tips pilih tempat duduk penerbangan mengikut jenis penumpang

8 Tips Pilih Tempat Duduk Penerbangan Mengikut Jenis Penumpang !

Dikemas Kini: 11 Oktober 2023
Surga Route

Pengalaman naik kapal terbang memang pengalaman yang tak dapat dilupakan bukan? tempat duduk sempit, terlalu sejuk atau terlalu panas, bunyi bising, gangguan cahaya dan bermacam lagi. Terpaksalah menahan sebelum sampai destinasi. Semestinya kalau nak selesa, boleh menempah tempat duduk Business Class. Tapi tak semua orang mampu untuk menempah tempat duduk Business Class.

Jika anda seorang yang selalu travel mungkin anda tak kisah semua ini. Tetapi untuk yang jarang naik kapal terbang, mungkin nak pilih tempat duduk boleh jadi masalah pada anda. Tetapi anda tak perlu risau, jom baca 8 tips pilih tempat duduk penerbangan.

1- Nak Tidur Dengan Selesa ? Pilih Kerusi Di Tepi Tingkap

tips pilih tempat duduk penerbangan mengikut jenis penumpang

Untuk elakkan dari tersandar di bahu penumpang sebelah anda, tempat duduk tepi tingkap adalah solusinya. Anda boleh lentukkan kepala ke sebelah tingkap. Selain itu anda boleh merubah posisi dengan bersandar di dinding kapal terbang semasa tidur. Paling best, tidur anda tak akan terganggu jika ada penumpang sebelah ingin bangun pergi ke tandas.

2 – Duduk Jauh Dari Pantri Jika Tidak Mahu Bunyi Bising

Bunyi bising dari pantri semasa pramugara/pramugari sedang menyediakan makanan/minimum pasti mengganggu anda jika anda seorang yang mahukan suasana senyap. Jadi elakkan pilih tempat duduk berdekatan dengan pantri.

tips pilih tempat duduk penerbangan mengikut jenis penumpang
Kredit Foto: thepointsguy

3 – Kerap Ke Tandas Boleh Pilih Seat Aisle

Terlalu kerap ke tandas? Pilih seat aisle. Memudahkan anda untuk terus ke tandas tanpa perlu melintas penumpang lain terutamanya ketika penumpang sebelah sedang tidur. Kadang-kala dek kerana segan nak tegur, terpaksa menahan sampailah ke destinasi.

tips pilih tempat duduk penerbangan mengikut jenis penumpang
Kredit Foto : Hovero

4 – Elak Pilih Tempat Duduk Bersebelahan Pintu Kecemansan Jika Tak Mahu Kesejukan

Pintu kecemasan memang di buat untuk membolehkan angin sejuk masuk ke dalam kapal terbang. Jadi, tempat duduk yang bersebelahan dengan pintu kecemasan pasti akan merasa lebih sejuk. Elakkan tempat duduk ini jika anda jenis tak tahan sejuk.

Pramugara Ini Kongsi 8 Tips Pilih seat Flight Sesuai Dengan Jenis Orang 2 tips pilih tempat duduk penerbangan mengikut jenis penumpang
Kredit Foto : Hey! Leblung

5 – Boleh Pilih Tempat Duduk Bersebelahan Pintu Kecemasan Jika Mahukan Ruang

Mungkin anda jenis kaki panjang dan perlukan ruang untuk keselesaan, boleh pilih tempat duduk bersebelahan pintu kecemasan atau belakang pembahagi kabin. Laluan pintu kecemasan lebih luas untuk memudahkan penumpang semasa kecemasan. Untuk pengetahuan anda juga, tempat duduk hadapan tidak boleh dibaringkan.

Tempat duduk ini juga mempunyai arahan keselamatan yang lebih ya.

tips pilih tempat duduk penerbangan mengikut jenis penumpang
Kredit Foto: airlinereporter

6 – Elakkan Duduk Berhadapan Bulkhead Jika Suka Meletakkan Kaki Pada Sesuatu

Kadang-kala lebih selesa tidur bila kaki dapat diletakkan di atas sesuatu bukan? jadi elakkan pilih tempat duduk di belakang pembahagi antara kabin kerana ruangnya sangat luas.

Pramugara Ini Kongsi 8 Tips Pilih seat Flight Sesuai Dengan Jenis Orang 3 tips pilih tempat duduk penerbangan mengikut jenis penumpang
Kredit Foto: thepointsguy

7 – Duduk Seat Depan Jika Tak Suka Terbulence

Adalah normal jika semasa perjalanan akan ada sedikit hentakan. Tetapi bahagian tempat duduk hadapan adalah lebih kurang berbanding belakang. Untuk sesiapa yang tak suka keadaan ini, paling sesuai pilih tempat hadapan.

8 – Duduk Seat Depan Untuk Dapat Makanan Best

Pramugara/pramugari selalunya akan mengedarkan makanan/mimuman bermula dari depan. Jadi, jika anda duduk di hadapan, anda boleh pilih daripada variasi makanan yang disediakan. Dan bila tiba di belakang, penumpang lain hanya boleh pilih apa yang tinggal.

Pramugara Ini Kongsi 8 Tips Pilih seat Flight Sesuai Dengan Jenis Orang 4 tips pilih tempat duduk penerbangan mengikut jenis penumpang
Kredit Foto: theimagen
0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram