top attractions in sarawak you should never missed tarikan utama di sarawak yang mesti anda kunjungi

25 Tarikan di Sarawak Yang Mesti Anda Kunjungi 2023 Ini !

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Sarawak menawarkan penerokaan alam sekitar, sejarah dan budaya yang tiada tandingannya, dengan keindahan alam semula jadi yang mempesonakan, warisan budaya yang kaya dan permata tersembunyi yang berselerak di wilayahnya yang luas. Itulah sebabnya kami menjemput anda untuk membaca siaran ini, di mana kami akan mengisi anda tentang semua perkara menarik untuk dilihat dan dilakukan di Sarawak.

1.Tugu Kuching DBKU

image 6 7
Kredit : Travetopia

Merata-rata tempat di sekitar Bandaraya Kuching, terdapat pelbagai tugu ataupun monumen haiwan kucing seiring dengan nama Bandaraya ini Kuching dan gelarannya dalam bahasa Inggeris iaitu 'The Cat City'. Namun, dalam banyak-banyak tugu tersebut, satu tugu Kuching DBKU di tengah Bandaraya Kuching ini adalah paling terkenal.

Ia sering menjadi tarikan kepada pengunjung dari luar & dalam Bandaraya Kuching. Menjadi antara lokasi bergambar yang popular bagi pelancong dan juga bagi kaki-kaki selfie tegar untuk berselfie bersama kucing-kucing ini.

Jika anda datang dari negeri lain, memang wajib bergambar disini bagi menandakan anda sudah tiba ke Kuching. Jika tidak ke sini, bererti perjalanan anda ke Kuching tidak lengkap !

Terletak berhampiran Tebingan Kuching atau Kuching Waterfront, boleh dikatakan ini antara tugu kucing yang paling 'meriah' di Bandaraya Kuching kerana banyak kucing di atasnya. Ada 9 ekor semuanya, secara simboliknya mewakili 9 Bahagian di Sarawak (kini sudah ditambah hingga 12 Bahagian).

2.Muzium Budaya Borneo

image 6 8

Muzium Budaya Borneo bernilai RM323 Juta dengan keluasan 6,726 meter persegi adalah muzium terbesar di Malaysia serta kedua terbesar di Asia Tenggara.

image 6 9

Kompleks muzium baharu itu direka dan dibina dengan kemudahan dan kemudahan abad ke-21 mempunyai ruangan pameran selain kemudahan seperti pemuliharaan dan makmalnya yang tersendiri mengikut piawaian antarabangsa serta ruang penyimpanan koleksi-koleksi muzium.Terdapat sebanyak 1,660 bahan pameran di muzium ini.

Tingkat dua bangunan itu menempatkan Galeri Kanak-Kanak serta Galeri Seni dan Kraf, manakala Galeri 3,4 dan 5 akan menempatkan Pameran Tetap dengan tema-tema yang berbeza.

Harga tiket masuk harian bermula dari harga RM5 sehingga RM20 bagi pengunjung warganegara.

Sebanyak RM20 dikenakan bagi warganegara Malaysia bukan dari Sarawak dan RM10 dikenakan bagi dewasa berumur 18 hingga 60 tahun yang berasal dari Sarawak dan bukan warganegara pula RM50. Tiket pengunjung berusia 13 hingga 17 tahun dan mereka yang memiliki kad pelajar dari mana-mana institusi pengajian ialah RM5 bagi warganegara dan RM25 bagi bukan warganegara.

Untuk orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiket adalah percuma dan pengunjung OKU (berdokumen) dari luar negara juga percuma. Percuma juga buat pengunjung warganegara Malaysia berumur 12 tahun dan ke bawah.

kategori berkumpulan seramai 10 orang ke atas atau kadar korporat berdaftar pula, bayaran bermula dari harga RM8 seorang, manakala tiket bagi lawatan tanpa had tahunan pula berharga RM100 bagi semua pengunjung.

Harga tiket bagi warga emas berumur 61 tahun ke atas adalah RM5 bagi warga Sarawak, RM20 (bukan warga Sarawak) dan RM25 (antarabangsa).

3.Kampung Budaya Sarawak

image 6 14
Kredit : CPH Travel

Sarawak adalah wilayah terbesar di Malaysia. Malah, ianya lebih besar berbanding keseluruhan Semenanjung Malaysia. Mana mungkin untuk anda menerokai keseluruhan kawasan Sarawak dalam masa 1 hari.

Tetapi, ada jalan pintas yang membuatkan anda seolah-olah melihat keseluruhan Sarawak dalam satu hari. Ianya terletak berhampiran Pantai Damai, di kaki Gunung Santubong.

Ini adalah Perkampungan Budaya Sarawak ataupun Sarawak Cultural Village. Ia adalah sebuah muzium hidup yang memenangis banyak anugerah. Ia membawa konsep asas Perkampungan Budaya Sarawak, di mana negeri 48,000 batu persegi itu dipadatkan menjadi hanya 17 ekar.

image 6 12
Kredit : Klook

Alami pengalaman Sarawak dalam Setengah hari di Kampung Budaya Sarawak dan pelajari tentang budaya dan gaya hidup tempatan pelbagai kumpulan etnik di Sarawak.

Satu kawasan ini mempunyai tujuh rumah etnik Sarawak yang dibuka kepada pengunjung. Tujuh budaya yang dapat anda lihat.

image 6 13
Kredit : Klook

Antara rumah model etnik Sarawak yang dapat anda lihat adalah rumah panjang Bidayuh, Iban, Orang Ulu dan Melanau, pondok Penan dan rumah kampung Melayu, dan rumah ladang Cina.

image 6 11
Kredit : Old Kuching Smart Heritage

Semua rumah replika dihuni oleh ahli kumpulan etnik dalam pakaian tradisional dan menjalankan aktiviti tradisional. Kakitangan bertindak sebagai pencerita yang menerangkan dan mentafsir cara hidup mereka. Mereka juga akan bergambar dengan anda dengan gembira!

Kampung Budaya Sarawak juga mempunyai kumpulan tarian yang memenangi anugerah yang akan menghiburkan anda dengan persembahan tarian pelbagai budaya di Teater dua kali sehari. Pertunjukan kebudayaan berjalan dua kali sehari pada pukul 11.30 pagi dan 4 petang.

image 6 10

Harga tiket bermula RM85 bagi dewasa dan RM55 bagi kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun.

4.Taman Negara Niah

image 6 15

Taman Negara Niah terletak 110km perjalanan dari Bandaraya Miri dan 3km dari Pekan Batu Niah. Cara untuk sampai ke Taman Negara Niah adalah,perjalanan dari Bandaraya Miri menggunakan kereta menuju ke Pekan Batu Niah yang mengambil masa 1 jam 15 minit menyusuri  jalan lama Miri-Bintulu. Taman ini mempunyai pusat pelancong dan tempat penginapan yang bagus, serta mudah untuk pelawat berjalan-jalan disekitarnya dengan kehadiran rangkaian plankwalk di seluruh taman.

Taman Negara Niah menjanjikan pemandangan yang memukau dan menakjubkan. Kawasan ini merupakan sebuah kawasan penempatan manusia pada 40,000 tahun dahulu, dan mempunyai salah satu pintu masuk gua terbesar di dunia, kawasan perkuburan Paleolitik dan Neolitik serta ukiran-ukiran lukisan dinding era zaman besi. Gua Lukisan yang terletak berdekatan menempatkan lukisan dinding yang menceritakan perjalanan bot orang mati menuju kehidupan selepas kematian, termasuk sisa-sisa bangkai “death ships” yang bertaburan di atas lantai gua – keranda berbentuk bot (yang mana isinya telah dipindahkan ke Muzium Sarawak). Kawasan sekeliling gua ini pula dihiasi hutan tebal dan merupakan rumah kepada pelbagai spesis tumbuhan dan hidupan.

KategoriWarganegaraBukan Warganegara
DewasaRM10RM20
Warga EmasRM5 RM20 
OKURM5 RM10 
Kanak-Kanak (6-17) RM3 RM7 
Kanak-Kanak (6 & Kebawah) PercumaPercuma

5.Masjid Terapung Kuching

Masjid Terapung, yang terletak di tebing Sungai Sarawak bernilai RM21 juta dan mampu menampung 1,600 jemaah pada satu-satu masa. Selain mempunyai reka bentuk yang menarik, ia menjadi simbol keagungan syiar Islam di sini.

Tatkala waktu senja, panaroma sekitar masjid bertambah mengasyikkan apabila ia dilimpahi dengan cahaya keemasan matahari terbenam yang menampakkan lagi seni binanya yang agung.

image 6 1
Kredit : Bernama

Di sebelah malam pula, Masjid Terapung yang dibina di atas tapak warisan jalan Kuching itu akan diterangi dengan lampu diod pemancar cahaya (LED) pelbagai warna bagi menaikkan lagi seri dan suasana di tebingan sungai itu.

image 6
Kredit : Berita Harian

Masjid yang memiliki ciri rekaan dan binaan Timur Tengah, itu turut terbuka kepada orang awam yang bukan beragama Islam bagi memberi peluang melihat sendiri rekaan dalamannya.

Kedudukannya yang strategik serta bersebelahan Kuching Waterfront telah mengubah landskap setempat, sekali gus berpotensi menjadi sebagai ikon negeri Sarawak terbaharu.

6.Taman Negara Gunung Gading

image 6 16

Taman Negara Gunung Gading terletak berhampiran pekan kecil Lundu di Barat Daya Sarawak. Kira-kira 5 minit dari Pekan Lundu dan juga 80 Kilometer dengan 1-2 jam perjalanan dari Bandaraya Kuching. Sebelum ini, Gunung Gading telah ditubuhkan sebagai Hutan Simpan pada tahun 1929 dan diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1983 dengan keluasan keseluruhan 4,196 hektar.

Taman Negara Gunung Gading adalah salah satu tempat terbaik di Asia untuk melihat bunga Rafflesia yang menakjubkan, sejenis tumbuhan parasit tanpa daun yang menghasilkan bunga terbesar di dunia. Selepas 10 tahun sebagai zon pemuliharaan untuk melindungi tumbuhan luar biasa ini, taman ini dibuka kepada pelawat pada tahun 1994.

image 6 17

Bukan sahaja bunga rafflesia yang menjadikan Gunung Gading patut dikunjungi. Pengunjung juga boleh pergi mendaki untuk sampai ke air terjun. Taman ini termasuk empat puncak gunung - Gunung Gading, Gunung Perigi, Gunung Sebuloh dan Gunung Lundu. Jadi kebanyakan trek hutan melibatkan banyak pendakian dan tahap kecergasan yang munasabah diperlukan. Pendakian boleh dilakukan oleh pendakian yang 'otai'. Ia boleh dilakukan dalam sehari tetapi ini memerlukan 6 -7 jam mendaki, jadi permulaan awal adalah penting untuk menikmati pemandangan hutan hujan.

image 6 19

Tiada kafeteria tetapi taman ini sangat dekat dengan Bandar Lundu. Pengunjung mesti memastikan mereka mengambil air minuman yang mencukupi, sedikit makanan ringan untuk makan tengah hari dan memakai pakaian mendaki yang sesuai. Mereka boleh bertanya di ibu pejabat taman untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengatur panduan trekking rasmi kerana Gunung Gading adalah zon pemuliharaan. Hanya kumpulan trekking kecil dibenarkan.

Untuk maklumat lanjut, klik disini

7.Jong's Crocodile Farm & Zoo

image 7 2
Kredit : Sarawak Tourism Board

Jong's Crocodile Farm terletak di Kilometer 29 Lebuhraya Kuching/ Serian, kira-kira 30 minit pemanduan dari Bandar Kuching, ibu negeri Sarawak.

Jong's Crocodile Farm merupakan ladang penternakan buaya yang terbaik & terbesar di Malaysia. Ladang Buaya Pembiakan Kurungan Terbaik & Terbesar di Malaysia.

image 7 3
Kredit : CPH Travel



Lebih seribu buaya dibiakkan dalam kurungan. Ladang ini menyediakan tempat perlindungan yang sempurna untuk reptilia, menyelamatkan spesies ini daripada kepupusan. Terdapat kolam konkrit yang besar dan dalam serta tempat pembiakan semula jadi untuk buaya mengawan dan membiak.

image 7 4
Kredit : Jom Jalan



Ia bukan sekadar pusat pembiakan buaya, malah lebih dari itu. Anda akan dapat melihat beratus-ratus haiwan hidupan liar lain termasuk spesies burung yang jarang ditemui yang hanya boleh ditemui di Pulau Borneo. Pengunjung boleh menikmati pengalaman mempesonakan berjalan bebas di antara monyet, harimau bintang, beruang matahari, kucing beruang, burung pegar, musang, rusa menyalak, rusa sambar, kura-kura, kelawar buah, biawak pemantau, dan juga ular sawa.

Mari kenali sejarah dan lagenda buaya Sarawak di satu-satunya muzium buaya yang terkenal di Malaysia. Lihat tengkorak BUJANG SENANG yang terkenal, antara buaya terbesar yang pernah ditangkap di Sarawak.

8.Taman Negara Kubah

image 6 18

Taman Negara Kubah terletak lebih kurang 30 kilometer dari bandaraya Kuching. Jika memandu sendiri, ia hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit dan kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Kuching, ia sesuai untuk lawatan harian.

Taman Negara ini berkeluasan sekitar 2,230 hektar dan dipenuhi dengan flora serta fauna serta pemandangan yang menarik seperti puncak Serapi yang merupakan puncak tertinggi di Taman Negara Kubah dengan ketinggian 990m dari paras laut.

Ia meliputi Banjaran Matang di mana nama Kubah ini diambil bersempena dengan Gunung Serapi yang berbentuk seperti kubah dan ketika cuaca terang, Gunung Serapi ini dapat dilihat dengan jelas dari Tebingan Sungai Kuching (Kuching Waterfront).

image 6 20

Sebahagian dari Taman Negara Kubah iaitu di sebelah barat ialah Pusat Hidupan Liar Matang yang meliputi kawasan seluas 440 ekar persegi yang mana menempatkan haiwan seperti rusa sambar, buaya, musang civet, beruang matahari, landak, binturong, siamang, orang utan dan beberapa spesis burung yang amat dikenali di Sarawak.

Setiap taman negara pasti mempunyai keunikannya yang tersendiri dan begitu juga Taman Negara Kubah kerana disinilah berhimpunnya semua spesies tumbuhan palma yang dikatakan antara yang terbaik pernah ada di dunia.

Inilah antara keunikan Taman Negara Kubah yang mungkin bagi kita biasa-biasa sahaja tetapi sebenarnya menyimpan seribu satu khazanah yang tinggi nilainya.

image 6 21

Selain itu, di sini terdapat banyak tarikan lain seperti pokok-pokok hutan, gunung, paya bakau dan denai hutan yang agak panjang dan mencabar namun perjalanan denai ini mempunyai sistem serta ditanda dengan baik untuk memudahkan para pelawat.

Antara aktiviti menarik dan sesuai dilakukan di sini adalah mendaki Gunung Serapi yang mana terdapat lima laluan disediakan untuk pelawat redahi iaitu Palmetum Trail, Waterfall Trail, Rayu Trail, Selang Trail dan Belian Trail.

Taman Negara Kubah turut mempunyai tempat berkhemah untuk para pelawat, selain terdapat air terjun setinggi 10 meter yang boleh dilawati dengan berjalan sejauh dua kilometre melalui denai dan merupakan satu idea yang baik untuk berendam di kolam ini selepas jauh berjalan di dalam hutan yang panas dan lembab.

9.Jambatan Darul Hana

image 7 5

Jambatan Darul Hana merupakan salah satu mercu tanda di Tebingan Kuching yang merupakan pelengkap kepada bandar raya ini.

image 7 10

Kekayaan budaya masyarakat di utara Kuching dan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum di selatannya pula kini disatukan dengan adanya jambatan tersebut sekali gus menjadi pelengkap keindahan bandar raya ini.

image 7 6

Jambatan yang diberi nama Jambatan Darul Hana itu melambangkan kepelbagaian budaya dan keunikan Kuching yang diiktiraf sebagai Bandar Raya Perpaduan.

image 7 11

Darul Hana ini bermaksud tempat atau kawasan kediaman yang aman dan harmoni.

10.Masjid Darul Hana

image 6 3

Masjid Darul Hana dengan kos pembinaan RM28 Juta adalah antara masjid terbesar dan tercantik di Sarawak. Ia mampu menampung kira-kira seramai 3,200 jemaah manakala dewan utamanya pula mampu menampung seramai 1,600 jemaah dalam satu masa.

Pembinaan Masjid Darul Hana ini merupakan binaan pertama bagi pembangunan Taman Islam Darul Hana di mana ia adalah satu pembangunan yang agak besar dan pertama di seluruh Sarawak.

image 6 2

Pembangunan ini melibatkan pembangunan semula perkampungan Seberang Hilir untuk menjadi sebuah perkampungan Melayu moden yang tersusun dan dinamik dalam keluasan tapak tanah kira-kira 1,000 ekar.

Malah, dengan siapnya Taman Islam Darul Hana kelak, ia memberi gambaran perubahan landskap kepada rakyat Kuching khasnya penduduk Kampung Seberang Hilir yang terlibat.

image 6 4

Pembinaan laman di masjid ini yang melibatkan kos sebanyak RM6.8 juta diilham daripada Masjid Sultan Qaboos di Muskat, Oman.

Senibina taman dan landskap di masjid ini menjadi inspirasi untuk menyerlahkan kecantikan lanskap yang memperlengkapkan keindahan senibina di Masjid Darul Hana. Ia merealisasikan konsep 'Masjid Dalam Taman' di Sarawak.

11.Fort Margherita

image 7 1

Fort Margherita adalah sebuah kubu lama yang dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Raja Sarawak terletak di Kuching.

Kubu ini adalah sebuah mercu tanda dan tugu dalam sejarah Sarawak yang bermula dengan Dinasti Brooke. Kubu ini dibina dengan gaya sebuah istana kota Inggeris, direkabentuk untuk melindungi Kuching dari serangan lanun.

Fort Margherita dinamakan sempena isteri kesayangan Brooke, Margaret Alice Lili de Windt, yang dikahwininya di Highworth, Wiltshire pada 28 Oktober 1869; dia dilantik kepada pangkat Maharani Sarawak dengan gelaran Tuanku Permaisuri ketika perkahwinan mereka.

image 6 22
Kredit : Kuching Borneo

Kubu ini dibina di atas sebuah bukit mengadap Sungai Sarawak dan terletak di tebing utara berhadapan dengan pusat bandar Kuching yang pesat berkembang. Kubu ini dilengkapi dengan baik untuk melindungi ibu negeri ini dari pencerobohan melalui sungai.

Dinding bermenara tiga blok menara tingkat termasuk titik pemerhati di atas, halaman yang dikelilingi oleh dinding yang tinggi dengan bertatah serpihan kaca tajam untuk perlindungan dan dibenamkan ke dalam dinding itu sendiri adalah tingkap kayu melalui meriam telah dibedil melepaskan tembakan. Hukuman bunuh telah dilaksanakan di halaman ini, sehingga pendudukan Jepun semasa Perang Dunia II.

Ia digunakan sebagai sebuah Muzium Polis dari 1971 sebelum ia diserah kepada kerajaan negeri Sarawak dan kini ia merupakan satu tarikan pelancong di Kuching.

Fort Margherita terletak di seberang Sungai Sarawak berhampiran Astana, kediaman rasmi Yang DiPertua Negeri Sarawak. Fort Margherita boleh dikunjungi melalui jalan raya. Ia memakan masa 15-minit memandu sepanjang Petra Jaya, atau pelayaran sungai yang singkat dari Pangkalan Batu, di hadapan Main Bazaar Kuching Waterfront. Ia kini terletak di sebelah Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru. 

image 7
Kredit : Sarawak Tourism Board / Paul Sarawak

12.Kuching Waterfront

image 7 8
Kredit : Sarawak Tourism Board

Kuching Waterfront yang terletak tebing selatan Sungai Sarawak, adalah tempat untuk menikmati suasana kosmopolitan bandar ini. Ia juga digelar People’s Palace kerana ini merupakan tempat warga Kuching berjumpa pada waktu petang dan malam.

Pada siang hari, ia menawarkan pemandangan indah Astana, Fort Margherita dan kampung Melayu di seberang sungai tetapi masa terbaik untuk menikmati Waterfront ialah selepas matahari terbenam, apabila kehidupan malam yang meriah menguasai esplanade.

image 7 9
Kredit : Sarawak Tourism Board

Hab sosial untuk penduduk tempatan dari semua peringkat umur, sentiasa ada sesuatu untuk semua orang lakukan di Waterfront.

image 7 12

Naiki bot Penambang tempatan dengan RM1 bagi merentasi ke bahagian Utara Sungai dan nikmati pemandangan dan bunyi yang berbeza di antara dua tebing sungai.

Banyak perahu yang dihias cantik untuk menarik perhatian pelancong. Tak sampai pun 5 minit di dalam perahu, anda akan sampai ke Kampung Boyan yang terletak di seberang sungai. Jika memandu kenderaan, anda akan mengambil masa hampir 20 minit.

image 7 13
Kredit : I Love Borneo

Tiba di seberang (Kampung Boyan), bolehlah membeli buah tangan Sarawak yang terkenal yakni Kek Lapis dan Terubuk Ikan Masin. Ada beberapa buah kedai yang sering didatangi pengunjung bandar Kuching di sini. Pilih saja, dan sediakan saja wang yang mencukupi.

Terdapat juga banyak gerai makanan, restoran dan kemudahan hiburan berjajar di sepanjang Kuching Waterfront. Beberapa bangunan lama telah dipelihara dan digabungkan ke dalam reka bentuk, termasuk Muzium Sejarah Cina, Bangunan Kapal Kukus Sarawak, teater terbuka dan Menara Square. Penambahan moden pada Waterfront termasuk astaka Cina yang dipulihkan, air pancut muzik berwarna-warni dan beberapa arca moden.

image 7 14

Persembahan air pancut muzikal di Kuching Waterfront ini berlangsung pada malam hujung minggu iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad dengan tiga sesi iaitu 8.30 malam, 9.30 malam dan 10.30 malam. Setiap persembahan berlangsung selama 15 minit. .

Pengunjung dapat menonton sejarah dan latar belakang negeri Sarawak yang multi-budaya.

13.Masjid Jamek Negeri Sarawak

image 6 5

Masjid ini terletak di Petra Jaya, Kuching dan disebabkan itu ramai juga menggelarkan masjid ini sebagai Masjid Negeri Petra Jaya. Ia telah dibina pada tahun 1987 Masihi dan siap pada tahun 1990 Masihi. Masjid ini didirikan di atas sebidang tanah berkeluasan kira-kira 100 ekar. Kini masjid ini menjadi mercu tanda dan kebanggaan kepada penduduk Negeri Sarawak. Ia dikategorikan sebagai masjid gred khas dan boleh menampung 14,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Masjid ini berkonsepkan reka bentuk masjid di Istanbul. Bumbungnya berbentuk empat persegi bujur. Ia dilengkapi dengan sebuah kubah utama dan empat puluh buah kubah kecil. Kubah utamanya dihiasi dengan mozek dan jubin manakala di sebelah dalamnya pula diletakkan kerawang bermotifkan geometri. Tiang-tiang yang menyokong kubah-kubah kecil kelihatan seperti kedudukan tangan sewaktu berdoa. Cermin kaca berwarna-warni merupakan hiasan menarik yang mampu menyerlahkan keindahan masjid ini.

Keseluruhan lantai masjid ini menggunakan kemasan daripada marmar yang dapat menyejukkan ruang suasana ketika berada di dalam.

Sebuah menara didirikan berasingan dari masjid ini sebagai mercu tanda. Bagi memenuhi keperluan jemaah menjalankan aktiviti, masjid ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti dewan persidangan, perpustakaan dan ruang pejabat untuk kakitangan masjid.

14.Medan Niaga Satok

image 7 15

Medan Niaga Satok, juga dikenali sebagai Pasar Satok oleh warga tempatan yang berkeluasan 12.25 ekar di Jalan Matang, Kuching, merupakan sebuah pasar tani moden baharu yang mana ia telah dibangunkan bagi menggantikan Pasar Tamu Satok yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu. Ia adalah salah satu tempat ikonik 'wajib' dikunjungi pelancong ke bumi Kenyalang

Medan Niaga Satok merupakan satu pusat jualan yang sangat popular di Bandaraya Kuching kepada penduduk tempatan dan juga pelancong. Keunikan ini amat terserlah terutama pada hari Sabtu dan Ahad dimana terdapat banyak jualan produk-produk kampung di pasar ini yang telah moden dan selesa kepada pengunjung.

Medan Niaga itu merupakan pasar tani terbesar dalam negara yang diuruskan oleh FAMA, dengan kapasiti 1,444 ruang niaga tetap dan keutamaan diberikan kepada peniaga sedia ada di Pasar Tamu Satok, termasuk 600 ruang untuk peniaga hasil hutan yang sebelum ini berniaga di Pasar Minggu Satok.

15.Matang Wildlife Centre

image 7 19
Kredit : Kuching Borneo

Pusat Hidupan Liar Matang, yang merupakan sebahagian daripada Taman Negara Kubah, Hutan hujan tanah pamah seluas 180 hektar ini menempatkan hidupan liar terancam di kawasan tertutup atau dalam sangkar yang luas.

Tetapi, Matang Wildlife Centre bukan zoo. Ia adalah pusat khusus di mana spesies terancam, seperti orang utan dipulihkan dan dilepaskan ke dalam hutan. Kebanyakan haiwan telah dirampas daripada orang awam, yang memelihara mereka secara haram sebagai haiwan peliharaan.

Terdapat lebih daripada sekadar haiwan untuk dilihat di Matang. Anda boleh menikmati rangkaian kolam batu, kawasan berenang, tempat berkelah, tapak perkhemahan, denai alam semula jadi yang indah, tiga air terjun, kawasan tontonan dan kandang untuk melihat haiwan separa liar. Terdapat pelbagai projek pelancongan eko sedang dijalankan di pusat hidupan liar Matang, seperti Heart to Heart bersama orang utan dan Program Junior orang utan.

Tarikan utama pusat ini ialah program anak angkat orang utan, di mana orang utan muda, yang sama ada yatim piatu atau diselamatkan dari kurungan, diajar bagaimana untuk terus hidup di alam liar.

Anda boleh sampai ke Matang Wildlife Centre dalam masa 40 minit pemanduan dari Kuching , tetapi tiada perkhidmatan bas ke sini, jadi anda memerlukan teksi atau pengangkutan anda sendiri. Anda mempunyai pilihan penginapan semalaman dari chalet, ke pondok gaya asrama ke tapak perkhemahan di mana anda boleh menginap di khemah anda sendiri. Tiada kafeteria di pusat ini.

16.Pasar Serikin

image 7 16

Mungkin nampak macam pasar minggu biasa, tetapi sebenarnya tidak. Disini anda akan lihat ramai sekali penjual-penjual yang berasal dari Indonesia. Malah, anda akan kerap kali melihat kenderaan dengan nombor pendaftaran Indonesia di sekitar kawasan ini. Kenapa ya?

Itu kerana Pasar Serikin ini terletak di sempadan Malaysia-Indonesia yang terletak kira-kira 80 km dari Kuching dengan masa perjalanan sekitar 46 minit. Jadi, tidak hairanlah jika majoriti penjual di Serikin ini berasal dari Indonesia.

Antara barangan yang dijualnya adalah pakaian, mainan, perabot yang diperbuat daripada rotan dan sebagainya. Pasar Serikin ini juga merupakan tempat yang menjadi tumpuan ramai terutamanya pada musim cuti sekolah. Ia hanya dibuka pada hujung minggu sahaja.

17.Topspot Kuching

image 7 17
Kredit : Aroma Asian

Topspot adalah sebuah medan selera dengan majoriti peniaga menjual makanan laut. Ia terletak di aras bumbung bangunan UTC Sarawak.

Disini anda akan dapat lihat pelbagai etnik Sarawak, pelbagai kaum Malaysia malah warga luar negara bersatu di bawah satu bumbung menikmati kestimewaan makanan laut disini yang segar dan dijual pada harga sangat berpatutan.

18.The Grand Old Lady - Canada Hill

image 7 18
Kredit : Jimmy Chan

Mendengar namanya mungkin yang tergambar di fikiran adalah seorang wanita tua yang hebat.  Sememangnya dia hebat kerana telah berusia 110 tahun tetapi masih utuh, hanya sahaja ia bukan manusia tetapi tinggalan telaga minyak pertama di Sarawak.

Mengimbas sejarahnya, telaga minyak yang juga dikenali sebagai Well No. 1 ini mula digali dan beroperasi pada Disember 1910. 

Telaga ini telah beroperasi lebih 60 tahun tanpa henti sehinggalah ia diserahkan kepada Kerajaan Sarawak pada tahun 1973 dan dijadikan monumen bersejarah bandaraya Miri.

Dengan ketinggian 30 meter, monumen ini menjadi simbol sejauh mana Miri telah melangkah sejak zamannya sebagai sebuah perkampungan nelayan yang belum dibangunkan sebelum penemuan The Grand Old Lady.

Sesuai dengan peranannya sebelum ini, maka di sekitar monumen ini diabadikan ukiran beberapa operasi dan pelantar-pelantar minyak terawal di negeri ini.

Malah lokasinya yang strategik di atas Bukit Kanada menjadikan ia pilihan pelawat dan orang tempatan untuk menikmati panorama bandaraya Miri dan menatap keindahan laut yang mengelilinginya.

19.Muzium Petroleum Miri

image 7 22

Muzium Petroleum Miri ini dibuka kepada orang ramai secara rasmi pada 20 Mei 2005. Pembukaan Muzium ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Dato Seri Taib Bin Mahmod. Selepas pembukaannya, Muzium petroleum ini mula dibuka pada setiap hari kecuali hari Isnin dan setiap cuti umum. Muzium petroleum ini juga dibuka dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang dan yuran kemasukan adalah percuma

20. Muzium Kucing

image 7 20

Kebanyakkan dari koleksi yang terdapat di Muzium Kucing merupakan koleksi peribadi Dato’ Shahrum bin Yub, Bekas Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Negara, Kuala Lumpur yang pernah dipamerkan dalam Pameran “Kehebatan Kucing” di Galeri Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Kerajaan negeri Sarawak membeli kesemua  koleksi peribadi Dato’ Shahrum bin Yub, Bekas Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Negara, Kuala Lumpur yang berharga RM 350,000/- yang melibatkan kira-kira 2,500 koleksi kucing (Patung/Artifak Kucing yang diperbuat dari batu marmar, gelas, kristal, tembaga, seramik, porselin, memorabilia, lukisan lakaran, gambar dan lain-lain).

image 7 21

Pembelian koleksi kucing tersebut adalah bertepatan dengan bandar Kuching mendapat status bandaraya dalam tahun 1988. Koleksi tersebut telah dibawa ke bandaraya Kuching untuk penjagaan pihak Jabatan Muzium Sarawak sementara  menunggu sebuah muzium kucing yang ditubuhkan khas untuk menempatkan koleksi tersebut. Koleksi tersebut telah dipamerkan di dalam galeri khas buat pertama kalinya pada 1 Ogos 1988 di Dewan Tun Abdul Razak yang telah dirasmikan YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

Kerja-kerja berkaitan pengumpulan koleksi kucing ini terus dijalankan sehingga ia diserahkan pengurusannya kepada pihak Dewan Bandaraya Kucing Utara dengan tertubuhnya Muzium Kucing untuk ditempatkan di  Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara, Bukit Siol, Jalan Semariang, 93050 Petra Jaya, Kuching.

Muzium Kucing terletak di Aras Bawah, Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching. Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara terletak di puncak Bukit Siol dengan ketinggian 60 meter di atas paras laut, yang mempunyai pemandangan yang cantik menghadap Bandar Raya Kuching yang indah.

Keluasan kawasan Muzium Kucing merangkumi 1,035.0 meter per segi yang mempunyai sebanyak empat galeri utama dan mempunyai lebih daripada 4,000 artifak kucing termasuk lukisan, memorabilia dan lain-lain.

Masa lawatan adalah setiap hari Isnin hingga Ahad bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang(Kecuali Cuti Umum)

21.Coco Cabana

image 7 23

Coco Cabana ialah salah satu tarikan pelancong utama Miri dalam pusat bandar dan juga merupakan tempat terbaik untuk menikmati pemandangan matahari terbenam. Keluarga sering mengunjungi tempat ini kerana terdapat banyak kemudahan mesra kanak-kanak di pusat rekreasi ini seperti taman permainan, dan perkhidmatan sewa basikal. Hujung minggu juga sangat mengujakan Coco Cabana kerana sentiasa ada pasar mingguan, 'buskers', konsert mini serta pelbagai aktiviti seni dan budaya yang dianjurkan di sini.

image 7 24

22.Semenggoh Wildlife Centre

image 7 25
Kredit : Klook

Hanya 20 kilometer di selatan Kuching, terdapat habitat semula jadi yang bertindak sebagai rumah kepada Orang utan. Pusat Hidupan Liar Semenggoh di Rizab Semula Jadi Semenggoh merupakan Pusat Pemulihan Orang Utan terbesar di Sarawak.

Pada tahun 1975, ia telah ditubuhkan sebagai tempat perlindungan untuk Orang utan yang cedera, yatim piatu atau ditawan sebagai haiwan peliharaan haram. Pada masa ini, pusat itu berfungsi sebagai habitat orang utan dan juga tempat untuk pengunjung mengetahui tentang spesies nadir yang terancam. Pusat hidupan liar ini mempunyai populasi orang utan separa liar remaja yang sihat dan dewasa muda. Mereka menghabiskan sebahagian besar masa mereka menjelajah hutan tetapi dilatih untuk kembali ke pusat semasa waktu memberi makan di mana mereka akan mendapat makanan percuma daripada penjaga.

Selain orang utan, lokasi ini juga merupakan habitat bagi flora dan fauna yang jarang ditemui termasuk tupai gergasi, tupai babi, gibbon dan pelbagai jenis burung. Lolongan owa, kicauan burung dan kicauan Orang utan menjadikan rizab alam semula jadi tempat yang ideal untuk pencinta alam.

23. Taman Tumbina

image 7 26

Taman Tumbina adalah tempat yang unik untuk dikunjungi kerana mempunyai taman botani dan zoo. Taman itu mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan yang sinonim dengan Sarawak.

“Perkataan ‘tumbina’ adalah hasil gabungan singkatan bagi ‘tumbuhan’ (tumbuhan) dan ‘binatang’ (haiwan).”

Taman Tumbina meliputi kawasan seluas kira-kira 57 hektar termasuk kawasan berbukit. Selain haiwan asli Sarawak, Taman Tumbina juga merupakan satu-satunya taman di Sarawak yang memelihara flamingo.

Malah, Taman Tumbina juga merupakan tempat orang ramai bersenam, berjoging dan meredah hutan.

24. Rumah Terbalik Kuching

image 7 27

Rumah Terbalik Kuching atau Upside Down House Kuching terletak di Taman Sri Sarawak, Jalan Tun Abdul Rahman.

Lokasinya yang berhampiran dengan beberapa buah hotel iaitu Hotel Tune, Hotel Hilton dan Riverside Majestic menjadikan Rumah Terbalik Kuching ini sangat mudah untuk dikunjungi.

Struktur binaan uniknya yang ‘melawan’ hukum fizik sangat sesuai bagi mereka yang gemar mengambil gambar dan diabadikan dalam media sosial.

Di sini juga terdapat sebuah galeri yang mana susun atur barangan dan perabot rumah yang kesemuanya dalam keadaan ‘tunggang terbalik’ sekaligus membuatkan pelancongan merasai pengalaman unik kala berkunjung.

Pengunjung akan mengalami dunia terbalik kerana bukan sahaja perabot disusun dalam keadaan terbalik malah semua ruang di rumah ini seperti tempat membaca, tempat makan, dapur, tandas, bilik tidur dan pejabat berada dalam kedudukan demikian.

Rumah Terbalik Kuching ini dibuka setiap hari bermula pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang pada Isnin hingga Jumaat manakala pada hujung minggu ia ditutup pada pukul 7 malam.

Harga tiket amat berpatutan iaitu bagi warganegara dewasa ialah sebanyak RM15 manakala RM10 untuk kanak – kanak.

25. Taman Negara Mulu

image 7 30

Taman Negara Gunung Mulu, atau Taman Negara Mulu yang terletak di sebelah utara negeri Sarawak merupakan salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia.

Terdapat 17 zon tumbuh-tumbuhan berlainan yang terdapat di kawasan ini, termasuk sekurang-kurangnya 2,000 spesies tumbuhan berbunga. Manakala haiwan yang menjadikan kawasan ini sebagai habitat ialah 116 spesies mamalia, termasuk 54 spesies kelawar, 305 spesies burung, 100 spesies reptilia, 97 spesies amfibia dan 48 spesies ikan.

image 7 28

Yang paling menarik perhatian di Taman Negara ini ialah Gunung Mulu yang berketinggian 2,377 meter. Puncak batu pasir yang terletak di Gunung Mulu ini juga dianggarkan berusia lebih 60 juta tahun. Manakala pembentukan batu kapur besar, terbentuk jauh di bawah laut untuk membentuk lanskap Mulu.

image 7 29

Sekitar 295 km gua yang telah diterokai memberikan pemandangan yang menakjubkan dan turut merupakan gua kediaman kepada berjuta kelawar dan burung Layang-layang. Kamar Sarawak yang seluas 600 meter X 415 m dan setinggi 80 m, ialah kamar gua atau ruang bawah tanah terbesar di seluruh dunia yang diketahui.

image 7 31
image 7 32

Taman Negara Mulu turut memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropika, Taman Negara Mulu merupakan tempat yang bukan hanya sesuai untuk orang-orang yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan bahkan juga amat sesuai bagi mereka yang menginginkan kegiatan yang lasak.

Kawasan seluas 52,864 hektar ini begitu unik dan megah sehingga telah diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1974, dan diiktiraf sebagai salah satu tapak Taman Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2000.

Taman Negara Mulu boleh dituju melalui pesawat dari Miri dan terus ke Taman Negara Mulu atau bagi mereka yang ingin merasakan kelainan dengan menggunakan jalan lain iaitu dengan menggunakan bot ekspres dari Kuala Baram, Miri ke Marudi dan kemudian ke Taman Negara Mulu.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram