17 top places to visit in shah alam tempat menarik wajib dikunjungi di shah alam

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi !

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Shah Alam adalah yang merupakan ibu negeri Selangor adalah antara bandar yang inklusif dan mempunyai pelbagai tarikan moden, alam, mesra keluarga dan lain-lain.

Jika anda berada di Shah Alam, dan tercari-cari apakah destinasi yang anda boleh kunjungi, jadi senarai ini adalah untuk anda !

1 – Elmina Central Park

Elmina sebenarnya adalah sebuah kawasan perumahan namun taman rekreasi yang turut dibina disini agak unik berbanding kawasan rekreasi di kawasan perumahan yang lain.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi !

Ini kerana senibina Jejantas pejalan kaki yang menghubungkan taman rekreasi disini sangat cantik dan sangat menonjol pada waktu siang ataupun malam.

6 Destinasi Di Shah Alam Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga Di Hujung Minggu. 2
Foto Helmi Baharum

Reka bentuk yang unik seperti ini pastinya akan menangkap mata anda untuk membuatkan anda berhenti mengambil gambar.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi !
Kredit : Heart Patrick

2 – BookXccess Sunsuria Forum

Kedai buku berkonsep terowong buku pertama di Malaysia dengan rak buku bulat yang menjulang tinggi di pintu masuk seakan berada di Starfield Library di Korea!

6 Destinasi Di Shah Alam Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga Di Hujung Minggu. 3 17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi !
Foto Helmi Baharum

3 – Shah Alam Community Trail

Bagi yang bosan dengan kesibukan bandar dan ingin mencuba sesuatu yang mencabar, boleh mencuba Shah Alam Community Trail. Puncaknya hanya berketinggian 240m namun agak mencabar kerana laluan denai di sini agak bercabang. Jadi pastikan anda pergi bersama orang yang sudah berpengalaman laluan di sini!

6 Destinasi Di Shah Alam Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga Di Hujung Minggu. 4 17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi !
Foto Helmi Baharum

4 – Maya Park Eco Ardence

Maya Park di kawasan perbandaran Eco Ardence dengan tasik yang luas dan pelbagai kawasan aktiviti untuk bersantai dan bersenam. Boleh lah beriadah bersama keluarga di sini diwaktu petang dan hujung minggu.

6 Destinasi Di Shah Alam Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga Di Hujung Minggu. 5 17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi !
Foto Helmi Baharum

5 – Taman Botani Negara Shah Alam

Taman Botani Negara di Shah Alam mempunyai banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya ialah aktiviti pendidikan berpandu kepada modul flora dan fauna, memancing, berbasikal dan aktiviti kolam renang.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi !

Untuk kaki pancing, terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh di pancing seperti ikan tilapia, jelawat ,rohi, toman, kelah, lampam, krai, baung, keli, patin dan banyak lagi.

Bayaran masuk adalah  RM3 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak

6 -Setia Alam Community Forest

Bagi mereka yang menginap di Shah Alam, Bukit Sapu Tangan adalah salah satu tempat mendaki di kalangan pendaki di sini. Laluan denai di sini agak lengang dan kurang sesak.

Bukit Sapu Tangan boleh diakses melalui Taman Botani Negara Shah Alam. Namun jika anda ingin melalui laluan yang lebih mencabar, anda boleh Bukit Sapu Tangan melalui Tasik Cermin. Sangat berbaloi!

6 Destinasi Di Shah Alam Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga Di Hujung Minggu. 7
6 Destinasi Di Shah Alam Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga Di Hujung Minggu. 8

7 - Bukit Jelutong Eco Community Park

Bukit Jelutong Eco Community Park adalah sebuah kebun persendirian yang dibuka secara percuma untuk komuniti. Terletak di sekitar tasik yang besar, dan dikelilingi oleh hamparan rumput hijau yang luas. Di tempat ini, anda boleh melihat pelbagai haiwan ternakan seperti ayam, angsa, kambinng, itik arnab dan pelbagai lagi.

image 9 7
17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi !

Bukit Jelutong Eco Community Park terletak di Jalan Lelangit U8/45, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Waktu operasi Bukit Jelutong Eco Community Park adalah setiap hari jam 9 pagi hingga 10:30 pagi & 3 petang hingga 7 malam.

8 - Taman Persahabatan Selangor - Jepun

Taman Persahabatan Selangor – Jepun seluas 242.7 meter persegi di Seksyen 14, Shah Alam. Berdekatan dengan Dataran Merdeka Shah Alam dan Muzium Shah Alam, taman ini merupakan simbolik dan penghargaan kepada negara Jepun yang telah lama kekal setia menjadikan negeri Selangor dan bandar raya Shah Alam khususnya sebagai destinasi pelaburan.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi !

Taman Persahabatan Selangor-Jepun melibatkan kos pembinaan berjumlah RM3.8 juta. Antara tarikannya adalah seni bina melambangkan elemen Jepun seperti Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi !
17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi !
17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi ! Fun interesting things places to visit while you are in Shah Alam

Ia dibuka kepada pengunjung secara percuma setiap hari bermula pukul 10 pagi sehingga 7 malam.

9 - Evolt Karting

Jom bermain Go-Kart ! Evolt Karting adalah pusat Go-Kart Elektrik Tertutup Nombor di Malaysia. Malah, ia juga adalah karting elektrik tertutup yang terpantas di Asia dilengkapi dengan go-kart Sodi RSX2 terkini. Litar berbilang arah terkini, 600 meter dan 24 penjuru dengan dek tontonan dan ruang istirahat berhawa dingin.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi ! Fun interesting things places to visit while you are in Shah Alam

10 - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah Masjid Negeri bagi Selangor. Memuatkan kapasiti kira-kira 20,000 jemaah, Masjid ini adalah masjid kedua terbesar di Asia Tenggara setelah Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi ! Fun interesting things places to visit while you are in Shah Alam

Masjid ini mempunyai kubah yang terbesar di dunia. Empat menara tinggi dibina di keliling kubah. Pembinaan masjid menggunakan teknologi terbaru. Kubah luar berdiri 300 kaki dari paras bumi dan garis pusat 170 kaki menjadi kubah agama yang terbesar pernah dibina sehingga kini. Bahagian luar kubah diperbuat daripada kepingan aluminium berlipat dan mempunyai panel yang menarik berwarna biru, tidak akan karat dan tahan beratus tahun.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi ! Fun interesting things places to visit while you are in Shah Alam

Bahan aluminium berukuran 35 kaki tinggi disaluti dengan emas. Kubah dalam dan luar terletak di atas alang bulat setinggi 24 kaki dan 14 kaki lebar. Di bahagian luar mempunyai panel enamel yang dihiasi Khat al Quran berwarna biru dan berlatar belakang panel kelabu.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi ! Fun interesting things places to visit while you are in Shah Alam

Tulisan khat adalah hasil kerja penulis khat Mesir, Sheikh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi. Usaha membuat khat ini dilakukan oleh Emaillierwerk dari Hannover, Jerman Barat.

Rkabentuk dan seni binanya adalah tradisional. Kini, Bangunan mMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi tanda mercu di pusat bandar Shah Alam.

11 - Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor

Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor tidak asing lagi dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara sebagai pusat perkembangan seni Islam berlandaskan nilai-nilai ajaran al-Quran.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi ! Fun interesting things places to visit while you are in Shah Alam

Sarat dengan nilai warisan ketamadunan dan seni Islam, kompleks seluas 14 hektar yang terletak di tengah bandaraya Shah Alam, bersebelahan dengan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta berhampiran Taman Tasik Shah Alam & Muzium Shah Alam itu sedia menanti kehadiran pengunjung pada Selasa hingga Ahad bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

Dibina dengan daya kreativiti tinggi, pengunjung berpeluang menjamah mata di setiap ruang yang mempamerkan keindahan dan kesucian Islam. Ia satu-satunya kompleks seni Islam seumpamanya di dunia.

Antara tarikan disini adalah replika kediaman Baginda Rasulullah SAW bersama Siti Khadijah r.a. yang dibina berpandukan pelan asal, Galeri al-Quran Mushaf Malaysia, Galeri Nur Fatimah, Galeri as-Sakinah, Bahagian Penyalinan Mushaf al-Quran, Grafik, Reka Bentuk, Pewarnaan dan Penerapan Emas termasuk Galeri Cenderamata.

12 - Wet World Water Park Shah Alam

Wet World Shah Alam adalah sebuah taman tema air menarik yang sesuai untuk percutian keluarga. Walaupun ia hanya sebuah taman tema air yang kecil, tetapi tarikan yang ada cukup menyeronokkan. Buktinya, Shah Alam water park ini telah menerima anugerah "Best Small Water Park 2O11" dan juga "1st Green Water Park 2O11". Aktiviti dan permainan yang disediakan lebih mementingkan keselamatan dan sesuai untuk kanak-kanak.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi ! Fun interesting things places to visit while you are in Shah Alam

Bertemakan Caribbean, Wet World Shah Alam dibuka kepada umum pada 1996 dan menjadi tumpuan pengunjung setiap hujung minggu. Taman tema air ini juga kerap dijadikan lokasi hari keluarga jabatan kerajaan dan swasta.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi ! Fun interesting things places to visit while you are in Shah Alam
Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Per Pax3732

13 - Taman Tasik Shah Alam

Taman Tasik Shah Alam yang berlandskap indah adalah kawasan hijau di tengah pusat bandar Shah Alam.

Ia terdiri daripada tasik yang indah, restoran makanan laut terapung, laluan pejalan kaki serta berbasikal, taman permainan, laluan refleksologi, gazebo, persiaran tepi tasik, dewan dan banyak aktiviti air.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi ! Fun interesting things places to visit while you are in Shah Alam

Berkeluasan lebih 43 hektar, Taman Tasik Shah Alam, yang direka oleh arkitek landskap terkenal Fumiaki Takano, merupakan taman awam pertama yang dibuka di Selangor pada tahun 1985.

Terdapat 3 tasik buatan manusia di sini iaitu tasik barat, tasik tengah dan tasik timur, masing-masing mempunyai ciri dan ciri uniknya sendiri.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi ! Fun interesting things places to visit while you are in Shah Alam

Pengunjung boleh menyewa bot kayuh dan kayak pada harga ±RM10/jam untuk meneroka tasik yang saling berkaitan.

Beberapa spesies haiwan termasuk burung merak, angsa, bangau dan ayam hutan juga diternak di sini, jadi jangan lupa untuk memerhatikan mereka.

14 - i-City

Terkenal sebagai hub pelancongan popular di Selangor, i-City ialah pusat gaya hidup yang mempunyai kediaman, pusat beli-belah, pejabat, hotel, taman tema, dan pusat inovasi.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi ! Fun interesting things places to visit while you are in Shah Alam
Kredit : The Star

Ini antara aktiviti dan tarikan menarik i-City yang anda boleh explore : Water World, SnoWalk, Digital Lights, Central i-City, Fun World

15 - Muzium Sultan Alam Shah

Terletak di tengah Bandaraya Shah Alam, Muzium Sultan Alam Shah merupakan muzium negeri Selangor yang dibangunkan selepas penyerahan Kuala Lumpur kepada kerajaan pusat pada 1974. Muzium ini telah dirasmikan oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1989 dan dinamakan sempena Sultan Selangor ke-7 iaitu Sultan Hisamuddin Alam Shah.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi ! Fun interesting things places to visit while you are in Shah Alam

Muzium yang berukuran 135,000 kaki persegi ini merupakan pusat khazanah warisan negeri Selangor dan mempunyai hampir 4,000 buah artifak yang ditempatkan di lima balai pameran iaitu balai sejarah, balai kebudayaan, balai warisan alam semulajadi, balai sukan dan balai Islam. Selain itu bangunan muzium ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti bilik repositori, makmal konservasi, auditorium, dewan dan balai pameran sementara.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi ! Fun interesting things places to visit while you are in Shah Alam


Kepelbagaian artifak dan pameran menarik yang terdapat di muzium ini membolehkan para pengunjung untuk menerokai lebih mendalam mengenai sejarah dan pembangunan negeri Selangor serta menghargai keindahan budaya yang menjadi warisan masyarakat tempatan di negeri Selangor khususnya.

17 - Zipline Shah Alam

Zipline Shah Alam, juga zipline awam pertama di Malaysia telah diperkenalkan di bawah PBT MBSA, dengan kepanjangan 240 meter merentasi Tasik Shah Alam

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi ! Fun interesting things places to visit while you are in Shah Alam
Kredit : Jom jalan

Terletak di Taman Tasik Shah Alam, difahamkan tarikan terbaru ini menggunakan sistem braking tercanggih dan terkini di dunia yang diimport dari USA.

Berikut merupakan waktu operasi dan harga tiket Zip Line Shah Alam yang dikenakan kepada pengunjung.

WAKTU OPERASI

  • Isnin – Jumaat : 10 pagi – 6.30 petang
  • Sabtu / Ahad : 8.30 pagi – 6.30 petang

HARGA TIKET

  • Kanak-kanak : RM10
  • Remaja : RM20
  • Pelajar (17 tahun ke bawah) : RM10
  • Dewasa (Warganegara) : RM25
  • Dewasa (Bukan Warganegara) : RM40

17 - City Karting Shah Alam

Pada tahun 1997, City Karting Shah Alam merupakan Go-Kart outdoor yang pertama di Malaysia dan kini masih menjadi trek kart terkemuka di Malaysia dengan panjang 1.16km dan telah menjadi tuan rumah pelbagai acara perlumbaan tempatan dan antarabangsa. Setiap sesi berjalan masuk berlangsung selama kira-kira 10 minit dan mungkin termasuk satu hingga 20 pemandu, bergantung pada lokasi dan saiz trek.

17 Destinasi Menarik di Shah Alam Yang Anda Boleh Kunjungi ! Fun interesting things places to visit while you are in Shah Alam
0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram