air pancut berirarama dan pencahayaan istimewa bakal warnai sambutan hari wilayah musical fountain in federal territories

Air Pancut Berirarama Dan Pencahayaan Istimewa Bakal Warnai Sambutan Hari Wilayah. Jom Tengok ! Ini Senarai Lokasinya

Dikemas Kini: 16 Februari 2023
Surga Route

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini diwarnai pertunjukan pancutan air berirama dengan pencahayaan di taman-taman rekreasi, pusat-pusat membeli belah terkemuka serta di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai yang mempunyai fasiliti air pancut.

Persembahan formasi muzikal ini dianjurkan dengan kerjasama strategik pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj), Perbadanan Labuan, KLCC Holdings Sdn Bhd, The Gardens KL & Pavilion Kuala Lumpur tanpa melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan.

Formasi Muzikal Air Wilayah Persekutuan ini sangat bersesuaian untuk aktiviti riadah bersama seisi keluarga sambil menikmati panorama menarik sekali gus menggalakkan aktiviti pelancongan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Orang ramai khususnya warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan boleh mengambil peluang beriadah di tempat-tempat berikut tanpa sebarang caj bayaran.

Kuala Lumpur

Bagi penduduk Kuala Lumpur, anda boleh menyaksikan pertunjukan istimewa ini di KLCC Lake Symphony Fountain, Crystal Fountain Pavilion Kuala Lumpur, The Gardens KL Fountain, Kolam Biru River Of Life (Jalan Leboh Pasar Besar).

Air Pancut Berirarama Dan Pencahayaan Istimewa Bakal Warnai Sambutan Hari Wilayah. Jom Tengok ! Ini Senarai Lokasinya  Musical Fountain in Federal Territories

Putrajaya

Air Pancut Tasik Putrajaya di Presint 2

Air Pancut Berirarama Dan Pencahayaan Istimewa Bakal Warnai Sambutan Hari Wilayah. Jom Tengok ! Ini Senarai Lokasinya  Musical Fountain in Federal Territories

Labuan

Bulatan Marlin, Jalan Merdeka

Air Pancut Berirarama Dan Pencahayaan Istimewa Bakal Warnai Sambutan Hari Wilayah. Jom Tengok ! Ini Senarai Lokasinya  Musical Fountain in Federal Territories

Pertunjukan Formasi Muzikal Air Wilayah Persekutuan ini bermula 8 malam hingga 10 malam pada 1 hingga 28 Februari 2023.

Program Pencahayaan turut diadakan pada 30 Januari hingga 2 Februari 2023 melalui pemasangan lampu secara festive mood di semua premis dan bangunan di Kuala Lumpur bagi menyemarakkan suasana Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram