10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia

10 Tempat Glamping Yang Mewah & Best di Malaysia !

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Setiap orang ada bermacam gaya 'staycation' bergantung kepada keselesaan masing-masing. Ada yang sukakan hotel mewah, ada yang suka bercamping di hutan, dan ada juga yang suka bermalam di homestay.

Tapi tak ramai lagi mencuba percutian yang menarik dan trending sekarang iaitu glamping. Ianya gabungan daripada perkataan ‘glamour’ dan ‘camping’ menjadi glamping.

Glamping bermaksud aktiviti berkhemah namun menampilkan konsep mewah dan lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti di hotel. Bermakna duduk di dalam khemah tetapi lengkap dengan katil dan tilam empuk, ada kemudahan tandas bersih, lampu, kerusi dan meja malah ada penghawa dingin!

Jadi sesiapa yang berminat untuk bercuti dengan gaya glamping ini berikut kami senaraikan 10 tempat glamping menarik di Malaysia:

1 – A’Moss Farmstay di Brinchang, Pahang

10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia

Jika anda ingin bercuti ke Cameron Highlands dengan mencuba sesuatu kelainan, anda boleh menginap di A’MOSS FARMSTAY di Brinchang. Penginapan di sini sangat unik kerana berada di tengah ladang dan penginapannya berkonsepkan khemah berbentuk 'dome'!

10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia

Penginapan unik ini sebenarnya terletak berdekatan dengan Mossy Forest dan Ladang Teh Boh Sg Palas. Dari jauh A’Moss Farmstay ini nampak seperti Igloo di kutub utara. Apabila di waktu pagi pastu diselebungi kabus dan sejuk!

Penginapan di sini turut dilengkapi dengan sebuah bilik mandi peribadi serba lengkap dengan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma.

Namun, unit di sini tidak banyak yang menyebabkan ia terhad. Jadi, untuk pastikan anda dapat menginap disini, anda perlu menempah berbulan lebih awal.

  • Alamat: A’Moss Road, Kampung Gerak Sepadu, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang.
  • No Tel: 019-555 0356
  • Harga Satu Malam: Sekitar RM200

2 – Tiarasa Escapes di Janda Baik, Pahang

Lokasi glamping di sini memang mewah dan ‘glamour’. Lebih 'glamour' sebabnya kawasan peranginan ini dimiliki oleh selebriti terkenal Puan Sri Tiara Jacquelina. Sebab itulah namanya 'Tiarasa'.

Penginapannya dihias dan dibina dengan cantik malah luas. Sangat sesuai untuk yang ada keluarga besar. Ada banyak jenis penginapan boleh anda pilih di sini.

10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia

Antara aktiviti yang seronok anda boleh lakukan di sini ialah bermain unggun api, menonton pawagam di bawah pancaran bulan, dan juga menunggang ATV. Kolam yang disediakan juga cantik dan nampak seperti kolam semulajadi dengan adanya batu-batu besar.

10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia
  • Alamat: Jalan Enderong, Sum Sum Ulu, Kampung Janda Baik, Pahang
  • Contact: +6012-8877777
  • Harga: Bermula RM 990 satu malam

3 – Castra By Colony di Kuala Lumpur

Ini merupakan lokasi glamping paling unik kerana ianya terletak di tengah bandar. Ya di tengah bandar pun boleh glamping! Walaupun harganya agak mahal namun tetap berbaloi kerana anda diberikan kawasan glamping seluas 4,510 kaki persegi.

10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia

Fasiliti di sini juga lengkap dengan khemah berpenghawa dingin, TV, tempat duduk teres, taman, set barbeku, outdoor speaker, unlimited wifi, dan banyak lagi. Persis seperti duduk di hotel 5 bintang!

10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia
10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia
  • Alamat: Level R, Star Boulevard KLCC, 1, Jalan Yap Kwan Seng, 53300 Kuala Lumpur
  • Contact: +6018-2138086
  • Harga: RM 2,500 satu malam

4 – Glamz at Genting, Pahang

Nak berglamping seperti di luar negara? Lokasi Glamz di Genting ini sangat sesuai untuk anda kerana penginapannya sangat unik yang direka seperti bentuk ‘dome’ dan agak luas di dalamnya. Hiasan dalamnya juga cantik!

10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia

Di sini anda juga boleh menyewa seluruh tempat ni untuk event keluarga atau event company. Pemandangan di atas bukit dengan cuaca yang sejuk memang satu kombinasi yang terbaik jika dapat menginap di sini.

  • Alamat: 1, Jln Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang
  • Contact: +6012-664 5269
  • Harga: Bermula dari RM 250

5 – Umea Glam di Kundasang, Sabah

Rekaan penginapan di Umea Glam ini mengambil inspirasi rekaan igloo di Norway dan ruangan dalaman juga agak besar. Namun hanya 4 orang sahaja yang dibenarkan duduk untuk 1 dome.

10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia

Hiasan dalaman sangat cantik, permandangan bukit bukau yang menghijau dan udara segar adalah tawaran yang anda bakal dapat jika menginap di sini. Memang sangat sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin untuk berbulan madu. Barulah romantik!

6 – Glamping@Wetland, Putrajaya

10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia

Terletak di Wetland Putrajaya, Presint 13, Glamping @ Wetland Putrajaya (GL@W) adalah salah satu pengalaman perkhemahan glamor terbaik! Dikelilingi oleh pokok-pokok tinggi, GL@W juga menawarkan beberapa pilihan aktiviti dari tempat percutian yang tenang dan santai. Terdapat juga aktiviti lasak, bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak.

GL@W pasti memenuhi keperluan dan pilihan tetamu. Terdapat tiga jenis khemah iaitu “Double Tent”, “Quad Tent” dan “Triple Tent yang dilengkapi dengan katil, penghawa dingin dan kipas untuk keselesaan tetamu. GL@W juga menyediakan 4 hidangan bufet untuk tetamu iaitu sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Di GL@W juga, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang hari seperti memanah, melompat di atas trampolin, bermain badminton. Terdapat juga sewa basikal dengan\ RM 5 setiap 3 jam disediakan untuk tetamu berbasikal di sekitar kawasan Wetland. Bagi aktiviti malam, tetamu boleh menatap langit malam yang indah dan menikmati hiburan malam seperti karaoke, pertunjukan api, unggun api dan juga bufet makan malam barbeku.

  • Alamat: Presint 13, 62300 Putrajaya
  • Contact: 013-347 8857
  • Harga: -

7 – Cabana Retreat di Sabah

Nak rasai glamping di tepi pantai? Anda boleh datang ke Cabana Retreat kerana lokasi glamping ini terletak di tepi pantai. Pasti seronok malam-malam boleh buat unggun api sambil melayan angin laut.

10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia

Di sini ada banyak aktiviti lain seperti ATV ride, river cruise, dan lawatan ke pulau terdekat iaitu Pulau Mantanani. Pulau Mantanani ni cantik seperti pulau di Semporna! Lokasi ni memang sangat sesuai untuk mereka yang inginkan ‘romantic getaway’ bersama pasangan.

8 – Sea Horizon Glamping di Kota Tinggi, Johor

Sesuai dengan namanya, lokasi glamping ini paling luar biasa kerana terletak di tebing bukit yang mengadap laut. Ianya pertama di Malaysia! Walaupun hanya ada 2 unit penginapan sahaja, tapi kemudahan yang disediakan lengkap seperti kemudahan di hotel.

10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia
10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia

Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini juga menarik antarnya berenang, berkayak, berbasikal dan meneroka laluan yang dinamakan ‘Dinasour Trail’. Memang tak akan bosan kalau duduk di sini!

10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia
  • Alamat: Lot 901, Kuala Sedili Besar, 81900 Kota Tinggi, Johor
  • Contact: +6012-7719200
  • Harga: RM 680 satu malam

9 – Dusun Bonda di Batang Kali, Selangor

Lokasi glamping ini sangat lain dari yang lain kerana terletak di dalam dusun buah dan berdekatan dengan sungai Memang sangat sesuai dijadikan lokasi bersama keluarga. Ada juga kolam renang dan anda boleh mandi di air terjun yang berdekatan. Memang seronok jika buat family trip ni!

10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia
10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia
  • Alamat: Lot 2121,Jalan Ulu Tamu, Batang Kali 44300
  • Contact: +60126633667
  • Harga: Bermula dari RM 350 satu malam

10 - Stellar Golden Hill, Pahang

Tidur di dalam khemah, mungkin biasa. Tapi bagaimana pula jika anda diberi peluang tidur dalam khemah lutsinar yang membuatkan anda tidur dengan pemandangan bintang berkelipan ?

10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia

Wah, itulah pengalaman yang ditawarkan di Starlux Dome, Stellar Golden Hill di Cameron Highlands, Pahang.

10 tempat glamping mewah dan best top glamping luxurious in malaysia

Disini, anda boleh menginap di khemah lutsinar yang lengkap dengan pelbagai fasiliti. Jangan risau berkenaan privasi atau bahang mentari kerana langsir turut disediakan.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram