oleh orang ado-ado !
Tetapi, rupanya dengan bajet rendah pun kita dah boleh jelajah tempat-tempat tersebut. Ini terbukti apabila seorang wanita berkongsikan perjalanannya mengembara Arab Saudi, Mesir , UAE dan Oman dengan bajet hanya RM8038.96 !
Wanita dengan nama akaun facebook Rozanï HēNg mengatakan bahawa trip yang dilakukan mengambil masa 41 hari bermula daripada 15 disember 2021 sehingga 24 januari 2022.
Mari kita ikuti perkongsian Puan Rozani ini.
Roadtrip : Malaysia - Arab Saudi - Mesir - Abu Dhabi - Oman - Dubai -Arab Saudi - Malaysia
Kos Perbelanjaan : RM 8038.96 (Tak Termasuk Umrah)
Bermusafir selama 41 Hari (15/12/2021-24/1/2022)
Trip bermula pada disember 2021 dimana kerajaan mengumumkan boleh mengerjakan ibadah umrah, mulanya berhasrat 'diy' sahaja tapi disebabkan kurang pengetahuan ilmu agama, dan hukum tak boleh dibawa main, jadi decide untuk pergi bersama travel agent untuk kali pertama saya menunaikan umrah .
Persiapan dari segi mental dan fizikal tidak bersedia kerana semuanya last minute hanya ada 2 minggu untuk melalukan semuanya.
Jenis saya pula bila dah mula keluar sekali tidak tertumpu untuk satu negara, Di malaysia hanya sempat mengkaji segala jenis tranportation di egypt - ada metro, bus dan sebagainya .
Fokus sbenarnya untuk ke egypt dan oman tapi bila dh lewat semua harga tiket flight dah mahal jadi decide untuk melalui jalan darat untuk ke oman dengan harga yg lebih murah .
Untuk transport di oman segalanya dah booking dimalaysia. Maka tercipta lah route dari saudi -mesir -abu dhabi -oman -dubai
Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]
Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]
Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]
Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]
Kalau cakap mengenai pelancongan di Negeri Pahang, ramai dari kita pasti terfikir mengenai Cameron Highlands, Genting Highlands, Cherating, Bukit Fraser dan Kuantan sahaja kan. Sebenarnya banyak lagi tau tempat menarik di sekitar negeri terbesar Semenanjung Malaysia ini. Misalnya, kalau anda ke Pekan jangan lupa untuk melawat Muzium Sultan Abu Bakar (Muzium Pahang). Apa yang menarik […]