5 kids friendly hotel and resorts around malaysia 5 resort mesra kanak kanak yang meriangkan anak anak anda

5 Resort di Malaysia Ini Pasti Buat Anak-Anak Anda Gembira !

Dikemas Kini: 17 Februari 2023
Surga Route

Sebenarnya untuk bercuti anda tidak perlu pergi jauh sehingga ke luar negara kerana Malaysia turut menawarkan kepuasan percutian keluarga dan meriangkan untuk anak-anak sepanjang cuti persekolahan.

Apabila bercuti tentunya ibu bapa akan pening memikirkan resort penginapan mana yang paling meriangkan untuk kanak-kanak. Bagi anda yang tidak tahu untuk menentukan resort penginapan meriangkan bagi anak-anak, di bawah ini kami senaraikan 5 resort yang buatkan anak anda kegembiraan !

Legoland Hotel

5 kids friendly hotel and resorts around Malaysia 5 resort mesra kanak-kanak yang meriangkan anak-anak anda

Hotel ini adalah sebahagian daripada keseluruhan pembangunan Legoland Malaysia Resort yang terletak di Iskandar Puteri, Johor.

Ia terletak bersekali dengan taman tema Legoland, Sea Life Aquarium dan juga Legoland Water Park.

Kami jamin, ini merupakan antara hotel paling mesra kanak-kanak di Malaysia yang akan membuatkan mereka keriangan. Mana tidaknya, anda boleh bawa anak-anak beraktiviti di taman tema Legoland dengan hanya berjalan kaki sahaja !

Di hotel pula, tidak seperti kebiasaan hotel yang sering menampilkan imej mewah dan korporat, setiap inci ruang di hotel ini direka bagi kanak-kanak.

Dari luar lagi, anda akan 'dijemput' oleh pelbagai figura yang dibina berasaskan lego. Sebaik sahaja melangkah ke lobi, kalau biasanya anda akan terpegun dengan kemegahan lobi hotel beserta chandelier, tetapi disini anda akan terpegun melihat ruang permainan bagi kanak-kanak dibina besar di tengah-tengah ruang lobi hotel. Di lobi hotel ini juga pelbagai aktiviti permainan diadakan dari masa ke semasa mengikut jadual yang ditetapkan.

5 kids friendly hotel and resorts around Malaysia 5 resort mesra kanak-kanak yang meriangkan anak-anak anda

Masuk ke lif untuk menuju ke bilik anda pula, anda akan merasai satu pengalaman unik apabila lif anda akan bertukar menjadi 'disko' mini.

Di bilik penginapan, terdapat pelbagai permainan disediakan. Dekorasi bilik pula mengikut tema Ninjago, Pirate, Kingdom, atau Adventure.

5 kids friendly hotel and resorts around Malaysia 5 resort mesra kanak-kanak yang meriangkan anak-anak anda

Setiap bilik penginapan adalah besar, mampu memuatkan 5 orang dengna kanak-kanak mempunyai bilik mereka sendiri. Sesuai sangat untuk keluarga.

5 kids friendly hotel and resorts around Malaysia 5 resort mesra kanak-kanak yang meriangkan anak-anak anda

Bermula dari lobi, bilik tidur, makan di restoran, mandi di kolam renang, anak-anak anda akan sentiasa riang ditemani figura-figura lego pada setiap masa.

Laman Web : https://www.legoland.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/LEGOLAND.my/


Shangri-La Golden Sands

5 kids friendly hotel and resorts around Malaysia 5 resort mesra kanak-kanak yang meriangkan anak-anak anda

Resort tepi pantai bertaraf 5 bintang ini terletak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang yang merupakan satu lokasi percutian terkenal bukan sahaja bagi rakyat Malaysia, malah pelancong luar negara.

Menarik berkenaan resort ini adalah mereka menyediakan zon permainan taman tema air versi mini yang meriangkan untuk kanak-kanak bermain. Ia dinamakan sebagai Splash Zone.

5 kids friendly hotel and resorts around Malaysia 5 resort mesra kanak-kanak yang meriangkan anak-anak anda

Disamping bermain di pantai, anak-anak boleh bermain air di kawasan kolam mandi yang menyediakan gelongsor dan air pancutan.. Kedalaman kolam di taman tema air mini ini juga memang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Memang seronok berbanding kebanyakan hotel lain yang hanya menyediakan kolam renang biasa.

5 kids friendly hotel and resorts around Malaysia 5 resort mesra kanak-kanak yang meriangkan anak-anak anda
Adventure Zone. Kredit Gambar : Klook

Selain itu terdapat ruangan permainan kanak-kanak tertutup iaitu l Adventure Zone Park yang menyediakan cabaran permainan untuk anak anda.

Laman Web : Golden Sand Resort


Doubletree by Hilton Damai Laut Resort

5 kids friendly hotel and resorts around Malaysia 5 resort mesra kanak-kanak yang meriangkan anak-anak anda

Pada asalnya, resort ini merupakan Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, namun ia telah dijenamakan semula menjadi Doubletree by Hilton Damai Laut Resort pada 2022.

Resort ini juga menyediakan permainan air ala-ala taman tema di kolam renang mereka yang amat sesuai untuk kanak-kanak.

5 kids friendly hotel and resorts around Malaysia 5 resort mesra kanak-kanak yang meriangkan anak-anak anda

Jika anak-anak anda tidak suka bermain air, disini juga terdapat ruang permainan tertutup.

5 kids friendly hotel and resorts around Malaysia 5 resort mesra kanak-kanak yang meriangkan anak-anak anda

Amverton Heritage Resort

5 kids friendly hotel and resorts around Malaysia 5 resort mesra kanak-kanak yang meriangkan anak-anak anda

Hotel meriangkan bagi kanak-kanak yang gemar mandi manda sambil bermain gelongsor dan pancutan air. Resort ini turut menyediakan beberapa zon permainan untuk kanak-kanak sama ada zon basah dan zon kering.

5 kids friendly hotel and resorts around Malaysia 5 resort mesra kanak-kanak yang meriangkan anak-anak anda

Antara permainan menarik di zon kering ialah ATV, paintball dan aktiviti memanah. Selain sesuai untuk keriangan kanak-kanak, orang dewasa juga turut boleh menyertai pelbagai aktiviti mencabar yang disediakan termasuk bilik gimnasium.

Laman Web : http://amvertonheritage.com

Facebook : https://www.facebook.com/amvertonheritageresort/


Myrus Resort Villas

Dengan hanya 12 unit penginapan, resort ini mungkin adalah resort terkecil dalam senarai kami ini. Terletak di Pantai Tengah, Langkawi, ini adalah Myrus Resort.

Keunikan resort ini adalah kerana setiap 12 unit penginapan disini dibina berlainan dan berbeza mengikut tema yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, tema kesemuanya adalah berdasarkan animasi atau kartun kegemaran kanak-kanak seperti Barbie, Mickey Mouse dan pelbagai lagi.

5 kids friendly hotel and resorts around Malaysia 5 resort mesra kanak-kanak yang meriangkan anak-anak anda

Terletak sedikit tersorok di lereng bukit, namun resort ini tetap dapat memberikan keceriaan kepada tetamu yang menginap disini terutama apabila mereka bermain-main di kolam renang yang turut disediakan pelbagai peralatan permainan dan gelongsor.

5 kids friendly hotel and resorts around Malaysia 5 resort mesra kanak-kanak yang meriangkan anak-anak anda

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram