4 galeri seni yang anda boleh lawati di kuching, sarawak 4 art galleries you can visit while in kuching sarawak

4 Galeri Seni Yang Anda Boleh Lawati di Kuching, Sarawak

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Kuching, Sarawak adalah antara bandaraya yang jarang dilawati oleh ramai orang. Anda tahu tak sebenarnya banyak tempat menarik di Kuching, termasuklah pelbagai galeri seni. Ini 4 Galeri Seni Yang Boleh Anda Kunjungi Di Kuching, Sarawak

1. Borneo Cultures Meseum

Muzium ini terletak di tengah bahagian Kuching dan telah dirasmikan pada 4 Mac 2022. Bangunan lima tingkat ini merupakan muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara.

4 Galeri Seni Yang Anda Boleh Lawati di Kuching, Sarawak

Bangunan lima tingkat ini meliputi pameran kekal, galeri kanak-kanak, bilik majlis, bilik VIP, auditorium, restoran, kantin, kedai cenderamata termasuk galeri seni dan kraf.

Muzium ini beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 4.45 petang manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum pula, ia akan mula beroperasi pada jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang. 

Hoan Gallery pula terletak di tingkat 3, La Promenade Mall Kuching – Samarahan Expressway. Hoan Gallery mengetengahkan hasil seni dan lukisan dengan mengadaptasikan elemen-elemen budaya dan gaya hidup di Sarawak.

4 Galeri Seni Yang Anda Boleh Lawati di Kuching, Sarawak

Galeri ini dibuka setiap hari, Isnin sehingga Ahad dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Saradise Gallery telah diperkenalkan oleh Saradise Sdn Bhd pada tahun 2016. Galeri ini ditubuhkan bagi mempromosikan budaya dan seni serta menjadi platform kepada artis dan pereka tempatan yang terkenal, dan bakat muda Sarawak yang baru muncul dalam mempamerkan karya kreatif mereka.

4 Galeri Seni Yang Anda Boleh Lawati di Kuching, Sarawak

Galeri ini terletak di Jalan Song dan dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 10 pagi hingga 6 petang. Sebelum merancang ke sini, anda dinasihati untuk menghubungi mereka di talian 082-285799 atau 017-2201381.

Indah House Gallery ini telah ditubuhkan pada Julai 2014. Galeri ini ditubuhkan untuk menjadi Kafe berkonsepkan Galeri Seni yang menyediakan platform untuk menggalakkan artis, khususnya artis baru dan muda Sarawak dalam mempamerkan bakat mereka.

4 Galeri Seni Yang Anda Boleh Lawati di Kuching, Sarawak

Indah House Gallery ini terletak di Jalan Carpentar dan dibuka pada jam 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari Isnin sehingga Ahad. Uniknya di sini, mereka menyediakan banyak aktiviti menarik seperti kelas memasak dan pameran galeri seni.

Next time, datanglah galeri seni. Jangan lupa bawa member dan pasangan anda! Dalam masa yang sama, kita boleh support karya-karya anak Sarawak!

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram