windmill upon hills

Windmill Upon Hills, Destinasi Penginapan Dengan Spot Bergambar Terkenal di Genting Highlands

Tag:
Dikemas Kini: 2 September 2022
Surga Route

Genting Highlands, salah satu destinasi percutian hujung minggu ramai warga Lembah Klang disebabkan lokasinya yang terletak berdekatan tetapi mempunyai pelbagai tarikan dan aktiviti yang boleh dilakukan.

Hanya kurang 1 jam perjalanan dari mana-mana lokasi di sekitar Lembah Klang, Genting Highlands adalah satu lokasi percutian yang sesuai buat dewasa dan juga kanak-kanak dengan tarikannya seperti taman tema, pusat beli-belah, pelbagai permainan dan hiburan, dan juga restoran-restoran terkenal.

Paling disukai ramai adalah kerana suhu di tempat tinggi seperti Genting Highlands ini adalah rendah. Dapatlah rehat sikit setelah mengharungi panas bandar di Bandaraya Kuala Lumpur.

Untuk yang ingin bermalam di Genting Highlands, pasti anda mencari unit penginapan terbaik disini bukan? Haaa, salah satu destinasi penginapan terbaik adalah Windmill Upon Hill terletak di Genting Permai.

Windmill Upon Hills

Windmill Upon Hills, Destinasi Penginapan Dengan Spot Bergambar Terkenal di Genting Highlands

Windmill Upon Hills ini sebenarnya bukanlah jenama hotel. Ia adalah sebuah bangunan apartment servis yang dibangunkan oleh pemaju hartanah OSK property.

Windmill Upon Hills, Destinasi Penginapan Dengan Spot Bergambar Terkenal di Genting Highlands

Bagaimanapun, ramai pembeli unit disini menjadikan apartment ini sebagai rumah percutian sendirian dan ramai juga yang menjadikan unit mereka sebagai unit apartment yang boleh disewa dalam jangka masa pendek. Mudah kata, unit disini banyak dijadikan sebagai homestay ataupun dimasukkan ke dalam Airbnb.

Windmill Upon Hills, Destinasi Penginapan Dengan Spot Bergambar Terkenal di Genting Highlands

Di tengah-tengah persekitaran yang sejuk dan berkabus, Windmill Upon Hills terletak di kawasan Genting Permai seluas 5.5 ekar. Kiranya apartment ini tidak betul-betul terletak di puncak Genting Highlands dan lokasinya adalah lebih rendah berbanding Genting Premium Outlet (GPO). Tetapi masih sejuk tau !

Tetapi jangan risau kerana anda boleh ke puncak Genting Highlands dengan menggunakan Awana Skyway yang stesennya terletak tidak jauh dari Windmill Upon Hills.

Suasana Hijau & Pelbagai Tarikan Berdekatan

Windmill Upon Hills, Destinasi Penginapan Dengan Spot Bergambar Terkenal di Genting Highlands

Paling seronok disini, walaupun dikellilingi kehijauan, tetapi anda juga dapat merasai kehidupan ala bandar. Mana tidaknya, bangun pagi anda akan diserikan dengan pemandangan gunung-ganang di sekeliling. Tetapi dalam masa yang singkat saja anda dah boleh membeli-belah pelbagai jenama ternama di Genting Premium Outlet. Tambah sikit lagi masa perjalanan, anda akan tiba di kawasan peranginan mesra keluarga bertaraf dunia iaitu Genting Skyworlds.

Tak cukup dengan itu, ada pelbagai lagi kawasan pelancongan yang terletak berdekatan Windmill Upon Hills seperti Happy Bee Farm & Insect World, iaitu pusat pameran dan jualan madu sarang lebah serta Mini Cameron Highlands Genting iaitu kedai buah dan sayur-sayuran seperti di Cameron Highlands.

Fasiliti Tarikan

Antara fasiliti yang menjadi tarikan di sini adalah kolam renang, ruang santai, kawasan rekreasi dan taman permainan yang terletak di aras bumbung menawarkan anda pemandangan sekeliling Genting Highlands sambil bermandi-manda !

Windmill Upon Hills, Destinasi Penginapan Dengan Spot Bergambar Terkenal di Genting Highlands
Windmill Upon Hills, Destinasi Penginapan Dengan Spot Bergambar Terkenal di Genting Highlands

Datang pula di atas aras bumbung ini sewaktu pagi, memang nyaman dengan bayu meniup lembut !

Windmill Upon Hills, Destinasi Penginapan Dengan Spot Bergambar Terkenal di Genting Highlands
0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram