airasia tambah penerbangan dengan tambang tetap sempena raya aidilfitri balik kampung this hari raya with airasia extra flights at fixed low fares

AirAsia Tambah Penerbangan Dengan Tambang Tetap Sempena Raya Aidilfitri. Jom Balik Kampung !

Dikemas Kini: 7 Mac 2023
Surga Route

Syarikat penerbangan untuk semua, AirAsia yang mempunyai rangkaian terluas dengan tambang terendah di Asean hari ini melancarkan penerbangan tambahan pada tambang rendah tetap istimewa untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Balik kampung dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan Sabah pada hanya RM199* dan RM249*, yang tersedia untuk tempahan mulai sekarang sehingga 30 April 2023 untuk perjalanan antara 19 hingga 21 April 2023 dan 28 hingga 30 April 2023. Penerbangan tambahan ini tersedia untuk beberapa destinasi seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri di Sarawak dan Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau di Sabah. Para tetamu juga boleh menempah penerbangan dari Johor Bahru ke Miri, Sibu, Kuching dan Kota Kinabalu pada tambang tetap ini. AirAsia juga telah bekerjasama dengan BigPay untuk menawarkan pengguna BigPay diskaun 5% untuk semua penerbangan AirAsia selama setahun dengan menggunakan kod promosi “BIGPAY5”. Untuk maklumat lanjut bagi promosi eksklusif ini, layari: https://bigpay.link/bigpayxAA5 

Balik kampung sempena Hari Raya ini bersama AirAsia dengan penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap AirAsia Tambah Penerbangan Dengan Tambang Tetap Sempena Raya Aidilfitri Balik kampung this Hari Raya with AirAsia’s extra flights at fixed low fares

Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke berkata: “Ini adalah kali kedua saya merasmikan 'tambang tetap' khas AirAsia sempena musim perayaan pada tahun ini, dan saya berbesar hati kerana AirAsia kekal dengan komitmennya dalam menyokong inisiatif kerajaan untuk menurunkan tambang semasa tempoh perjalanan puncak ini. Kita telah berganding bahu sebagai sebuah negara dalam mengatasi pelbagai cabaran pada beberapa tahun kebelakangan ini dan saya berbesar hati untuk melihat AirAsia terus menawarkan pilihan perjalanan pada tambang rendah untuk semua. Saya berharap pemain industri lain akan turut mengikuti inisiatif ini dan mengurangkan kos perjalanan ‒ terutamanya semasa tempoh perayaan supaya lebih ramai orang dapat balik kampung dan beraya bersama-sama rakan dan keluarga mereka.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam berkata: “AirAsia kekal komited untuk menghubungkan para tetamu dengan keluarga mereka pada tambang berpatutan terutamanya ketika musim perayaan di mana lazimnya industri pelancongan menyaksikan kenaikan harga. Misi dan visi kami untuk membolehkan orang ramai, khususnya rakyat Malaysia untuk terbang ke destinasi pilihan mereka masih kekal sejak tahun 2001 sehingga kini.

Balik kampung sempena Hari Raya ini bersama AirAsia dengan penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap AirAsia Tambah Penerbangan Dengan Tambang Tetap Sempena Raya Aidilfitri Balik kampung this Hari Raya with AirAsia’s extra flights at fixed low fares

“Sebanyak 164 pesawat kami telah beroperasi pada peringkat kumpulan dan jumlah pesawat kami akan kembali kepada kapasiti penuh iaitu 229 pesawat dalam beberapa bulan akan datang, di mana kami akan dapat menerbangkan lebih ramai tetamu pada tambang bernilai hebat. Kembali kepada paras pra-pandemik adalah sesuatu yang tidak mudah namun kami terus berusaha untuk mengatasi cabaran-cabaran itu. Sepanjang 21 tahun yang lalu, kami telah menerbangkan hampir 800 juta tetamu pada tambang yang tiada tandingan dan telah menawarkan beberapa kempen tambang rendah tetap pada musim perayaan.

“Ini tidak akan boleh dicapai tanpa Allstars yang telah komited untuk menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia kepada para tetamu kami. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyokong AirAsia dalam usaha kami untuk membolehkan semua orang pulang ke kampung halaman mereka pada Hari Raya ini. Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua!”

Balik kampung sempena Hari Raya ini bersama AirAsia dengan penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap AirAsia Tambah Penerbangan Dengan Tambang Tetap Sempena Raya Aidilfitri Balik kampung this Hari Raya with AirAsia’s extra flights at fixed low fares

Para tetamu yang melakukan perjalanan semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya dua jam lebih awal daripada waktu perlepasan yang dijadualkan (untuk perjalanan domestik) bagi mengelakkan kesesakan. Para tetamu juga amat digalakkan untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App, yang tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh perlepasan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan bagi pengalaman perjalanan yang lebih lancar.

Muat turun airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery untuk menerima maklumat dan kemas kini mengenai penerbangan anda.

Jadual penerbangan tambahan pada tambang tetap dari Kuala Lumpur ke Sarawak:

Balik kampung sempena Hari Raya ini bersama AirAsia dengan penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap AirAsia Tambah Penerbangan Dengan Tambang Tetap Sempena Raya Aidilfitri Balik kampung this Hari Raya with AirAsia’s extra flights at fixed low fares

Jadual penerbangan tambahan pada tambang tetap dari Johor Bahru ke Sarawak:

Balik kampung sempena Hari Raya ini bersama AirAsia dengan penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap AirAsia Tambah Penerbangan Dengan Tambang Tetap Sempena Raya Aidilfitri Balik kampung this Hari Raya with AirAsia’s extra flights at fixed low fares

Jadual penerbangan tambahan pada tambang tetap dari  Johor Bahru ke Sabah:

Balik kampung sempena Hari Raya ini bersama AirAsia dengan penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap AirAsia Tambah Penerbangan Dengan Tambang Tetap Sempena Raya Aidilfitri Balik kampung this Hari Raya with AirAsia’s extra flights at fixed low fares

*Promosi tambang tetap adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai dan yuran berkenaan dan hanya untuk penerbangan tambahan mengikut no penerbangan tertentu sahaja. Tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram