10 kedai makan pilihan di kampung baru, kuala lumpur !

10 Kedai Makan Pilihan di Kampung Baru, Kuala Lumpur !

Dikemas Kini: 24 Mei 2023
Surga Route

Jika anda berjalan-jalan di tengah bandaraya Kuala Lumpur, mungkin Kampung Baru adalah salah satu destinasi makan pilihan. Mana tidaknya, kampung di tengah bandar ini menawarkan pelbagai pilihan makanan pada kadar harga yang berpatutan.

Tetapi, mungkin ada yang sukar membuat pilihan kedai mana yang patut dikunjungi. Berikut kami senaraikan 10 kedia makan yang wajib anda cuba di Kampung Baru.

1. Nasi Lemak Wan Jo (Pagi-Malam)

10 Kedai Makan Pilihan di Kampung Baru, Kuala Lumpur !

Kedai nasi lemak ini sudah beroperasi sejak tahun 1960an tau, dan dikatakan yang rasa nasi lemak di sini masih sedap macam dulu. Di sini bukan ada nasi lemak biasa je tau, mereka ada juga menyajikan lauk lain untuk seperti Paru, ayam goreng sampailah ke sambal sotong dan kerang. Harga nasi lemak biasa di sini bermula dari RM 3.50 sahaja.

2. Nasi Lemak Kak Chuk (Pagi,Petang-Malam)

10 Kedai Makan Pilihan di Kampung Baru, Kuala Lumpur !

Warung nasi lemak ini telah beroperasi melebihi 20 tahun. Yang membuatkan ianya unik dari warung nasi lemak lain adalah hidangan nasi lemak disini disertakan dengan sayur kangkung ! 'Portion' pun besar, harganya berpatutan.

3. Suraya Seafood (Petang-Malam)

10 Kedai Makan Pilihan di Kampung Baru, Kuala Lumpur !

Yang membezakan Suraya Seafood dengan kedai siam lain adalah disini banyak juga 'street food' disamping makanan yang perlu dipesan. Kira dah macam Mini Hat Yai dah. Paling terkenal disini adalah pulut mangga ! Masakan panas mahupun 'street food', kesemuanya sedap-sedap disini. Memang berbaloi meredah jem, cari parking disini walaupun kat tempat lain ada banyak lagi kedai siam.

4. Cendol Durian Kampung Baru (Tengahari-Malam)

10 Kedai Makan Pilihan di Kampung Baru, Kuala Lumpur !

Warung cendol paling popular dan dikatakan antara paling sedap kat Kampung Baru.Nak makan sini boleh, nak tapau pun boleh.

Yang paling best dekat sini, pelanggan siap boleh pilih jenis durian apa yang disukai bergantung pada musim! Harga cendol durian kampung bermula dari RM 13.

5. Kak Som Kampung Baru (Pagi-Malam)

10 Kedai Makan Pilihan di Kampung Baru, Kuala Lumpur !

Mengidam makanan Pantai Timur yang bukan sahaja enak dan asli resepinya malah berpatutan harganya? Restoran Kak Som pasti memuaskan selera anda.

6. Samudra@Anjung Patin Ville (Tengahari-Malam)

10 Kedai Makan Pilihan di Kampung Baru, Kuala Lumpur !

Siapa kata anda perlu merantau jauh ke Pahang semata-mata untuk nikmati hidangan lauk ikan patin? Bagi yang merindui juadah ini, anda bolehlah ke Samudra Anjung Patin Ville yang cukup terkenal dengan hidangan berasaskan ikan sungai yang lazat dan menyelerakan.

Rasa lauk ikan patin tempoyak serta aneka masakan Melayu di sini tak pernah mengecewakan. Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan!

7. Gerai Pak Hassan (Pagi)

10 Kedai Makan Pilihan di Kampung Baru, Kuala Lumpur !

Jika anda teringin untuk mencuba roti canai yang dicicah dengan kuah kari kaki ayam, anda wajib singgah di Gerai Pak Hassan. Warung ini memang cukup terkenal dengan hidangan tersebut yang jarang didapati di Kampung Baru. Rata-rata pelanggan memuji rasa kuah karinya yang pekat. Kaki ayamnya juga lembut. Selain roti canai, nasi lemak juga boleh didapati di sini. Sambal sotong mereka memang paling ‘win’!

8. HR Steak House (Petang-Malam)

10 Kedai Makan Pilihan di Kampung Baru, Kuala Lumpur !

Restoran ini cukup terkenal dengan steak yang enak dan berpatutan harganya. Mana lagi nak cari steak yang sedap dan murah terutamanya di KL? Bukan senang. Antara jenis potongan yang disediakan di HR Steak House ialah T-bone Steak, Sirloin Steak dan Ribeye Steak.

9. Restoran Gerak 23 (Tengahari)

10 Kedai Makan Pilihan di Kampung Baru, Kuala Lumpur !

Terdapat lebih daripada seratus jenis hidangan sampingan yang menanti anda di Restoran Gerak 23. Jangan percaya! Ramai orang datang ke sini untuk makan tengah hari.

Anda boleh memilih daripada pelbagai pembuka selera, ikan panggang, dan hidangan sampingan. Terdapat hidangan sampingan lain yang dibuat dengan lemak salai!

10. Restoran Nasi Padang Kampung Baru (Pagi-Malam)

10 Kedai Makan Pilihan di Kampung Baru, Kuala Lumpur !

Teringin untuk mencuba Nasi Padang sesedap yang di Indonesia? Singgah sahaja di Nasi Padang Kampung Baru! Bukan sahaja sedap rasanya, aromanya cukup memikat dan harganya juga berpatutan.

Antara lauk yang ‘hangat’ di sini ialah dendeng, gulai tunjang, belut kering dan rendang ayam kampung. Lebih banyak anda ambil, pasti lebih berganda keenakannya!

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram