11 destinasi menarik di bangkok untuk keluarga dengan anak kecil. tak perlu pergi jauh ke luar bandar !

11 Destinasi Menarik di Bangkok Untuk Keluarga Dengan Anak Kecil. Tak Perlu Pergi Jauh ke Luar Bandar !

Dikemas Kini: 13 Jun 2023
Surga Route

Hai, baru-baru ni kami pergi ke Bangkok. Macam biasa, memang buat macam-macam research sebelum ke sana.

Dapatan kami, banyak orang Malaysia yang kongsikan trip ke luar Bandar macam Kanchanaburi, Maeklong dan sebagainya. Banyak juga trip yang melawat 'senibina' Siam seperti di Wat, Grand Palace dan banyak juga trip Mak-Mak Shopping.

Susah juga kami nak cari perkongsian itinerari dan tips untuk yang bawa anak kecil macam kami. Jadi, memikirkan hal itu, berdasarkan sedikit pengalaman, kami nak kongsikan beberapa tempat yang sesuai untuk anda pergi ke Bangkok dengan anak kecil, tanpa pergi jauh, tanpa shopping terlalu banyak, tanpa melawat Wat. Kami tak berapa minat melawat Wat dan shopping pun tak ada banyak duit hehe. Ini bukan full itinerary ya, itu nanti kami post lain InsyaAllah.

Kami nak senaraikan juga tempat yang anda wajib pergi dan tak perlu pergi. Kisahnya, ada tempat yang kami pergi berdasarkan perkongsian di internet. Bila kami sampai, kami rasa macam hm? apa ni? takyahlah pergi sini huahua. Kami dah buang masa dan tenaga jadi kami tolong jimatkan masa anda dari pergi tempat ngarut ngarut. Okay baca :

????) ???????????????????????????????? ???????????????????????????? ????????????????????????????????????????????????

Bagi ramai orang, tak kisah pun naik kapal terbang apa, dan tak kisah pun guna lapangan terbang apa. Tapi, bagi kami kalau dah bercuti tu kesemuanya dari awal hingga akhir kena ikut preference kita.

Bercuti bukan saja bila sampai ke destinasi. Tapi, bercuti adalah perjalanan bermula dari rumah hingga pulang. Semuanya perlu mengikut kehendak kita agar ada momen indah kita cipta. Tak adalah moody jer.

Bangkok mempunyai 2 lapangan terbang iaitu Suvarnabhumi dan Don Mueang. Peranan Don Mueang sebagai lapangan terbang utama telah diambil alih oleh Suvarnabhumi namun ia masih beroperasi sebagai terminal kebanyakan syarikat penerbangan rendah.

11 Destinasi Menarik di Bangkok Untuk Keluarga Dengan Anak Kecil. Tak Perlu Pergi Jauh ke Luar Bandar !

Jadi, jika anda menaiki pesawat AirAsia kemungkinan besar anda akan menggunakan Don Mueang dan jika anda menaiki 'Full Service Airline' anda akan menggunakan lapangan terbang Suvarnabhumi.

Bagi kami, anda perlu sekurang-kurangnya sekali menggunakan lapangan terbang Suvarnabhumi sebab bagi kami ia mempunyai senibina yang agak menarik. Terutamanya jika anda berlepas dari sana. Makala, kalau 'Arrival' anda akan melalui tingkat bawah yang hanya bersilingkan konkrit kosong. Tetapi ada juga tempat anda dapat lihat 'siling' utama yang cantik.

Jangan risau jika anda memilih AirAsia kerana terdapat 2 penerbangan Airasia yang berlepas ke KLIA 2 dari sini dan sebaliknya.

Satu, penerbangan Airasia X dan satu lagi penerbangan Thai Airasia . Itu saja.

Kalau anda teringin menaiki pesawat 'wide body' tanpa perlu terbang jauh, Airasia X ke Bangkok adalah jawapannya. Harganya berbeza berbanding penerbangan di Don Mueang, tetapi perbezaannya tidaklah terlalu jauh.

Jika anda memilih Full Service Airline, anda boleh pilih syarikat penerbangan Thai Airways. Mereka juga menggunakan pesawat Wide Body.

Mana tahu, ada yang teringin tapi ingatkan kalau kapal terbang besar-besar kena pergi jauh. Kan ?

Pesawat Malaysia Airlines pula hanya menggunakan pesawat 'Narrow Body' B737 yang agak usang bagi penerbangan ulang-alik ke Bangkok. Tambangnya pula bagi kami lebih mahal berbanding Thai Airways (Sudah pasti bergantung kepada tarikh dan musim).

????) ????????????????????????????????'???? ???????????????????????????????????? ????????????????????????

Kami tak tahu kenapa ia dinamakan sebagai 'Museum' sebab sebenarnya ia bukan muzium. 'Discovery' tu dah betul. Sini adalah pusat permainan sambil belajar untuk kanak-kanak bagi pelbagai umur. Kami tak ambil banyak gambar, tapi anda boleh google sendiri.

Ada kawasan waterplay, ada permainan luar, permainan dalaman, ada macam-macam aktiviti dan ianya percuma !

Bayangkan, ada kawasan permainan macam KidZania yang kena bayar tu, tapi disini percuma !

Ada indoor playground macam yang kena bayar dalam mall tu, tapi kat sini percuma !

Bayangkan ada waterplay macam satu seksyen di taman tema air, tapi kat sini percuma !

11 Destinasi Menarik di Bangkok Untuk Keluarga Dengan Anak Kecil. Tak Perlu Pergi Jauh ke Luar Bandar !

Walaupun pusat ini adalah idea Queen mereka, dan diuruskan oleh Kerajaan Thailand tapi ia menerima kunjungan kesemua orang termasuk pelancong asing. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah daftar menggunakan passport di pintu masuk.

Satu lagi sebab anda kena pergi sini, sebab ianya terletak betul-betul di belakang Chatuchak Weekend Market ! Haa, sah-sah anda akan pergi ke Chatuchak kan ? Singgah la sini sekali !

????) ???????????????????????????????????? ???????????????????????????? ????????????????????????

Seperti kami sebut kat atas, Chatuchak Weekend Market ini terletak berdekatan Children's Discovery Museum jadi boleh letakkan pada hari yang sama dalam itinerari.

Bagi kami, memang wajib pergi untuk cari ole-ole. Barangnya lebih unik, banyak pilihan dari tempat lain dan anda perlu pandai tawar-menawar.

Banyak juga barang yang budak-budak minat.

????) ???????????????? ????????????????'???? ???????????????????? ????????????????????????

Wajib pergi ! Berbeza dengan Chatuchak Weekend Market. Chatuchak lebih banyak jual barang-barang / ole-ole untuk pelancong, orang lokal pun tak pergi sangat dah sekarang.

Orang lokal pergi ke Jodd Fairs sebab kat sini banyak makanan dan barang yang 'daily use'.

Jodd Fairs ada 2, satu di Rama 9 (akan berpindah ke Ratchada hujung tahun ini) dan satu lagi adalah Jodd Fairs DanNeramit. Kalau boleh pergilah dua-dua, tapi kalau tak sempat dan terpaksa pilih salah satu kami cadangkan anda ke Jodd Fairs DanNeramit, tapi ini kena jalan kaki jauh sikitlah jika anda gunakan MRT/BTS.

11 Destinasi Menarik di Bangkok Untuk Keluarga Dengan Anak Kecil. Tak Perlu Pergi Jauh ke Luar Bandar !

Kenapa Jodd Fairs DanNeramit ? Jika anda seperti kami yang datang hanya untuk tengok-tengok, Jodd Fairs DanNeramit sangat-sangat menarik. Vibe pasarnya memang moden, gaya orang muda, hipster. Stall cantik, suasana meriah dan banyak prop & hiasan diletakkan. Antaranya kereta-kereta antik. Tarikan utama pula adalah sebuah Istana ala-ala Disneyland. Yalah, tapak ini dahulu merupakan sebuah taman tema yang ditinggalkan.

Budak mesti suka tengok tempat ini dan prop yang mereka letakkan.

Kekurangan tempat ini, banyak gerai makanan tetapi sikit yang halal.

Menariknya, orang makan merata-rata tetapi sukar jumpa sampah dan orang gemuk.

????) ???????????????????????????????????????????? ???????????????????????? ????????????????

Jika anda sukakan kehijauan taman, ambil angin segar di waktu pagi sebelum memulakan hari yang panjang, anda perlu ke Benchakitti Forest Park. Ia berbeza dengan Benchakitti Park tetapi terletak bersebelahan.

11 Destinasi Menarik di Bangkok Untuk Keluarga Dengan Anak Kecil. Tak Perlu Pergi Jauh ke Luar Bandar !

Seperti namanya, Benchakitti Forest Park bukanlah sebuah taman yang dihias dengan landskap dan bunga-bunga indah. Ia adalah sebuah taman hutan, 'wetland' yang dibuat untuk memperbanyakkan 'kehijauan' di Bangkok.

Ada skywalk bagi anda merentasi taman ini, datang pada waktu maghrib. Cantik ! Sesuai untuk 'strolling'.

????) ???????????????????????????????? ???????? ???????????????? ????

Kompleks membeli-belah dengan konsep baru yang membawa anda seolah-olah melancong ke beberapa kota besar di dunia.

Di Bangkok, ada dua Terminal 21 iaitu Terminal 21 Asok dan juga Terminal 21 Rama 3.

Macam biasa, kalau sempat pergilah kedua-duanya tapi kalau terpaksa pilih salah satu please please please pergi ke Terminal 21 Rama 3.

Terminal 21 Rama 3 lebih baru jadi kekurangan pada mall sebelum ini ditambah baik disini. Sangat banyak prop menarik untuk anda dan anak anda bergambar.

11 Destinasi Menarik di Bangkok Untuk Keluarga Dengan Anak Kecil. Tak Perlu Pergi Jauh ke Luar Bandar !

Setiap Level mempunyai tema yang berbeza. Caribbean di tingkat LG , England di tingkat G , tema Itali di tingkat 1 , tingkat 2 Perancis, tema Jepun di Tingkat 3 dan tema San Francisco di tingkat 4&5.

Paling wajib anda masuk adalah tandasnya. Macam kelakar kan ? Tapi tandas-tandas kat sini memang superb, cantik, unik sangat ! Di tingkat 5 anda akan jumpa tandas ala American Diners, di tingkat 2 ada tandas bertema Macaron dan juga Tour De France, tingkat 3 ada tandas bertema Ramen !

Ada juga tempat bermain layang-layang, tak ingat tingkat berapa.

Terminal 21 Rama 3 wajib pergi jika anda bawa anak ! Sayangnya, ramai pergi ke Terminal 21 Asok je padahal situ tak best. Takat ada escalator tinggi je.

????) ????????????????????????????????

Iconsiam ini bawa anak ke bawa orang tua ker memang wajib sangat-sangat pergi. Mereka adalah Top 4 Mall terbaik dunia pada 2021.

Dari luar lagi anda dah jumpa macam-macam sebab kenapa mall ini antara terbaik di dunia.

Mall ini walaupun mempunyai deretan jenama mewah di IconLuxe, tetapi mereka masih membawa masuk budaya 'floating market' / orang kampung ke sini di Sook Siam.

11 Destinasi Menarik di Bangkok Untuk Keluarga Dengan Anak Kecil. Tak Perlu Pergi Jauh ke Luar Bandar !

Mall ini begitu terhubung melalui jalan darat dan juga bot melalui Sungai Chao Phraya.

Mall ini tidak kosong. Setiap tingkat ia dihias dengan tema-tema tertentu. Datang ke tingkat 7 untuk melihat air terjun dari siling seolah-olah di Jewel Changi.

Ada satu kawasan playground kecil percuma untuk kanak-kanak. kami terlupa tingkat berapa. Mungkin tingkat 4 atau 5.

????) ????????????????????????????????????

Asiatique adalah sebuah lagi open mall yang cantik. Dari segi barang untuk shopping, takde mende sangat sebenarnya tapi nak jalan-jalan, strolling memang cun.

11 Destinasi Menarik di Bangkok Untuk Keluarga Dengan Anak Kecil. Tak Perlu Pergi Jauh ke Luar Bandar !

Sekarang ada pameran Disney100 Village, menambahkan sebab untuk anda datang bawa anak ke sini.

????) ???????????????? ????????????????????

Siam Scape ini tak ada benda sangat pun sebenarya, ia bangunan pejabat. Tetapi anda boleh ke tingkat 8 menikmati Cafe Amazon dan ke tingkat 9 untuk ke pelantar terbuka bernama Sky Scape untuk melihat pemandangan sekeliling.

????????) ???????????????????????????????? ???????????????????? : ???????????????? ???????????????? !

Ini tempat paling sesuai nak shopping iaitu di Siam Area. Siam Area ini mungkin boleh diibaratkan seperti Bukit Bintang di Kuala Lumpur tetapi 3-4 kali ganda lebih meriah dan kesemua 'Mall' disini hidup !

Cadangan kami, anda boleh mula shopping di MBK Centre, pusat jualan borong. Kemudian lintas ke 'High-End Mall' iaitu Siam Discovery-Siam Centre-Siam Paragon. Boleh ke Sealife Ocean World disini tapi harga tiket agak keras sebab tiket termasuk ke Madame Tussauds.

Di seberang jalan anda boleh ke Siam Square One , dan juga Siam Square iaitu Shopping Street ala-ala Myeongdong.

Boleh sambung ke Central World, antara mall paling best di Bangkok sebelum wujudnya Iconsiam.

Dari Central World, boleh berjalan ke Central Chidlom dan Central Embassy jika anda mampu atau gunakan skywalk untuk ke Platinum Fashion Mall dan kawasan Pratunam.

????????) ???????????????????????? ???????????????????? & ???????????????????????? ????????????????

Wajib pergi ! Mungkin ramai ke Kanchanaburi Safari Park tapi itu jauh sangat, 3 jam perjalanan ! Penat anak meragam dalam kereta.

Ini ada pilihan lain iaitu Safari World & Marine Park, kurang 1 jam perjalanan dari bandar.

Safari World boleh duduk dalam kereta jer pusing-pusing lepastu ke marine park tengok macam-macam binatang dan show.

11 Destinasi Menarik di Bangkok Untuk Keluarga Dengan Anak Kecil. Tak Perlu Pergi Jauh ke Luar Bandar !

Harga tiket agak keras. kalau convert ke RM , 3 angka. tapi berbaloi sangat sebab tak ada zoo konsep macamni dekat Malaysia.

Dekat Marine Park, ada 6 show kalau tak silap. Menariknya, ada Spy Show dengan Cowboy Show. Dah tak macam zoo, macam masuk USS !

Binatang banyak, hiasan sekitar zoo menarik macam masuk theme park. Pameran binatang menarik, binatang lebih dekat dengan kita berbanding dengan zoo di Malaysia.

Kekurangannya, tak boleh bawa masuk makanan sendiri macam themepark lain. Itu normal. Yang tak normal, tak ada makanan halal disini walaupun ada surau disediakan untuk Muslim.

Risau juga bawa anak takut dia meragam sebab lapar, tapi rupanya boleh 'slowtalk' dengan orang yang check bag tu bahawa kita bawa makanan hanya untuk budak kecil.

Sebenarnya bukan untuk budak kecil saja, mak ayah pun menumpang makan sebab kami bawa biskut yang dibeli di 7E.

????????) ???????????????????????????????????? ????????????????????

Dah alang-alang ke Safari World, kena ke sini. Tempat kecil jer, bolehlah buat bergambar ala-ala kampung Eropah. Masuk 100Baht tapi tiket tu boleh digunakan untuk redeem snacks. Ada beberapa pilihan.

11 Destinasi Menarik di Bangkok Untuk Keluarga Dengan Anak Kecil. Tak Perlu Pergi Jauh ke Luar Bandar !

JANGAN PERGI !

Ini pula beberapa tempat yang kami rasa tak berbaloi untuk pergi.

????) ???????????????????????????? ???????????????? (???????????????????????? ????????????????????)

Jika anda 'google' taman apa paling menarik di Bangkok, kami pasti jawapan yang anda akan dapat adalah 'Lumphini Park'. Banyak laman web dan omputeh rekomen taman ini. Kami pun terpedaya.

Akhirnya kami pun ke sini untuk strolling. Heh, tak menarik. Tamannya terlalu ordinary. Tiada apa yang best melainkan kami naik paddle boat percuma waktu itu. Best sebab percuma je, kalau berbayar kat Malaysia pun banyak. Tapi kami tak pastilah sampai bila percuma tu.

Jika anda peminat taman, pergilah ke Benchakitti Forest Park. View superb !

Itu jika anda meminati taman, jika anda minat shopping, mungkin anda terfikir untuk ke satu mall ini, banyak juga rekomendasi dari orang Malaysia iaitu :

????) ???????????????????? ???????????????? (???????????????????????? ????????????????????)

ya, Union Mall. Kami ada baca beberapa saranan untuk ke sini selepas ke Chatuchak disebabkan jaraknya yang berdekatan. Heh, jangan pergi sebab tak ada apa-apa.

Mallnya terlalu biasa, anda boleh jumpa di pekan-pekan kecil di Malaysia. Mungkin ia lebih kurang Platinum Fashion Mall, tetapi versi 10 kali ganda lebih buruk. Jangan bazirkan waktu anda.

TIPS TIPS TIPS :

Tips jika anda bawa anak, tolong beli satu stoller kecil seperti ini, orang kata 'magic stroller'.

11 Destinasi Menarik di Bangkok Untuk Keluarga Dengan Anak Kecil. Tak Perlu Pergi Jauh ke Luar Bandar !

Kisahnya, anak kami kebiasannya duduk dalam baby carrier dan juga stoller besar. Tapi, carrier tak sesuai di Bangkok sebabkan cuacanya terlalu panas. Kesian anak duduk dalam tu, lagilah dia panas terperap. Jadi, stroller is a must.

Stroller kami yang besar pula, kalau dekat Malaysia memang ngam. Tapi jika anda gunakan pengangkutan awam BTS/MRT di Bangkok, sangat-sangat sukar jumpa lif ! Bukan takat lif, escalator pun susah jumpa. Anda akan asyik jumpa tangga,tangga, tangga,tangga. Hampir setiap kali naik turun stesen BTS/MRT, naik jejantas, jalan berlubang, anda perlu angkat stroller tau !

Jadi, kami beli magic stoller, baru 70 hengget je. Khas untuk ke Bangkok dan Alhamdulillah keputusan paling tepat dan berbaloi kami buat.

Magic stroller ni pun kecil, ringan. 3.2KG je. Senang lipat.Nak naik boat kat Chao Phraya pun senang.

Masa kami tengok show di Marine Park, sepatutnya kena parking stroller di satu tempat tapi kami lipat dan bawa bersama kami.

Lepas je habis show, ramai ibu bapa terpaksa bersesak-sesak keluar guna pintu sama sebab nak cari balik stroller masing-masing tapi kami rileks je keluar guna pintu lain dengan stroller di tangan.

Stroller ni pun ringan, mudah di bawa ke mana-mana. Kalau naik flight boleh guna je. Dah betul-betul sampai kapal terbang, baru tinggal stroller ni kat pintu.

Beli ya stroller ni disini !

Satu lagi, kami pergi bertiga je. Tapi gambar pun ada tiga orang.

Senang je nak ambil gambar bertiga sebab kami ada tripod ringan, mudah bawa, mudah setup siap dengan remote bluetooth.

Beli tripod kat sini !

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram