family travel tips tips travelling with family tips bercuti bersama bayi kecil

25 Tips Percutian Bersama Bayi Kecil Yang Anda Patut Praktikkan !

Dikemas Kini: 26 Februari 2023
Surga Route

Tidak kira sama ada ini perjalanan pertama anda dengan anak ataupu sudah berkali-kali, percutian bersama anak-anak akan selalu mendebarkan. Bermula dari apa yang harus dikemas hinggalah ke bagaimana untuk sampai ke sana, ianya penuh dengan kebimbangan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tips yang dapat membantu anda membuat persediaan. Di bawah ini, kami telah menyenaraikan 25 petua untuk percutian bersama  anak-anak.

1. Lakukan Sahaja!

Walaupun idea untuk melancong bersama anak-anak mungkin memeningkan, perkara paling penting untuk diingati adalah: ia akan selesai. Anda pasti sampai ke sana. Anda mampu lakukan.

2. Bertenang

Anda mungkin sudah terbiasa bergegas ke penerbangan dan juga lapangan terbang, memanfaatkan semua jalan pintas, tetapi hari-hari itu sudah berakhir. Relaks, biarkan semua orang sibuk di sekitar anda, dan ikut sahaja arus. .

3. Jangan Berlebihan

Ingat bahawa kebanyakan barang boleh dibeli di luar negara. Mungkin bukan jenama yang sama, tetapi anda boleh atasinya. Lampin eco dan organik 100% kadangkala sukar dicari. Sekiranya anda terbiasa menggunakan jenis eco, lakukan sedikit ujian dengan jenis bukan eko sebelum anda melancong dan lihat jika terdapat tindak balas terhadap bayi anda.

4. Pilih Penginapan Yang Sesuai

Hotel mempunyai kemudahan (perkhidmatan bilik, makanan, perkhidmatan menjaga bayi, dan lain-lain), tetapi homestay lebih memudahkan kerana anda boleh menjadikannya seperti di rumah anda -contoh anda boleh memasak , yang mungkin berguna jika anak anda mempunyai diet khas.

5. Tempah Dengan Bijak

Sekiranya anda memilih hotel, fikir dulu untuk membuat tempahan. Anda mungkin pernah tinggal di sana dan menyukainya, tetapi adakah ia sesuai/selamat jika percutian bersama anak-anak?

 6. Namakan Dan Jejak Mereka!

Sekiranya anda bimbang anak anda tersesat, anda boleh menuliskan nama dan nombor telefon anda di lengan mereka. Dengan cara itu, jika mereka dijumpai, anda boleh dihubungi dengan mudah. Anda juga boleh melabur untuk alat penjejakan GPS. Pasang ke pergelangan tangan atau beg anak anda, dan ikuti melalui aplikasi.

7. Kolam vs Laut

Walaupun anda bercadang untuk tinggal di tepi pantai, anda mungkin ingin kolam renang juga. Banyak kanak-kanak suka berada di laut, tetapi mungkin sesetengahnya tidak. Kolam renang sangat sesuai untuk anak-anak kecil untuk bermain-main, menyejukkan badan.

8. Stroller Bayi

Ini adalah dilema biasa ketika melancong bersama anak-anak dan tiada jalan yang mudah. Ia bergantung pada tempat yang anda lawati. Adakah jalan rata dan berturap atau akan ada jalan berlubang? Adakah ia akan sangat lembap atau sejuk? Adakah anak anda sudah biasa?

Pilihan yang terbaik adalah stroller yang ringan. Ianya mudah dan boleh dibawa sampai ke pintu pagar: ia boleh dijadikan tempat tidur sementara; ringan dan juga boleh dilindungi dengan selimut dan penutup hujan; dan ia sangat bagus untk semua keadaan.

9. Tempat Duduk Kereta Atau Tidak?

Sesetengah orang mengiyakan, namun yang lain menganggap ianya tidak perlu lebih-lebih lagi untuk penggunaan masa yang singkat. Ia memerlukan tempat duduk tambahan dalam penerbangan, dan agak besar.

10. Kemas Dengan Bijak

Pastikan anda sudah membawa semuanya: tisu bayi, puting tambahan, lampin, makanan ringan. Ada baiknya membawa beberapa gula-gula yang boleh dihisap untuk membantu perubahan tekanan semasa berlepas dan mendarat; baju ganti; beg plastik (untuk lampin dan sekiranya pakaian kotor dan lain-lain.)

Sekiranya ada lebihan ruang anda sila isikan dengan tisu bayi – anda akan memerlukannya nanti.

11. Pembungkusan Makanan Bayi

Banyak lapangan terbang membenarkan susu serta makanan bayi dibawa dalam bekas yang melebihi 100ml. Mereka biasanya akan membuka bekas untuk menyaring kandungan di kaunter keselamatan, tetapi ini hanya memerlukan beberapa saat dan tidak mencemari makanan. Untuk kepastian periksa dengan lapangan terbang yang akan anda lalui terlebih dahulu.

12. Rancang Penerbangan Anda

Cuba rancang penerbangan anda sekitar waktu tidur. Penerbangan malam boleh jadi lebih mahal, tetapi ia memudahkan, anak yang sedang tidur sememangnya akan memudahkan. Sekiranya anda perlu membuat penerbangan bersambung, pastikan anda mempunyai masa yang banyak terutamanya di lapangan terbang yang asing.

Cuba sebaik yang mungkin untuk menjadikan perjalanan sebagai sebahagian daripada percutian. Luangkan masa selama dua jam, renggangkan kaki, pergi ke bilik mandi, makan, berborak, bermain, dan bersiap untuk penerbangan seterusnya. Dan jangan lupa tips untuk tambang termurah adalah menempah 53 hari lebih awal.

13. Teliti Tujuan Anda

Sekiranya anda menyusu, ada baiknya anda mengkaji melalui Google mengenai penyusuan susu ibu di depan umum atau tidak. Sesetengah negara boleh menerima tetapi sesetengahnya memerlukan anda  ke tempat yang lebih tertutup. Sekiranya anda ragu-ragu- silakan bertanya sahaja.

14. Selidik! Selidik! Selidik!

Selidik untuk perjalanan sebelum dan semasa perjalanan. Adakah bayi anda memerlukan visa? Apa langkah yang anda serta anak anda perlukan? Perlukah anda membawa ubat seperti tablet malaria? Anda tentunya tidak mahu kalut pada saat-saat akhir

15. Tempat Duduk?

Tempat duduk di atas pesawat dengan anak kecil kadang-kadang ditentukan oleh reka bentuk pesawat: topeng oksigen pula hanya terdapat di tempat duduk tertentu. Namun, tidak semua pesawat seperti ini, jadi periksa semula dengan syarikat penerbangan, dan pilihkan tempat duduk yang terbaik.

Duduk di hujung kapal terbang akan mengganggu lebih sedikit orang. Anda boleh menggunakan dapur, dan tandas juga berdekatan. Walau bagaimanapun, tempat duduk ini tidak boleh dibaringkan sepenuhya dan bahagian belakang pesawat pula agak bising.

Bahagian tengah pesawat memberi anda banyak pilihan untuk menggunakan tempat duduk . Ruang kaki juga lebih luas dan dengan itu lebih banyak ruang lantai untuk bermain.

Duduk di depan pula sama dengan belakang, kecuali kawasan dapur biasanya lebih kecil, dan lebih sibuk.

16. Lakukan Latihan Larian

Lakukan latihan mengemas atapun ke lapangan terbang ianya untuk kebaikan anda dan anak-anak. Lapangan terbang agak besar dan sibuk, anak-anak mungkin akan berasa terbeban. Jadi, dengan adanya latihan akan memudahkan anak-anak dan perjalanan akan jadi lebih lancar.

17. Tambang Murah Lebih Berbaloi?

Mungkin penerbangan tambang murah nampak lebih berbaloi untuk percutian bersama keluarga, tapi anda harus tahu kebiasaannya ia akan terbang ke lapangan yang lebih jauh, akan ada lebih banyak pergerakan. Jadi, pilihlah penerbangan yang lebih mahal dan anda akan relaks dan tenang.

18. Waktu Lapangan Terbang – Daftar Masuk Dalam Talian

Kurangkan masa untuk beratur di lapangan terbang. Untuk lebih mudah lakukan saja pendaftaran masuk secara dalam talian.

19.  Luang Lebih Banyak Masa

Bertolak dari rumah beberapa jam awal. Jika anda sampai lebih cepat di lapangan terbang, biarkan anak-anak bermain di kawasan permainan. Lebih banyak tenaga yang digunakan untuk bermain maka sedikit masa akan diluangkan di dalam kapal terbang nanti.

20. Apa Yang Boleh Berlaku?

Sebelum anda pergi, senaraikan semua kemungkinan yang akan berlaku dan cara-cara mengatasinya. Mengendalikan situasi sebelum ia berlaku boleh membuat anda lebih bersedia secara mental.

21. Terangkan Perjalanan

Jika ini adalah kali pertama anak anda menaiki kapal terbang ataupun mengembara, berboraklah dengan meraka. Terangkan situasi, apa yang akan berlaku dan apa yang perlu dilakukan. Kebanyakan mereka berfikir mengembara itu adalah menyeronokkan maka galakkan mereka.

22. Rancang- Tetapi Jangan Terlampau

Anda mahu melihat anak-anak berseronok, tetapi anda tidak mahu keseluruhan perjalanan menjadi terlalu strict atau terikat. Apakata minta anak-anak buat perancangan dan ajak mereka menggunakan applikasi khas untuk percutian.

23. Meet & Assist

Periksa samada syarikat penerbangan anda menyediakan perkhidmatan ini ataupun tidak. Jika anda bercuti dengan lebih dari seorang anak perkhidmatan ini sangatlah membantu anda!

24. Bertenang

Jika anak anda tiba-tiba menangis, perangainya berubah menjadi sedikit extreme ataupun tidak mahu memberikan kerjasama. Tarik nafas dalam-dalam dan cuba bertenang.

25. Bergembiralah

Ambillah lebih banyak masa, pack barang-barang dengan baik, dan jadikan perjalanan sebagai sebahagian daripada percutian. Ingatlah bahawa anda akan baik-baik saja, dan berseronoklah!

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram