527 penerbangan tambahan disediakan sempena raya aidilfitri kali ini

527 Penerbangan Tambahan Disediakan Sempena Raya Aidilfitri Kali Ini !

Dikemas Kini: 20 April 2023
Surga Route

Sempena musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba pada penghujung april nanti, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah meluluskan 527 penerbangan tambahan bagi memenuhi permintaan tinggi melibatkan penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak semasa musim perayaan.

Penerbangan tambahan tersebut akan dioperasikan oleh enam syarikat penerbangan tempatan iaitu Malaysia Airlines, Batik Air, AirAsia, Firefly, MASwings dan MYAirlines.

Daripada 527 penerbangan tersebut, sebanyak 184 tambahan penerbangan ditawarkan oleh Malaysia Airlines, 173 oleh Batik Air, 130 oleh AirAsia, 18 oleh Firefly, 12 oleh MASwings dan 10 oleh MYAirline.

Penambahan tersebut melibatkan penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak dengan 118 ke Kota Kinabalu, 70 ke Tawau, 32 ke Sandakan, 102 ke Kunching, 34 ke Sibu, 20 ke Miri dan 14 ke Bintulu.

image 32

527 penerbangan ini adalah merupakan tambahan kepada 5,617 penerbangan sedia ada yang telah dijadual beroperasi dalam Semenanjung, 2,149 penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak, dan 2,033 penerbangan dari Semenanjung ke Sabah.

Penambahan ini adalah untuk memastikan ketersediaan tempat duduk yang lebih tinggi pada harga berpatutan. Ini adalah kerana, tiket tambang tetap telah terjual dengan pantas dan tiket tambang biasa turut melihat kadar pembelian yang tinggi menyebabkan kenaikan harga baki tiket.

Selain itu, MOT juga mengadakan perbincangan bersama pihak Malaysia Airlines untuk meningkatkan kapasiti penumpang dengan menggunakan pesawat Airbus A330 untuk 40 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Menurut MOT, penambahan kapasiti ini dapat membantu untuk menurunkan harga tambang sebelum ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menempah penerbangan balik ke kampung, syarikat penerbangan ada menawarkan promosi dan tawaran menarik sempena Hari Raya. Berikut adalah senarai promosi yang ditawarkan mengikut syarikat penerbangan.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram