malaysia airlines fail injunksi terhadap airasia app berhubung penjualan tiket tidak sah

Adakah Wujud Aplikasi Haram Jual Tiket Penerbangan KL-Tawau? - Wee Ka Siong Soal Anthony Loke

Dikemas Kini: 21 April 2023
Surga Route

Perbalahan antara Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengenai harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, yang didakwa mahal sehingga mencecah RM3,138 sehala berpanjangan.

Terbaru, Ka Siong menerusi perkongsian Facebook, mendakwa jawapan diberikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, ketika mengulas kenyataan awalnya berhubung harga terbabit, sebagai tidak berasas.

Malah, beliau mempersoalkan mengapa Loke tetap membuat tuduhan liar bahawa apa diperkatakannya itu sebagai tidak tepat.

image 35

"Ini tiga semakan berasingan menggunakan super app (aplikasi) yang sama pada jam 3.30 petang hari ini, 16 April.Jelas dipaparkan harga tiket kelas ekonomi KUL-TWU (Kuala Lumpur-Tawau) adalah RM3,138."

Ka Siong berkata, sekiranya Loke mendakwanya tidak memeriksa sebelum membuat hantaran itu, beliau tetap menunjukkan bukti mempertahankan apa diperkatakannya, termasuk tangkap layar bahawa tambang Kuala Lumpur (KL)-Tawau bernilai RM3,138 semalam.

Manakala hari ini, pada jam 3.30 petang kadar harga dipaparkan dalam super app yang diakses tiga individu berlainan, menunjukkan harga sama, iaitu RM3,138.

Justeru, Ka Siong menuntut Loke menarik balik tuduhan liar itu.

Tegasnya, isu pokok harus diberi perhatian ialah bagaimana kerajaan dapat menawarkan harga tambang berpatutan kepada rakyat.

Beliau turut mencadangkan supaya Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menyiasat kenapa pada waktu dipaparkan di laman sesawang Malaysian Airlines (MAB) menunjukkan, hanya tiket Kelas Perniagaan yang tersedia.

"Bagaimana mungkin 'super app' lain menunjukkan masih terdapat tiket tambang Kelas Ekonomi dari KUL-TWU dengan harga RM3,138?

"Apa yang sebenarnya berlaku? Ada Super App 'haram' yang memaparkan maklumat palsu? Siapa 'prebook' tiket tambang ekonomi dan siapa pula mengaut keuntungan?

"Saya serahkan kepada MOT (Kementerian Pengangkutan) untuk mencari jawapan," katanya.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram