5 platform terbaik beli tiket flight murah

5 Platform Dapatkan Tiket Penerbangan Murah & Berbaloi !

Dikemas Kini: 2 Mei 2023
Surga Route

Skyscanner

Cara pertama adalah membeli tiket melalui Skyscanner. Skyscanner ini membandingkan harga dan beri pilihan tiket penerbangan murah dari pelbagai syarikat penerbangan.Tak perlu dah kita nak pergi ke laman web lain untuk menyemak secara satu persatu.

Anda boleh pilih samada ingin tempah tiket flight murah melalui laman web mereka melalui pelayar ataupun muat turun aplikasi Skycanner di telefon pintar anda. Di sini kami akan kongsikan cara untuk dapatkan harga tiket flight murah menggunakan aplikasi Skycanner.

Selain daripada tiket penerbangan, mereka juga ada menawarkan perkhidmatan carian yang lain seperti hotel dan juga kenderaan sewa.

tiket flight murah tiket flight murah 5 PLATFORM TERBAIK BELI TIKET FLIGHT MURAH

Hopper

Hopper adalah satu lagi aplikasi membantu anda cari tiket penerbangan termurah berdasarkan preferensi anda.

Harga tiket yang anda boleh dapat di aplikasi tersebut bermula serendah RM 0 tau jika mereka mengadakan promosi besar-besaran. Di sini kami akan kongsikan cara untuk dapatkan harga tiket flight murah menggunakan aplikasi Hopper.

tiket flight murah 5 PLATFORM TERBAIK BELI TIKET FLIGHT MURAH

Google Flights

tiket flight murah 5 PLATFORM TERBAIK BELI TIKET FLIGHT MURAH

Jika anda tidak berminat untuk menggunakan dua aplikasi di atas, anda juga boleh menggunakan alternatif lain seperti Google Flights. Google flights adalah perkhidmatan carian tempahan penerbangan dalam talian yang memudahkan pembelian tiket flight murah.

Selain itu, jika anda memilih destinasi tertentu tetapi tidak mempunyai tarikh yang tetap, Google Flights akan mencadangkan masa terbaik untuk anda terbang dengan kos yang paling rendah, termasuk laluan dan jadual alternatif.

Bukan itu sahaja, Google Flights juga akan membantu anda dapatkan senarai tempat-tempat menarik pada destinasi yang anda tuju. Contohnya jika anda berminat untuk ke Korea Selatan tetapi anda masih kurang pengetahuan tentang tempat-tempat menarik di sana, Google Flights bakal membantu anda untuk cadangkan tempat pelancongan hangat di sana.

Aplikasi Syarikat Penerbangan

tiket flight murah 5 PLATFORM TERBAIK BELI TIKET FLIGHT MURAH

Pilihan lain bagi anda yang inginkan tiket penerbangan murah adalah membeli secara terus dengan aplikasi setiap syarikat penerbangan. Syarikat penerbangan tempatan ini terkenal dan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana mereka kerap membuat promosi mengikut masa dan musim-musim yang tertentu. Sebagai contoh, musim cuti sekolah, perayaan dan sebagainya.

Dengar kata, Malaysia Airlines selalunya menjual tiket dengan harga lebih murah pada setiap hari rabu. Bagi syarikat penerbangan Air Asia pula, promosi seperti Air Asia Free Seats memang selalu dibuat. Anda juga boleh membuat pembayaran menggunakan Bigpay untuk kumpul dan dapatkan lebih mata yang anda boleh tebus di kemudian hari.

Kebanyakkan orang akan menunggu informasi tentang promosi yang akan dibuat oleh syarikat penerbangan tempatan ini. Jadi, anda kena sentiasa bersedia dan peka dengan promosi-promosi yang mereka akan lancarkan.

Pembelian melalui Incognito Mode

tiket flight murah 5 PLATFORM TERBAIK BELI TIKET FLIGHT MURAH

Mungkin anda pernah dengar, di mana anda boleh dapatkan harga tiket penerbangan yang lebih murah jika anda menggunakan incognito mode. Kebiasaannya, jika anda cuba cari harga tiket penerbangan, harga yang akan terpapar untuk carian kali pertama selalunya lebih murah berbanding jika anda masuk ke laman web yang sama buat kali yang kedua.

Perkara ini menjadi salah satu sebab utama ramai traveller-traveller “otai” menggunakan trick ini kerana syarikat penerbangan tidak boleh manipulasi internet history anda untuk menaikkan sedikit harga dengan sewenang-wenangnya melalui fungsi incognito mode. Ada yang kata 'trick' ini dongeng kerana incognito mode tidak memberi kesan, tapi tak rugi pun kalau kita cuba. Kan ?

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram