wetland studios putrajaya

Wetland Studios Putrajaya Bakal Jadi Tarikan Pelancong Terbaharu Bermula 2023

Dikemas Kini: 6 Oktober 2022
Surga Route

Putrajaya dikenali sebagai bandar pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia. Disebabkan itu, bandar ini seringkali dipenuhi orang di waktu hari bekerja namun bilangan orang yang memenuhi Putrajaya pada hari cuti sedikit menurun.

Menyedari hal tersebut, banyak tarikan-tarikan pelancongan dan aktiviti mula diwujudkan di sekitar Putrajaya dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke Putrajaya.

Wetland Studios Putrajaya Bakal Jadi Tarikan Pelancong Terbaharu Bermula 2023 Taman Wetland Putrajaya KRU Studios
Kredit : Perbadanan Putrajaya

Terbaru, sebuah taman tema berkonsepkan ‘edutainment’, Wetland Studios Putrajaya akan dibuka pertengahan tahun hadapan dan dijangka menjadi daya tarikan pelancongan terbaharu kepada pengunjung.

Wetland Studios Putrajaya Bakal Jadi Tarikan Pelancong Terbaharu Bermula 2023 Taman Wetland Putrajaya KRU Studios
Kredit : Perbadanan Putrajaya

Wetland Studios Putrajaya tersebut akan mengambil alih Pusat Penghayatan Alam (NIC) Taman Wetland yang telah beroperasi selama 10 tahun.

Wetland Studios Putrajaya Bakal Jadi Tarikan Pelancong Terbaharu Bermula 2023 Taman Wetland Putrajaya KRU Studios
Kredit : Perbadanan Putrajaya

Pusat tersebut akan ditambah baik dan dijenamakan sebagai Wetland Studios Putrajaya apabila pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) menjalin kerjasama strategik bersama syarikat media dan hiburan tempatan, KRU Studios Sdn Bhd melibatkan pembangunan bahan pameran interaktif menggunakan sistem teknologi terkini.

Wetland Studios Putrajaya Bakal Jadi Tarikan Pelancong Terbaharu Bermula 2023 Taman Wetland Putrajaya KRU Studios
Kredit : Perbadanan Putrajaya

Apabila projek tersebut siap, Wetland Studios bukan sekadar taman tema untuk bersuka-ria tetapi berkonsepkan “edutainment” yang menonjolkan peranan Taman Wetland Putrajaya serta flora dan faunanya kepada masyarakat setempat.

Wetland Studios Putrajaya Bakal Jadi Tarikan Pelancong Terbaharu Bermula 2023
Kredit : Kosmo!

Pengunjung akan mendapat pemahaman saintifik yang menghiburkan melalui bentuk animatronics dan kandungan audio serta visual kreatif tentang pelbagai spesies hidupan seperti mamalia, reptilia, ikan, serangga, pokok, bunga dan sebagainya serta bagaimana air memainkan peranan utama bagi menyokong ekosistem kehidupan di bumi, terutamanya kawasan wetland dari zaman pra-sejarah sehingga kini.

Wetland Studios Putrajaya Bakal Jadi Tarikan Pelancong Terbaharu Bermula 2023 Taman Wetland Putrajaya KRU Studios
Kredit : Perbadanan Putrajaya

Dikatakan, kos kandungan dan teknologi bagi membangunkan Wetland Studios dianggarkan membabitkan pelaburan RM10 juta dan ia dijangka meningkat berdasarkan peredaran arus masa.

Wetland Studios Putrajaya Bakal Jadi Tarikan Pelancong Terbaharu Bermula 2023 Taman Wetland Putrajaya KRU Studios
Kredit : Perbadanan Putrajaya

Buat masa sekarang, Wetland Studios Putrajaya masih ditutup bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian, penyelenggaraan serta naik taraf dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya pada April 2023.

Sumber Asal : Kosmo!

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram