masjid sungai pinang kecil shuhong lim 5 tips untuk bercuti di pulau pangkor

5 Tips Untuk Bercuti di Pulau Pangkor !

Dikemas Kini: 5 Julai 2023
Surga Route

Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar terletak di negeri Perak, Malaysia di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Ini 5 tips yang anda perlu tahu sebelum bercuti di Pulau ini !

penginapan di pulau pangkor 5 Tips Untuk Bercuti di Pulau Pangkor !

1 - Cara ke Pulau Pangkor

Cara nak ke pulau pangkor tidaklah terlalu susah. Untuk pergi ke Pulau Pangkor, kita perlu menaiki feri. Jangan risau kerana terdapat banyak feri yang beroperasi seawal 6.30 pagi hingga lewat petang. Perkhidmatan feri yang bermula dari pagi hingga ke malam ini sangat memudahkan pelancong.

5 Tips Untuk Bercuti di Pulau Pangkor !

Ada dua terminal feri untuk ke Pulau Pangkor. Terminal asal adalah Jeti Lumut. Jeti Lumut ini sudah lama dan masih berfungsi hingga ke hari ini. Selain jeti Lumut, ada juga terminal baru iaitu Kompleks Jeti Marina Island. Kompleks Jeti Marina Island yang baru di bina ini kedudukannya adalah lebih hampir dengan Pulau Pangkor. Untuk harga feri pergi balik antara Marina - Pangkor - Marina hanyalah dalam anggaran RM14 seorang untuk pergi dan balik.

2 - Pilih tarikh yang sesuai

Pulau Pangkor tidak seperti pulau-pulau yang terletak di kawasan pantai timur. Pulau Pangkor cukup strategik dan sepanjang tahun boleh datang bercuti ke sini. Cuma, kena pilih tarikh yang sesuai supaya tidak bertembung dengan tarikh cuti umum.

5 Tips Untuk Bercuti di Pulau Pangkor !

Andainya terpaksa datang bercuti hanya pada waktu cuti umum itu juga, terpaksalah berdepan dengan waktu puncak musim cuti sekolah dengan jumlah pengunjung yang agak ramai.

3 - Tentukan cara dan kenderaan untuk ke sana

Jika mahu bawa kereta atau motor terus ke pulau, boleh gunakan khidmat feri kargo untuk bawa kereta atau motor ke pulau tersebut. Ada 3 bot kargo yang menyediakan perkhidmatan sebegini iait

5 Tips Untuk Bercuti di Pulau Pangkor !

u Bot Kargo Ah Seng, Bot Kargo Hua Wei dan Bot Kargo Jeti Marina.

4 - Ketahui tempat menarik di Pangkor

Di Pulau Pangkor ini ada banyak juga kesan peninggalan sejarah. Pemandangan di sini juga cantik. Kerana itu terdapat banyak tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor. Pastinya percutian sekeluarga akan lebih sempurna.

main photo floating mosque 5 Tips Untuk Bercuti di Pulau Pangkor !

Antara tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor Perak yang boleh dikunjungi adalah :

  • Kota Belanda
  • Pulau Sembilan
  • Batu Bersurat
  • Tortoise Hill
  • Galeri Panorama Pangkor
  • Pantai Teluk Nipah
  • Pekan Pangkor
  • Teluk Ketapang
  • Masjid Terapung Pulau Pangkor

5 - Senaraikan aktiviti siang dan malam di Pulau Pangkor

Percutian waktu siang di Pangkor boleh dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai. Antaranya ronda-ronda sekitar pekan Pangkor, lihat nelayan menangkap ikan guna pukat tarik, lihat penduduk setempat usahakan perniagaan ikan kering, lakukan aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor, naik bot di Pulau Pangkor untuk keliling pulau dan banyak lagi.

masjid sungai pinang kecil shuhong lim 5 Tips Untuk Bercuti di Pulau Pangkor !

Untuk aktiviti malam di Pulau Pangkor ini pula, boleh berjalan di persisiran pantai, bina unggun api sambil berbbq, nikmati makan malam menu ikan bakar di restoran Shema Hashim Pulau Pangkor dan lain-lain lagi.

Dengan pelbagai aktiviti yang ada siang dan malam di Pangkor, pastinya pengalaman percutian selama tiga hari dua malam di Pulau Pangkor akan terasa sangat pantas.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram