tips traveller beginner pemula hijab traveller muslimah traveller mudah gampang easy

8 Perkara Asas Anda Perlu Tahu Sebelum Mula Mengembara !

Dikemas Kini: 3 Mac 2023
Surga Route

Berjalan-jalan atau melancong memang menyeronokkan. Allah menciptakan dunia ini dengan pelbagai keindahan dan manusia yang berbeza cara. Kita bukan sahaja dapat melihat tempat-tempat yang lain daripada tempat kita, kita juga dapat mempelajari banyak perkara baru.

Kita belajar tentang budaya, bahasa, seni dan warisan sesebuah tempat. Bagi mereka yang sudah biasa bermusafir, semua maklumat sudah ada di dalam kepala. Tapi bagi mereka yang baru belajar menjadi traveller, mesti ada perkara yang menjadi persoalan iaitu, “Apakah persediaan saya?”

#1 – Tempat Yang Mudah Dilawati

Pilih tempat yang mudah dilawati sebagai permulaan. Isi barang anda di dalam beg yang tidak terlalu besar. Bagi ‘kaki travel’, Lebih mudah jika anda menggunakan beg galas supaya senang di bawa. Bawa bateri atau powerbank untuk alatan seperti telefon bimbit dan kamera anda.

Usahakan juga untuk tidak membawa terlalu banyak barangan. Bagi muslimah, bawalah tudung yang ringkas boleh disesuaikan dengan baju yang berbeza. Pakai pakaian dan kasut yang selesa dan sesuai untuk cuaca lokasi pelancongan anda. Ia lebih mudah jika beg anda tidak berat. Jika anda lupa sesuatu, boleh beli semasa anda berada di sana.

#2 – Solat Sunat Musafir

Buat solat sunat sebelum bermusafir. Minta petunjuk dan perlindungan dari Allah agar perjalanan kita sentiasa berada dalam lindungan-Nya. Solat musafir sebanyak 2 rakaat. Baca surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun dalam rakaat pertama dan surah Al-Fatihah serta surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.

Sebelum bergerak, boleh baca doa;

“Dengan nama Allah aku bergantung kepada Allah, dan tiada daya upaya kami kecuali dengan keizinanMu ya Allah”

Jangan lupa doakan juga ahli keluarga yang ditinggalkan selama anda pergi.

Melancong tidak bermakna anda boleh meninggalkan kewajipan solat sesuka hati anda. Islam telah memudahkan urusan agama kita dengan solat jamak dan qasar. Cari tempat yang bersih untuk bersolat tanpa mengganggu keselesaan orang lain.

#3 – Ilmu Yang Berkaitan

Kita tidak boleh pergi ke suatu tempat tanpa ilmu. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat. Zaman ini segalanya berada di hujung jari anda. Ada ramai ‘kaki travel’ yang berkongsi pengalaman mereka di blog dan media sosial.

Pergi tanpa ilmu hanya akan menimbulkan masalah. Walaupun anda mungkin berjaya melalui segala cabaran, tapi percutian anda akan lebih bermakna jika anda faham beberapa perkara sebelum pergi.

#4 – Maklumat Yang Mencukupi

Rajinkan diri anda mencari sebanyak mungkin maklumat tentang lokasi sasaran anda. Ini kerana setiap tempat mempunyai cara dan peraturan mereka sendiri. Tonton Youtube, lihat forum, atau beli buku bimbingan pelancongan untuk lokasi pilihan anda.

Hormati perbezaan yang ada sebagai suatu ilmu baru dan pengalaman baru. Walaupun begitu, tidak mustahil anda akan menemui perkara baru yang anda tidak terfikir sebelum ini. Itulah keseronokan semasa melancong.

Sila jaga tingkah laku sepanjang berada di tempat orang. Usah bersikap sombong, tidak berhemah, dan melakukan perbuatan yang sia-sia. Jika anda tidak tahu bercakap dalam bahasa negara yang anda akan pergi, cuba dapatkan aplikasi yang sesuai untuk beberapa perkataan atau ayat yang penting.

#5 – Niat Yang Betul

Pergi ke suatu tempat mestilah dengan niat yang baik. Kalau buruk yang anda cari, maka buruklah yang anda akan temui.

Sabda nabi Muhammad SAW :

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

Ertinya: "Sesungguhnya segala perbuatan itu bergantung pada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan apa yang diniatkannya." (HR Bukhari dan Muslim)

#6 – Perancangan Yang Tersusun

Jika mahukan perjalanan yang lancar, buatlah perancangan yang betul. Pastikan anda tahu masa dan aktiviti yang akan dijalankan, kenderaan apa yang anda akan naiki, serta jalan dan tempat yang anda akan duduki.

Pastikan passport, wang, makanan, pakaian, ubat-ubatan asas, dan keperluan asas berada dalam beg anda. Bagi yang suka membaca, anda boleh menyediakan al-Quran dan buku dalam telefon pintar anda.

#7 – Pastikan Keselamatan Barangan

Pastikan keselamatan barangan anda sepanjang berada di negara yang anda kunjungi. Jangan tinggalkan barangan atau meletakkan barangan anda di tempat yang berisiko untuk dicuri penyeluk saku atau peragut. Elakkan membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak.

Anda boleh menggunakan ATM jika memerlukan wang (jangan lupa untuk aktifkan kad atm untuk penggunaan antarabangsa). Sentiasa buat persediaan mengenai kemungkinan adanya perbelanjaan yang terpaksa dibuat melebihi bajet anda.

#8 – Menyusun Back-up Plan

Berfikir secara realistik. Dunia ini tidak semuanya mudah dan indah. Mungkin anda akan jatuh sakit, atau ditimpa kemalangan, serta menjadi mangsa penyeluk saku.

Namun begitu, masih ramai orang di dunia ini yang baik. Jika anda menghadapi kesukaran, dapatkan bantuan penduduk tempatan atau pihak berkuasa. Selain nasihat daripada ramai orang, anda juga boleh buat keputusan anda dengan tinjauan anda sendiri.

Nikmati percutian anda dan ingat Allah sepanjang perjalanan anda. Semoga Allah memudahkan semua urusan anda dan pulang dengan semangat baru.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram